Dikisahkan bahawa semasa
berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah
seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah
kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t."
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis
orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik
sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis
tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya
sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun
mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta
kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya
dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi
pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu
hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta
sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut
sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke
rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat
untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah
perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan
perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t."
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Di Tulis Oleh:-
http://khalifahalhidayah.blogspot.com |
Tweet
No comments :
Post a Comment