Siapakah dia sahabat-sahabat Rasulullah SAW
yang telah pun dijamin syurga oleh ALLAH SWT sejak mereka
masih di dunia lagi? Sama-samalah kita mengenali diri mereka yang amat
bertuah
ini. Sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk
syurga berdasarkan hadith berikut: Tercatat dalam 'ARRIYADH ANNADHIRAH
FI
MANAQIBIL ASYARAH' dari sahabat Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah SAW masuk
ke
rumah Aisyah r.a dan bersabda: "Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar
khabar
gembira?" Aisyah menjawab : "Tentu, ya Rasulullah." Lalu Nabi SAW
bersabda, "Ada sepuluh orang yang mendapat khabar gembira masuk syurga,
iaitu : Ayahmu
masuk syurga dan kawannya adalah Ibrahim, Umar masuk syurga dan kawannya
Nuh,
Utsman masuk syurga dan kawannya adalah Aku, Ali masuk syurga dan
kawannya
adalah Yahya bin Zakaria, Talhah masuk syurga dan kawannya adalah Daud,
Azzubair
masuk syurga dan kawannya adalah Ismail, Sa'ad masuk syurga dan kawannya
adalah
Sulaiman, Said bin Zaid masuk syurga dan kawannya adalah Musa bin Imran,
Abdul
Rahman bin Auf masuk syurga dan kawannya adalah Isa bin Maryam, Abu
Ubaidah ibnu
Jarrah masuk syurga dan kawannya adalah Idris a.s."
Kisah singkat 10 Sahabat Radhiallahu Ta'ala
Anhum :-
- Abu Bakar bin Abi Qohafah (As-siddiq) r.a, adalah seorang Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah SAW, hanya berbeza keluarga. Bila Abu Bakar r.a berasal dari keluarga Tamimi, maka Rasulullah SAW berasal dari keluarga Hasyimi. Keutamaannya, Abu Bakar r.a adalah seorang pedagang yang selalu menjaga kehormatan diri. Ia seorang yang kaya, pengaruhnya besar serta memiliki akhlak yang mulia. Sebelum datangnya Islam, beliau adalah sahabat Rasulullah SAW yang memiliki karakter yang mirip dengan Rasulullah SAW. Belum pernah ada orang yang menyaksikan Abu Bakar r.a minum arak atau pun menyembah berhala. Dia tidak pernah berdusta. Begitu banyak kemiripan antara beliau dengan Rasulullah SAW sehingga tak hairan kemudian beliau menjadi khalifah pertama setelah Rasulullah SAW wafat. Rasulullah SAW selalu mengutamakan Abu Bakar r.a berbanding para sahabatnya yang lain sehingga nampak menonjol di tengah -tengah orang lain.
Rasulullah SAW bersabda : "Jika ditimbang
keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat nescaya akan lebih berat
keimanan Abu Bakar." (HR. Baihaqi)
Al Quran pun banyak mengisyaratkan sikap dan
tindakannya seperti yang dikatakan dalam firman-Nya, surah Al Lail ayat 5-7,
17-21. Surah Fushilat ayat 30. At Taubah ayat 40. Dalam masa yang singkat sebagai
Khalifah, Abu Bakar r.a telah banyak memperbaharui kehidupan kaum muslimin,
memerangi nabi palsu, dan kaum muslimin yang enggan membayar zakat. Pada masa
pemerintahannyalah penulisan Al Quran dalam lembaran-lembaran
dimulai.
