CATATAN; PENYEMBAHAN LEMBU BETINA | KHALIFAH

About

penaja 1

24 March 2012

CATATAN; PENYEMBAHAN LEMBU BETINA

Penyembahan lembu betina sebenarnya adalah hasil pemikiran lama warisan kelompok masyarakat  primitif yang disebut 'totem'. Ini adalah semacam penyembahan pada thaghut, yakni penyembahan yang dilakukan manusia primitif pada tuhan yang berupa binatang atau tumbuh-tumbuhan, kerana diduga bahawa antara manusia, binatang, atau tumbuh-tumbuhanada tali persaudaraan dan hubungan keakrabatan. 

Totem sendiri diakui sebagai sesuatu yang suci dan najis sekaligus. Tuhan totem dipelihara dan dijaga oleh ajaran tabu. Di antara yang dianggap tabu adalah bahawa ahram hukumnya membunuh haiwan dan tumbuh-tumbuhanatau memakan dagingnya. Itulah pertumbuhan keyakinan tabu berkenaan dengan makanan.

Pemikiran ehwal tabu memakan daging binatang dan tetumbuhan telah lama berakar apda sebahagian masyarakat di dunia. lembu betina menjadi tabu bagi orang india yang beragama Hindu, dan babi menjadi tabu untuk di makan bagi orang-orang yahudi. 

Lihat buku 'Al-Yahudiyyah fi al-Aaqidah wa at-Tarikh' karya 'Isamuddin Hifni Nasif, hlm. 16-17.

Seoarang filsuf besar, Will durant, pernah mengatakan;

"Pada hakikatnya, anda akan menemukan bahawa segala khurafat, tahyul atau tradisi lama, sentiasa berhubungan dengan perikehidupan manusia modern sekarang. Sesungguhnya peradaban adalah karya segelintir orang yang membangunnyasecara bertahap dan perlahan-lahan disertai kesabaran dalam mengumpulkan bahan-bahannya dari perikehidupan yang penuh kemewahan. Sementara itu, kebanyakkan orang, meskipun telah berlalu seribu tahun, tidak memperlihat suatu perubahan yang bererti.' lihat 'Story of Civilization', jilid I, hlm. 103.

Oleh kerana itu, Islam sangat tegas mengharamkan pembuatan dan penempatan dirumah-rumah atau di pelbagai tempat. Perilaku mengagungkan patung, di samping mengundang kehadiran syaitan dan mmengusir Malaikat, kerap mengundang orang untuk mengagungkan dan membesarkan sesuatu yang melahirkan fitnah.

Tidak seorang pun dapat mengatakan bahawa peradaban manusia telah mencapai sesuatu batas kemajuan yang tinggi kerana semua akal manusia memperkenankan adanya penyucian atas berhala. Kita lihat orang-orang hindu di India menyembah lembu betina. ( Lembu adalah sebahagian dari sesembahan orang-orang Hindu yang selama bepuluh-puluh tahun, bahkan berabad-abad, tidak pernah lenyap untuk disucikan dan di sembah). Dalam kitab 'Samaveda', salah satu bahagian dari 'Weda' kitab suci orang Hindu, terdapat semacam ibadah berupa nyanyian yang berjudul "Sembahyang kepada lembu betina". Jika diterjemahkan, nyanyian itu akan berbunyi:

'Wahai lembu betina suci, bagimu pemujaan, kemuliaan, dan doa pada setiap penampilanmu. Engkau edarkan dan bahagi-bahagikan susu waktu fajar menyingsing dan ketika malam gelap gelita.Atau,engkau lahirkan anak lembu(betina atau jantan).Kami akan menyiapkan bagimu tempat luas,suci,dan layak bagimu.Kami juga akan menyediakan air jernih yang boleh engkau minum.Wahai lembu betina ,semoga engkau berkenan menyebarkan nikmat penuh kebahagiaan di antara kami."

Ada sebuah hikayat yang mengisahkan percakapan antara seekor babi dengan seorang raja.Suatu hari,seekor babi pergi menemui seorang raja.Kebetulan ketika itu,ia sedang melakukan sembahyang di depan lembu betina,seraya mengisytiharkan lembu betina  itu sebagai sembahannya yang berpengaruh atas  dirinya.Berkatalah babi kepada sang raja:

 'Wahai raja,bila engkau akan menyembahkan aku?"

