TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP SEMPURNA | KHALIFAH

About

penaja 1

29 September 2011

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP SEMPURNA


Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.



Share


TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA.. 

35 comments :

pengingat said...

nabi isa a.s. telah wafat,bos...mana mungkin secara rohani dia menumpas orang yahudi..? nabi isa a.s. telah wafat,bos...mana mungkin secara rohani dia menumpas orang yahudi..?

Anonymous said...

astaghrfirullah, Nabi Isa tidak wafat lagi , tapi dinaikkan ke syurga... sila rujuk Al-Quran....

Fafa Jamil said...

nabi isa a.s telah diangkat ke langit. nabi isa a.s masih hidup, cuma kita tak tahu di mana. satu hari nanti, nabi isa a.s akan turun ke bumi..

betul tak ? kalau salah, harap maaf. ini apa yang saya tahu..

Anonymous said...

Nabi Isa tidak pernah dibunuh dan disalib sebagai mana yg didakwa oleh org2 kristian., Allah telah mengangkat nabi Isa ke langit dan pada akhir zaman akan turun semula bagi membunuh dajjal tenteranya..

Anonymous said...

tak pernah dengar nabi isa a.s wafat secara rasmi dalam al-quran,jangan la diputar belitkan fakta tentang nabi isa a.s ni,kalau tak tahu,bertanyalah jangan main tembak jer,kalau tembak kena takperla,ini langsung tak kena,sama2la kita belajar dari kesilapan

Anonymous said...

ataraffirrullahalazim sya baru sahaja npk bulan sabit yng besar warna yng terang sekali

INI KISAH BENAR SYA X BOHONG

hyhhh said...

tudia...la nie kita tunggu kiamat besar saja lah nie...

Jom terjah sini:
1)Apabila Butang “Mute” Wujud Dalam Dunia Realiti
2)5 Manusia Paling Berat Di Dunia
3) Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
4) Porno Bagi Kesan Buruk Kepada Otak

Nur Shafiqah said...

salam,sya ingin bertanya.. selepas turun,nye nabi isa.. dan telah d'terang kan dalam al-quran bahawa umat islam akan menang dalam peperangan antara kafir.. apakah yang berlaku selepas itu?

Anonymous said...

wahai sahabat2ku saudara2ku yang penting jangan lupa hari2 mesti baca al quran.mesti dibaca hari2.itu lah penawar dan sahabat yang benar2 sejati

Anonymous said...

insaflah wahai remaja zaman kini ,, igt laa dunia smkin tue,,,,lakukan laa sruhan Allah S.W.T,,,,

Anonymous said...

insaflah wahai remaja zaman kini,,,ingat lah,,,,dunie semakin tua,,,,lakukan lah suruhan Allah S.W.T,,,,janganlah kita melakukan apa yang Allah larang,,,,

Anonymous said...

@pengingat

nabi Isa sudah wafat? usah memandai jika anda malas menghayati Al-Quran..

Anonymous said...

jangan lah kita terlalu taksub sehingga menjadi marah kerana kemarahan cuma akan menutup segala ruang perbincangan. gunakan search engine untuk dapatkan maklumat dan biarlah bersifat terbuka dan ikhlas supaya dapat mengupas pendapat2x ulama dengan lebih tenang. cuba surf http://www.answering-islam.org/Bahasa/Isa/wafatnya2_al.html

Anonymous said...

beringatlah wahai saudara ku

Anonymous said...

salam..Nabi Isa a.s masih hidup dan cuma diangkat ke langit sahaja..baginda akan turun ke bumi apabila kiamat telah berlaku untuk berlawan dengan dajjal bersama orang beriman...klo rasa salah...teg0r k..

Anonymous said...

AllahuAkbar....mudahan Allah beri aku petunjuk dan kpd semua pembaca...jgn disangkal lagi kebesaran Allah wahai saudara islamku...

Anonymous said...

ape yg dok berdebat ni.alquran kan ada.rujuk lah kat situ.ni berdebat pasal agama pun x elok.sgt d tegah oleh rasullallah.ade phm wahai rakn2 ku

Unknown said...

astagfirullah, khiamat semakin hampir

Anonymous said...

terima kasih...
kerana sudi berkongsi...
alhamdulilah...moga mendapat keberkatan ALLAH S.W.T...........