- Umar Ibnu Khattab r.a, ia berasal dari kabilah yang sama dengan Rasulullah SAW. Umar r.a masuk Islam setelah bertemu dengan adiknya Fatimah r.a dan suami adiknya Said bin Zaid r.a pada tahun keenam kenabian. Dan sebelum Umar r.a memeluk Islam, telah ada 39 orang lelaki dan 26 wanita yang memeluk Islam. Di sisi kaumnya Umar r.a dikenali sebagai seorang yang pandai berbincang, berdialog, memecahkan permasalahan serta berwatak kasar. Setelah Umar r.a masuk Islam, dakwah kemudian dilakukan secara terang-terangan. Begitupun di saat hijrah, Umar r.a adalah segelintir orang yang berhijrah dengan terang-terangan. Ia sengaja berangkat pada siang hari dan melewati rombongan Quraisy. Ketika melewati mereka, Umar r.a berkata, "Aku akan meninggalkan Mekah dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghalang aku di belakang lembah ini!" Mendengar perkataan Umar r.a tak seorang pun yang berani mencegah Umar r.a. Banyak pendapat Umar r.a yang dibenarkan oleh ALLAH SWT dengan menurunkan firman-Nya seperti saat peristiwa kematian Abdullah bin Ubay, ataupun saat penentuan perlakuan terhadap tawanan perang Badar, pendapat Umar dibenarkan ALLAH dengan turunnya ayat 67 surat Al Anfal.
Sebagai khalifah Islam yang kedua, Umar
adalah seorang yang sangat menitikberatkan kesejahteraan rakyatnya, sampai setiap
malam ia berkeliling kerana khuatir masih ada yang belum dipenuhi keperluannya.
- Utsman bin Affan r.a. Terdapat sebuah Hadith yang menggambarkan keperibadian Utsman r.a: "Orang yang paling berkasih sayang di antara ummatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran ALLAH adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Utsman." (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi).
- Ali bin Abi Talib r.a, merupakan sepupu Rasulullah SAW dan kanak-kanak pertama yang masuk Islam. Beliau yang menggantikan posisi Rasulullah SAW di tempat tidurnya saat Baginda berhijrah. Semasa berlakunya perang Badar, Ali r.a menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba. Beliau mengahwini Fatimah r.a, anak Rasulullah SAW. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Ali r.a menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. Walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Utsman dan Saidina Abdurrahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.
- Talhah bin Ubaidillah r.a yang pada perang Uhud terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah serta jari tangannya putus. Namun Talhah r.a yang sangat berani dan kuat inilah yang menjadi perisai melindungi Rasulullah S.A.W di saat-saat genting, beliau memapah Rasulullah S.A.W yang tubuhnya telah berdarah menaiki bukit Uhud yang berada di hujung medan pertempuran saat kaum musyrikin pergi meninggalkan medan peperangan kerana menganggap bahawa Rasulullah SAW telah wafat. Saat itu Talhah r.a berkata kepada Rasulullah SAW, "Aku tebus engkau ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku." Nabi SAW tersenyum seraya berkata, "Engkau adalah Talhah kebajikan." Sejak itu beliau mendapat julukan Burung Helang hari Uhud. Rasulullah SAW pernah berkata kepada para sahabatnya, "Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Talhah."
- Azzubair bin Awwam r.a adalah sahabat karib Talhah r.a. Beliau memeluk Islam pada usia 15 tahun dan berhijrah pada usia 18 tahun. Dengan seksaan yang dia terima dari pakciknya sendiri. Kepahlawanan Azzubair ibnu Awwam r.a terlihat dalam perang Badar saat ia berhadapan dengan Ubaidah bin Said Ibnul Ash. Azzubair ibnu Awwam r.a berhasil menombak kedua matanya sehingga akhirnya ia tersungkur tak bergerak lagi, hal ini membuat pasukan Quraisy ketakutan.
Rasulullah sangat mencintai Azzubair ibnu
Awwam r.a. Beliau pernah bersabda, "Setiap nabi memiliki pengikut
pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Azzubair ibnu
Awwam."