Tentu saja sang raja marah seraya membentak babi, lalu berkata:

"Keluarlah kamu! Jika tidak, maka aku akan membunuhmu!"

Mendengar perkataan sang raja, maka sang babi pun menangis, lalu berkata..

"Baiklah, ternyata engkau hanya mahu dan suka memakan dagingku saja. Aku mati untuk menyajikan kepadamu apa yang kamu suka. Tetapi, meskipun demikian, kamu hanya mahu menyembah lembu betina  dan tidak menyembah aku."

Rajapun menjawab:ditet

"Sungguh kamu bodoh, wahai babi. Aku mengambil dagingmu setelah kamu mati, yakni dalam keadaan kamu tidak dapat memberi apa-apa dan tidak pula dapat menolak apapun.Dagingmu akan segera habis termakan. Adapun lembu, ia dapat memberiku makanan dengan penuh ketaatan, tetapi ia tetap hidup. Demikianlah, selanjutnya, ia selalu menyajikan makanan dari hari ke hari tanpa habis-habisnya. Sungguh ia menjadi simbol al-ithar (altruisme). Atas dasar itulah aku menyembahnya. Diantaranya, ia berkata;

"Sesungguhnya, pengjagaan atas lembu betina, sebagaimana ditetapkan dan diwajibkanoleh agama Hindu, adalah hadiah dari orang-orang hindu bagi dunia. Hal itu juga merupakan pancaran adanya rasa persaudaraan antara manusia dan haiwan. dalam pemikiran orang-orang hindu, diyakini bahawa lembu betina adalah ibu manusia. Memang demikian menurut hakikatnya. ketika saya melihat seekor lembu betina, saya tidak menganggap bahawa saya melihat seekor haiwan, kerana saya menyembah lembu betina dan akan terus berusaha menyembahnya di hadapan alam semuanya. Bahkan, keibuan lembu betina melebihi peranan ibu yang sebenarnya jika ditinjau berbagai segi. Pertama, ibu yang sesungguhnya hanya menyusui kita selama satu atau dua tahun, tetapi ia menuntut khidmat dari kita  sepanjang umur sebagai balasan atas jasanya itu. Sementara itu, ibu kita lembu betina memberi susu kepada kita untuk selamanya dan ia tidak meminta apapun dari kita selain makanan biasa saja. Kedua, jika ibu kita yang sesungguhnya sakit, maka kita perlu mengeluarkan banyak belanja untuk kesembuhannya. Jika ibu lembu betina sakit, kita tidak banyak mengeluarkan wang. Ketiga, jika ibu kita yang sesungguhnya mati, maka kita di tuntut untuk mengurusnya sampai selesai dan hal itu memerlukan banyak biaya. Sementara itu, jika ibu lembu betina mati, ia tetap memberi manfaat pada kita sebagaimana ia masih hidup, kerana kita dapat mengambil manfaat dari setiap bahagian jasadnya, termasuk tulang, kulit, dan bahkan tanduknya. Saya tidak mengatakan ini untuk menegaskan  betapa kecil peranan ibu yang sesungguhnya, tetapi saya ingin menjelaskan sebab-sebab saya menyembah lembu betina, dan saya mengaku sebagai bahagian dari mereka. "


SUMBER DARI PENULIS MUHAMMAD ISA DAWUD KARANGAN BUKU YANG BERTAJUK "DAJJAL AKAN MUNCUL DARI KERAJAAN JIN DI SEGITIGA BERMUDA"



 Di Tulis Oleh:-

http://khalifahalhidayah.blogspot.com

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA.. 

1 comment :

Anonymous said...

Salam..
Satu persamaan..
Sepatutnya Bani ADAM abdi PENCIPTA..
Tapi kalau berebut2 nak cium BATU..
Tak senang duduk kalau tak sujud BATU..
2 x 5 je lee..
ADAM turun kedunia sudah diajar PENCIPTA akan asma2..
Sudah tahu makan pakai..
Bukan bogel tak tahu apa..
NUH diajar untuk bina bahtera..
Jangan jadi Bani BAHALOL yang fikir nenek moyang asal SAKAI atau MONYET..
Suka berbogel dan belajar untuk hidup dari binatang yang tak tahu apa..

AKIBAT ingkar PENCIPTA..

Khalifah (Apabila Islam Berbicara)

Selera Orang Kita

Republic Of Monggol

Senarai Blog-Blog Malaysia

Recent Posts