About

penaja 1

27 December 2014

Tangisan Rasulullah SAW menyebabkan para malaikat lupa bertasbih

KHALIFAH | Suatu hari Rasulullah Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim ! Ya Karim !" Rasulullah SAW meniru zikirnya "Ya Karim ! Ya Karim !" Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Orang itu berasa dirinya sepeti di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya. ...
Read More →

27 November 2014

Subhanallah, tidur salah satu tanda kebesaran Allah

Tidur menjadi keperluan bagi setiap manusia. Dengan tertidur maka daya tahan tubuh manusia itu akan kembali cergas sehingga dia kembali bersedia untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Selain itu, ternyata tidur juga mempunyai kelebihan tersendiri yang mungkin kita tidak menyedari selama ini. Dalam kajian baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) saintis mendapati bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur pada siang hari untuk masa yang singkat (satu setengah jam, misalnya). Para saintis...
Read More →

25 November 2014

Masya Allah, bayi lahir dari rahim ibu meninggal dunia di Gaza

Ketika doktor menarik dengan lembut seorang bayi kecil dari rahim ibunya di sebuah bilik pembedahan, ibu bayi tersebut telah meninggal satu jam yang lalu. Ibu perempuan tersebut berusia 23 tahun bernama Shayma Al-Sheikh Qanan sedang hamil lapan bulan ketika kereta kebal penjajah zionis 'Israel' menembak rumahnya di pusat Bandar Gaza. Rumah Shayma hancur dan Shayma cedera parah. Suami Shayma, seorang wartawan radio tempatan juga cedera parah dalam serangan tersebut. "Jenazah Shayma dibawa ke hospital setelah serangan 'Israel' pada awal pagi Jumaat,"...
Read More →

24 November 2014

Kisah seorang lelaki yang ingin memukul Rasulullah

Kisah ini berlaku pada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat. Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid. Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W. Lalu Rasulullah...
Read More →

Ratusan Pekerja China di Arab Saudi Jadi Muallaf Setelah Melihat Ka’bah

Telah kita tahu bahawa Kaabah merupakan kiblat bagi umat Muslim. Berkujung ke Baitullah itu merupakan kewajiban umat Muslim yang terdapat pada rukun Islam. Dengan melihat kaabah ternyata dapat menggetarkan hati seseorang sehingga orang-orang bukan Islam pun kini tertarik untuk memeluk agama Islam. Hidayah boleh datang dari pelbagai keadaan yang tidak pernah diduga. Mungkin itu lah yang dialami oleh ratusan pekerja China di Arab Saudi yang kemudian memilih Islam sebagai agamanya yang baru. Setelah melihat kaabah dari televisyen, tiba-tiba hati...
Read More →

20 November 2014

Mustafa Kamal Ataturk: Kematianya Yang Menyeksakan

Mustafa Kamal Ataturk Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan? Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam. Mustafa Kamal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama. Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu...
Read More →

4 Permintaan Rasulullah SAW pada Siti Aisyah sebelum tidur

~ Empat Amalan Sebelum Tidur ~ Rasulullah SAW berpesan kepada siti Aisyah ra. " Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu : 1. Sebelum khatam al-Quran 2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat 3. Sebelum para muslimin meridhai engkau 4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah " Bertanya siti Aisyah : "Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? " KHALIFAH LINK ->http://khalifahalhidayah.blogspot.com Rasul tersenyum dan bersabda : 1. "Jika engkau akan...
Read More →

16 November 2014

Teori Akhir Zaman (Kiamat) Antara Barat & Timur

RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan. Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming'...
Read More →

10 November 2014

Perjanjian Rasululah dengan Yahudi

KHALIFAH: Setelah Rasulullah berhijrah ke Yathrib atau pun Madinah, Rasulullah telah diangkat menjadi pemimpin di Madinah. Rasulullah telah membuat sebuah perjanjian dengan orang Islam dan dengan orang Yahudi supaya keamanan dan kedamaian negara Madinah dapat dijamin. Baginda Rasulullah telah menggariskan peraturan2 yang bersifat anjal dan toleransi yang belum pernah dinikmati oleh dunia yang penuh dengan kefanatikan dan ego. Ini adalah antara isi kandungan perjanjian Rasulullah dengan Yahudi:- 1) Kaum Yahudi dari bani Auf adalah satu umat...
Read More →

9 November 2014

Kisah Cinta Zulaikha Kepada Nabi Yusuf

Siapakah Zulaikha ? KHALIFAH: Maulana Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h ( 817 H – 898 H ): Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi ,...
Read More →

6 November 2014

Najis Yang Dimaafkan Yang Tidak Menjejaskan Solat

Najis Yang Dimaafkan Yang Tidak Menjejaskan Solat : Apakah Dia Najis Yang Dimaafkan itu? Menurut para ulama mazhab asy-Syafi'e, kaedah umum yang boleh dirujuk untuk mengenal pasti najis-najis yang dimaafkan itu ialah suatu perkara yang susah untuk dielakkan daripadanya. Berikut adalah sebahagian contoh najis-najis yang dimaafkan: 1. Najis yang tidak nampak pada pandangan mata kasar, walaupun ia daripada najis mughallazhah. Umpamanya darah yang terlalu sedikit atau air kencing yang terpercik sama ada pada tubuh badan, pakaian atau tempat bersembahyang yang tidak nampak oleh pandangan mata kasar. 2....
Read More →

30 October 2014

Sebab-Sebab Hitler Dan Nazi Membunuh Yahudi

"saya boleh bunuh semua yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa yahudi dan cari jawapan kenapa saya membunuh mereka" Seringkali, tabiat, perilaku dan pendirian seseorang adalah hasil dari pengalaman masa lalunya. Semasa kecil Hitler adalah seorang anak yang dibuang, ayahnya sangat membencinya dan menganggap perilakunya yang "antisosial" itu adalah sebuah hinaan kerana Alois Hitler (Ayah Hitler) mengawini saudaranya sendiri. Adi (nama kecil Adolf Hitler) dilahirkan pada tanggal 20 April 1889 di sebuah...
Read More →

29 October 2014

Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik

Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan...
Read More →

Hikmah di Balik Gerhana, Menurut Pandangan Islam

Gerhana matahari dan gerhana bulan merupakan fenomena alam yang diciptakan oleh Allah swt untuk memperlihatkan tanda–tanda kebesaranNya. Berlakunya gerhana matahari disebabkan posisi bulan yang berada di antara matahari dan bumi sehingga menghalang cahaya matahari sampai ke bumi. Manakala gerhana bulan terjadi apabila keadaan bumi berada di antara matahari dan bulan yang menyebabkan bulan tidak memantulkan cahaya matahari ke bumi. Pada zaman Nabi saw telah terjadi satu kali kejadian gerhana matahari. Menurut ulama, gerhana ini terjadi pada 29...
Read More →

28 October 2014

Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan

Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas. Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali...
Read More →