Syiah & Penyelewengan di Dalam Tafsir al-Quran | KHALIFAH

About

penaja 1

26 October 2014

Syiah & Penyelewengan di Dalam Tafsir al-Quran

SYIAH didefinisikan sebagai golongan yang memihak kepada Saidina Ali dan ahl al-bayt. Mereka menegaskan bahawa Saidina Ali ialah imam yang sebenar selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Pendapat terbanyak mengatakan bahawa golongan ini lahir pada akhir pemerintahan Saidina Uthman. Golongan ini berpecah kepada beberapa puak secara umumnya golongan pelampau yang terlalu mengagungkan Saidina Ali seperti al-Im miyyah al-Lthn 'Asyariyyah dan kedua, golongan yang mengamalkan sifat sederhana seperti al-Zaydiyyah.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

Fahaman Syiah ini telah mempengaruhi mereka untuk berhujah dengan al-Quran bagi menyokong pendapat dan akidah puak masing-masing. Ini menyebabkan berlakunya penyelewengan-penyelewengan di dalam tafsiran al-Quran kerana mereka cuba mentafsirkan ayat-ayat al-Quran bagi menyokong dan memperkuatkan mazhab mereka walaupun tafsiran tersebut menyebabkan maksud al-Quran menyimpang jauh daripada kehendak lafaznya yang asal. Sebagai contoh, golongan al-Sab'iyyah mendakwa bahawa Saidina Ali berada di dalam awan, guruh ialah suara dan petir ialah cahaya cemetinya sehingga ada di kalangan mereka yang mengucapkan "Selamat Sejahtera ke Atasmu Ali" apabila mendengar guruh.

Golongan ini juga mentakwilkan ayat 85 surah al-Qasas,
"Sesungguhnya Tuhan yang telah memberikan al-Quran kepada engkau menjadi peraturan, sudah tentu akan memulangkan engkau ke tempat kembali (Kota Mekah)"

bahawa Nabi Muhammad s.a.w akan kembali ke dunia semula. Golongan al-Bayniyyah yang diterajui oleh Bayan ibn Sam'an al-Tamimi pula mendakwa bahawa yang dimaksudkan dalam ayat 138 Ali Imran, "Al-Quran inilah keterangan-keterangan yang jelas untuk manusia, pimpinan kepada kebenaran dan pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa" ialah beliau sendiri. Golongan al-Mughiriyyah telah mentafsirkan perkataan al-zalum dan al-jahul di dalam ayat 72 al-Ahzab, "….tetapi manusia itu banyak kesalahannya (zaluma) dan bodoh (jahula)" sebagai Saidina Abu Bakar.

Mazhab al-Imamiyyah al-Ithna Asyariyyah mentafsirkan al-Quran mengikut kepercayaan dan akidah mereka tanpa mempunyai sandaran dan dalil yang kuat. Sumber rujukan utama mereka ialah Jam al-Quran wa 'wilihi, iaitu kitab (mengikut dakwaan mereka) yang dihimpunkan di dalamnya al-Quran oleh Saidina Ali berdasarkan turutan turun ayat, kitab berkaitan 'Ulum al-Quran yang mereka dakwa diriwayatkan daripada Saidina Ali, al-Jamiah yang mengikut dakwaan mereka ialah tulisan Nabi s.a.w, al-Jaafar yang diriwayatkan daripada Jaafar al-Sidiq dan Mushaf Fatimah. Mushaf Fatimah mengikut dakwaan) ialah sebuah kitab yang ditulis oleh Saidina Ali mengandungi kata-kata Jibril a.s terhadap Fatimah r.a.

No comments :