Anonymous said...

nabi isa blum wafat.......dari cerita yg aku tau...lelaki yg disalib itu bukan nabi isa a.s tetapi ALLAH telah mengantikan seseorg yg mirip2 nabi isa a.s,...dan nabi isa diangkat ke langit dan akan diturunkan semula apabila hari kiamat kelak..utk memberitahu org2 kafir bahawa islam itu benar dan nabi MUHAMMAD S.A.W itu nabi terakhir umat manusia ...ALLAHUAKBAR..ALLAH MAHA BESAR...

Anonymous said...

"pengingat" berkemungkinan seorang kristian Sabah..yg lain2 jgn cepat melatah...

Anonymous said...

Dengan kata yang tepatnya, Allah swt gantikan seseorg y brnama 'JUDAS' sbb dia khianat Nabi Isa A.S..dan nabi diangkat ke langit..
Tp baginda akan turun spt y artikel sebutkan..
kalau kwn2 nk maklumat lanjut tntang sape y kene salib, sila search nama JUDAS kt Wikipedia, the free encyclopedia.
Lady gaga pn tau sal Judas,so hrp kwn2 pn take note..
Sorry kalo berkasar..

Anonymous said...

rasa insaf buntuk orang yg banyak dosa seperti saya.....semoga kita semua diselamatkan oleh Allah s.w.t dunia dan akhirat,amiiinnnn.....

Anonymous said...

kepada pengingat tu....:jgn memandai-mandai nak bg tahu yg nabi isa dah wafat tau.dah sah_-sah nabi isa tu masih hidup,cuma nabi isa telah di angkat ke langit jea.ada faham x?????

Anonymous said...

guys..semua nabi wujud dalam darah yahudi..kita ingin kekalkan perpaduan stop lah racism

yura said...

semoga umat islm terselmat dari sbarang musibah dan taubat dengan setiap perbuatan...termasuk diri ini amin

Anonymous said...

nabi isa wafat disalib dan pada hri ketiga dia bangkit..lalu mnampakkn diri kpd pngikut2ny..lalu dia diangkat ke syurga..dn isa sndri prnh mngatakn xda nabi lg slpas dia..dn musykil di sini.. bgmana muhamad dijadikn oleh allah sbg pnerima wahyu sdgkn sjahat2 manusia d dunia..nabi muhamad adalah yg pling x "masuk akal".. tlg baca sejarah perang dn khidupn nya yg anda abaikn..

Anonymous said...

Astaghfirullah komen yg di atas ni, takut saya membacanya. Semoga kita tidah terpesong pengetahuan seperyi dia. Taip nama ALLAH pun tak menggunakan huruf besar.. Dari situ sudah cukup menunjukkan bagaimana peribadi diri dia ;-)

obat herbal gondok atau gondongan said...

Benat gan semua itu sudah terjadi di dunia ini,,alangkah malangnya bagi yang belum bertobat

fayyza said...

terima kasih atas peringatan,saudara...semoga kita semua tergolong dalam orang2 yang beriman, InsyaAllah..

Anonymous said...

sesiapa yg komen benda yg diorang x pernah nmpk,hanya ALLLAH YG MAHA mengetahui... kita hanya manusia dan jgn lupa pada ALLAH

Anonymous said...

Tentang apa yang dijelaskan oleh Tanpa Nama (3 Januari 2012 7:38 PG),
saya juga pernah membaca tentang kononnya Nabi Isa as bangkit setelah 3 hari baginda "wafat".
Tapi, ingin saya jelaskan di sini, itu sebenarnya ialah fahaman orang Kristian. Yang sebenarnya, Nabi Isa as tidak disalib dan telah diangkat ke langit oleh Allah SWT dan akan diturunkan apabila sudah hampir kiamat nanti.
Hampir segala kesesatan yang ada dalam Kristian, mungkin sekali berpunca dari Paulus, seorang yang bencikan Nabi Isa as tetapi berpura-pura kononnya seorang Kristian. Dia lah yang memperkenalkan konsep Triniti dan juga dialah yang menyebarkan agama Kristian (yang dah diubah suai) kepada manusia2 lain (sdgkan Nabi Isa as diutuskan kepada kaumnya sahaja, Nabi Muhammad saw yang diutuskan kepada seluruh umat manusia).
Segala yang baek, datangnya dari Allah, segala apa yang salah dengan apa yg saya tules ini datang dari saya sendiri, wallahualam~

Anonymous said...

ingat 5 perkara sbelum 5 perkara

ajax85 said...

hati2 umat islam..heheheh

Stello Azure said...

TO Tanpa Nama 3 Januari 2012 7:38 PG.. sure ke yang maklumat yang u tulis tu sahih? dari mana u baca? boleh share kalau fakta u tu betul? ... sama2 lah kita cari kebenaran ..ada berani?