Azzubair ibnu
Awwam r.a adalah suami Asma binti Abu Bakar r.a yang menghantarkan makanan pada
Rasulullah SAW saat Baginda berhijrah bersama ayahnya. Pada masa pemerintahan Umar
r.a, saat panglima perang menghadapi tentera Romawi di Mesir. Amr bin Ash r.a
meminta bala bantuan pada Amirul Mukminin. Umar r.a mengirimkan 4000 tentera
yang dipimpin oleh 4 orang panglima, dan ia menulis surat yang isinya, "Aku
mengirim empat ribu tentera bantuan yang dipimpin oleh 4 orang sahabat terkemuka
dan masing-masing bernilai 1000 orang. Tahukah anda siapa empat orang panglima
itu? Mereka adalah Ubadah ibnu Assamit, Almiqdaad ibnu Aswad, Maslamah bin
Mukhalid, dan Azzubair bin Awwam." Demikianlah dengan izin Allah, pasukan kaum
muslimin berhasil meraih kemenangan.
- Abdurrahman bin Auf r.a, adalah seorang pedagang yang berjaya. Namun saat berhijrah dia meninggalkan semua harta yang telah dia usahakan sekian lama. Namun selepas berhijrah ke Madinah, beliau kembali menjadi seorang yang kaya raya. Dan saat beliau meninggal, wasiat beliau adalah agar setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat 400 dinar. Sedangkan yang masih hidup saat itu hanya sekitar 100 orang, termasuk Ali r.a dan Utsman. r.a. Beliau pun berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada Ummahatul muslimin, sehingga Aisyah r.a berdoa: "Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabil di syurga."
- Saad bin Abi Waqqash r.a. Beliau adalah orang yang mula-mula melepaskan anak panah pertama dalam membela agama ALLAH dan juga orang yang mula-mula terkena anak panah. Seorang yang keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah, dan kukuh pada keIslamannya. Saad bin Abi Waqqash r.a memeluk Islam sewaktu berusia l7 tahun, dan keislamannya termasuk yang terdahulu di antara para sahabat. Hal ini pernah diceritakannya sendiri, katanya:
"Pada suatu saat saya beroleh kesempatan
termasuk 3 orang pertama yang masuk Islam."
Maksudnya bahawa beliau adalah salah
seorang di antara tiga orang yang paling awal masuk Islam. Sesungguhnya Saad bin
Abi Waqqash r.a adalah pakcik Nabi SAW juga. Kerana dia adalah dari Bani
Zuhrah sedangkan Bani Zuhrah adalah keluarga Aminah binti Wahab, ibunda
Rasulullah SAW.
- Said bin Zaid r.a, beliau adalah adik ipar Umar r.a. Adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang beroleh hidayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka seperti halnya Salman Al Farisi r.a, dan Abu Dzar Al Ghifari r.a. Banyak orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar, kerana Said bin Zaid r.a adalah seorang sahabat yang sangat dermawan dan murah hati.
- Abu Ubaidah Ibnu Jarrah r.a, yang akhirnya terpaksa membunuh ayahnya saat perang Badar sehingga ALLAH menurunkan ayat Quran surah Al Mujadilah ayat 22. Begitupun dalam perang Uhud, Abu Ubaidahlah yang mencabut besi tajam yang terlekat pada kedua rahang Rasulullah SAW, dan dengan berbuat begitu beliau rela kehilangan giginya. Abu Ubaidah r.a mendapat gelaran dari Rasulullah SAW sebagai pemegang amanah umat, seperti dalam sabda Baginda: "Tiap-tiap umat ada orang pemegang amanah, dan pemegang amanah umat ini adalah Abu Ubaidah Ibnu Jarrah."
Begitulah serba sedikit kisah dan
keperibadian 10 sahabat yang telah dijamin masuk syurga oleh ALLAH SWT dan
Rasul-Nya SAW di atas sumbangan dan pengorbanan besar mereka terhadap Islam.
Mudah-mudahan kita semua mendapat iktibar dan pedoman untuk mengikuti jejak
langkah mereka semua. InsyaAllah. Aamin...
sumber http://kum-pun.blogspot.com/2013/03/10-sahabat-yang-dijanjikan-syurga.html
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.
Tweet
ShareTweet
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
No comments :
Post a Comment