BENARKAH WONG FEI HONG SEORANG MUSLIM? | KHALIFAH

About

penaja 1

27 November 2011

BENARKAH WONG FEI HONG SEORANG MUSLIM?

Aku yakin ramai dari kita di Malaysia ini yang mengenali Wong Fei Hong. Al maklumlah, pendekar Wong Fei Hong, lakonan Jet Li banyak keluar dalam filem-filem kungfu yang best seperti Once Upon in China I, II & III. Tipu la kalau korang tak pernah dengan nama pendekar kungfu terulung ni. Persoalan sekarang, adakah benar Wong Fei Hung itu seorang cina muslim? Sebelum tu, aku nak bagi mukadimah sedikit berdasarkan pengalaman aku. Sejak aku mengikuti gerakan usrah, alhamdullillah banyak benda yang telah aku pelajari tentang sejarah Islam kita di bawah program Ini Sejarah Kita (ISK) (boleh google untuk mengetahui lebih lanjut). Satu per satu kebohongan dan tipu daya orang Yahudi dan Nasrani ini dibongkar. Sebagai contoh, dalam buku teks sejarah kita mengatakan penakluk Melaka, Alfonso D. “Albulukaki” menakluki Melaka kerana ingin kan rempah ratus. Korang caya ke Alfonso tu datang nak bukak kedai mamak? Hehe…Yang sebenarnya mereka datang kerana ingin menghapuskan pengaruh kerajaan khalifah Turki Uthmaniyah yang kuat di timur (Melaka), lanjutan dari Perang Salib yang beratus-ratus tahun berlangsung. Dan banyak lagi penipuan-penipuan lain yang dibuat dalam tanpa kita sedari. Jadi aku ingin perlahan-lahan mengajak pembaca supaya buka mata, buka minda, dan pelajarilah sejarah Islam kita yang sebenar. Kerajaan Malaysia pun dah mewajibkan syarat lulus subjek sejarah untuk kemasukan universiti. Jadi apa tunggu lagi? Mari kita ikuti artikel dibawah ini tulisan Drs. Khalil Idham Lim ini.
Wong Fei Hung lakonan Jet Li
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film “Once Upon A Time in China”.Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.
Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).
Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.
Gambar Dinding Allahyarham Wong Fei Hung
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang rasuah dan penindas.
Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.
Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).
Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.
Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.
Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .
Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan

juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.
Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah

kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.
(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sedia ada di China). (Petikan dari Blog Negara Kedah)

Sumber: Al Alorstari

3 comments :

Mu Syuk said...

wah! hebat! walaupon tak kenal~:P

nik lan nik mat said...

saya ingin tahu lbh ttg sejarah yg diselewengkan barat..harap admin blh tulis..terima kasih

Anonymous said...

Mengikut buku sejarah, kedatangan penjajah ke tanah melayu atas 3 faktor.. dan bab agama sudah pun dimaklumkan cuma tidak diperincikan.. jadi buku sejarah kita tak tipu tapi dikurangkan kandungan utk kemudahan pelajar....walaupun ceritanya hebat, jika coretan hanya berdasarkan pendapat/hipotesis, saudara perlu bagitau... supaya org x terima bulat2 tapi sebagai sumber ransangan utk para cerdik/pengkaji melihat semula fakta sejarah... saya harap DRS. KHALIL IDHAM LIM tidak mengeluarkn cerita ini melalui tafsiran beliau sahaja.

Khalifah (Apabila Islam Berbicara)

Selera Orang Kita

Republic Of Monggol

Senarai Blog-Blog Malaysia

Recent Posts