Pada masa permulaan Islam, ketika orang
berduyun-duyun memeluk Islam, orang-orang
kafir Quraisy semakin tidak suka kepada Nabi
Muhammad saw dan pada perkembangan
islam yang pesat.
Ketika itu, di kota Yathrib, iaitu kota yang setelah
Nabi berhijrah ke sana dinamakan Madinah,
tinggallah sekelompok orang Yahudi yang
jumlahnya sangat ramai termasuk Ahlul Kitab
kerana mereka memiliki Kitab Taurat. Akan
tetapi Kitab Taurat yang ada ditangan mereka
telah mengalami beberapa perubahan. Jadi,
ianya tidak sempurna seperti sewaktu
diturunkan kepada Nabi Musa AS.
Kaum kafir Quraisy mengirim utusan supaya
menemui para pendeta Yahudi di Yathrib.
Utusan itu menceritakan tentang munculnya
Muhammad sebagai nabi dan utusan Allah swt.
Utusan itu juga menceritakan bahawa
Muhammad saw mengaku menerima wahyu
dari Allah swt.
Utusan kafir Quraisy itu berkata kepada pendeta
Yahudi, “kamu adalah pemuka bangsa Yahudi.
Kamu adalah Ahlul Kitab yang pertama. Kamu
memiliki ilmu tentang kenabian yang tidak kami
miliki. Maka beritahulah kepada kami, apakah
pendapat kamu tentang Muhammad?”
Seorang pendeta Yahudi menjawab. “cubalah
kamu tanyakan tiga perkara kepadanya.
Tanyakanlah tentang sekumpulan pemuda yang
hidup pada zaman dahulu dan memiliki kisah
yang menakjubkan. Lalu, tanyakan kepadanya
tentang lelaki gagah perkasa yang mengembara
ke timur dan ke barat. Tanyakan juga
kepadanya tentang roh, apakah roh itu? Jika dia
dapat menjelaskan yang pertama dan yang
kedua, serta tidak menjelaskan yang ketiga,
bererti dia benar-benar adalah seorang Nabi.”
Utusan Quraisy itu pun kembali ke Mekah.
Apabila sampai, mereka mengkabarkan ucapan
pendeta Yahudi pada pemuka kaum kafir
Quraisy. Kemudian mereka sama-sama
menguji Rasulullah saw dengan tiga pertanyaan
itu.
Untuk menjawab tiga soalan itu, Allah swt
menurunkan surah al-Kahfi. Dengan surah Kahfi
itu, beliau menjawab tiga pertanyaan dengan
tepat.
Soalan pertama dijawab dengan cerita tentang
Ashabul Kahfi, sekumpulan anak muda yang
memasuki gua kerana melarikan diri dari dikejar
raja yang zalim, bengis, lagi kejam. Anak-anak
muda itu disertai seekor anjing. Mereka tertidur
dalam gua lebih daripada tiga ratus tahun. Ketika
bangun, mereka mendapati negeri mereka telah
berubah. Semua orang mengetahui kisah
mereka, berasa takjub. Rasulullah menjelaskan
kisah Ashabul Kahfi itu secara ringkas dan jelas.
Soalan kedua,beliau jawab dengan kisah
Zulqarnain. Seorang raja perkasa yang
menundukkan ramai raja dan mengelilingi dunia
timur dan barat. Sehingga akhirnya, Zulqarnian
bertemu dengan kaum yang memintanya
supaya membina tembok pemisah di antara
mereka dengan Ya’juj dan Ma’juj, agar mereka
aman dari kejahatan Ya’juj dan Ma’juj, hingga ke
akhir kisah.
Soalan Ketiga,adapun pertanyaan mereka
yang ketiga iaitu tentang Roh, maka Rasulullah
saw menjawabnya dengan firman Allah swt
dalam surah al-Isra’ (17) ayat 85, ‘Dan mereka
menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang
Roh. Katakanlah, Roh itu termasuk urusan
Tuhanku dan aku tidak diberi ilmu kecuali
sedikit.’
Dengan demikian, Rasulullah saw telah
menjawab ketiga-tiga pertanyaan itu dengan
tepat, kerana beliau mendapat bimbingan terus
dari Allah swt. Seketika itu, ramai dari kaum
kafir Quraisy yang percaya bahawa Nabi
Muhammad saw benar-benar seorang Nabi
utusan Allah, dan ajaran Islam yang beliau
bawa adalah benar-benar datang dari Allah.
Akan tetapi, walaupun mereka mengetahui hal
itu, tetap saja ramai orang kafir yang tidak
mahu beriman. Kekafiran mereka tak lain
disebabkan kerana rasa sangsi, angkuh dan
cinta pada dunia.
Wallahu'alam....
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.
Tweet
ShareTweet
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
1 comment :
bagus artikel ini.tp kalau dipanjang lebarkan lagi huraian tu mesti lagi faham.sama2lah kita berusaha membaiki diri kita..semoga Allah merahmati kita.amin
Post a Comment