KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan
dunia. Dunia menangis kerana kehilangan
seorang insan seni yang hebat.
Begitulah resam dunia akan mengenang selepas
ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang
ditinggalkan lagi ramai orang merasakan
kehilangan kita.
Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi
kita perkatakan mengenai kematian mengejut.
Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana
ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti
dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul
khatimah.'
Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-
teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan
persediaan adalah amat menakutkan.
Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan
dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi
kena buru dan kena cari. Kali ini kita
bincangkan tanda-tanda mati husnul
khatimah. Antara tanda mati husnul
khatimah ialah:
- Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang pada akhir kalimahnya
mengucapkan La ilaaha illallah maka ia
dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat
Hakim)
- Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at- Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
- Wafat pada malam Jumaat. Hal ini
berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari
Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah
Allah menghindarkannya dari seksa
kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
- Mati syahid di dalam medan perang.
- Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang
kalian kategorikan sebagai orang yang mati
syahid di antara kalian?
Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang
kami anggap sebagai orang yang mati syahid
adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan
Allah.
Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang
mati syahid sangatlah sedikit."
Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau
begitu siapa sajakah dari mereka yang mati
syahid wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di
jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan
Allah dan yang mati kerana penyakit kolera,
yang mati kerana penyakit perut (iaitu
disebabkan penyakit yang menyerang perut
seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah
syahid dan orang-orang yang mati tenggelam,
dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad
dan al-Baihaqi)
- Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini
banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan
antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit
kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap
Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi
dan Ahmad)
- Mati kerana tenggelam.
- Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan
sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan
syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana
wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam,
tertimpa runtuhan bangunan dan syahid
berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam
Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
- Perempuan yang meninggal kerana
melahirkan anak.
- Mati terbakar.
- Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali
riwayat dan yang paling masyhur adalah dari
Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada
ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana
penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam
adalah syahid, kerana busung lapar adalah
syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah
syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang
mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau
tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita
yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis
riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu
Majah dan Ahmad)
- Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,
maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid
dan perempuan yang mati ketika melahirkan
adalah syahid, mati kerana terbakar adalah
syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid,
mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan
mati kerana penyakit perut adalah
syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
- Mati kerana mempertahankan harta dari
perompak. "Sesiapa yang mati kerana
mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain;
Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu
ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat
Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-
Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
- Mati dalam membela agama dan jiwa.
"Sesiapa mati terbunuh dalam membela
hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati
dalam membela keluarganya, dia mati syahid;
sesiapa mati dalam membela agama
(keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja
yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia
syahid."
- Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan
Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari
semalam adalah lebih baik daripada berpuasa
selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada
malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan
pahala amalannya yang dahulu dilakukannya
dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur
(fitnah kubur)."
- Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.
Tweet
ShareTweet
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
1 comment :
artikel yang sangat bagus. Jom bertukar link dengan kami di http://suraukini.blogspot.com sambil membantu kami mencari dana Pusat Tahfiz. Insyallah kami sudah link kan blog tuan ke blog kami.
Syukran
Post a Comment