Fakta Saintis Barat
1.
Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan
fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu
Fakta Al-Quran-1
Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih
dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku
mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Dan Ia telah
mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya,
kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah
kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”.
Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak
mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami
sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
Allah
berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada
mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada
mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,
bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku
mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. Dan
(ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri
hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat
melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan
yang kafir.
(Al-Baqarah- Ayat 30-34)
BERDASAR
AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA PERTAMA YG BERNAMA ADAM ITU. KEPANDAIAN
BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI MALAIKAT DIATAS KUNIAAN ILMU ALLAH.
Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil.
Siti
Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan
adik perempuannya yang diberi nama “Iqlima”, kemudian menyusul pasangan
kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama “Lubuda”.
Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya
dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima
maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang
dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana
damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar
menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya.
Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus
menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di
antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhak menentukan
pilihan jodohnya.
Qabil
dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh
ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil
datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya
yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil
dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan
dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.
BERDASAR
KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA
MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM?
BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM
A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA.
Fakta
Hadith Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan:
saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah masjid yang pertama
dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: “Masjid
al-Haram”, saya bertanya lagi: “kemudiannya…?”, balas Rasulullah SAW:
“Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak di antara
keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: “empat
puluh tahun, di mana sahaja
kamu
dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada
kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid
tersebut)”.Nabi Adam a.s adalah manusia pertama membina Masjidil Haram
dan Masjidil Aqsa didalam selang waktu 40tahun.
MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDALAM ILMU PEMBINAAN.
Fakta
Sejarah Islam Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin
ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat
mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik,
ilmu astronomi.
SEDARKAH
PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL
TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH
BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?
Sekarang
terserah kepada anda sendiri. Fakta mana mahu dijadikan pegangan
aqidah/iman. Jika kamu jadikan Saintis Barat kiblat kamu kerana
kemampuan mereka menonjolkan teknologi untuk meyakinkan kamu
terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat AlQuran itu lebih hebat drpd
segalanya. Hati hati dengan program National Geography yang terkadang
menyesatkan.
Di Tulis Oleh:-
http://khalifahalhidayah.blogspot.com |
Tweet
No comments :
Post a Comment