SITI CONTOH TERBAIK UNTUK UMAT ISLAM | KHALIFAH

About

penaja 1

16 October 2011

SITI CONTOH TERBAIK UNTUK UMAT ISLAM

siti13

Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza sudah pasti ramai yang tahu siapakah empunya nama yang cantik molek itu. Siti Nurhaliza merupakan artis Melayu yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan di gelar penyanyi nombor satu di Malaysia. Siti Nurhaliza merupakan ikon kepada semua remaja, wanita, kanak-kanak dalam negara ini. Pengaruh yang begitu kuat daripada Siti Nurhaliza sangatlah menjadi senjata utama untuk mengubah sikap rakyat di Malaysia ini. Sikapnya yang sopan santu, berbudi bahasa dan lemah lembut dalam tutur kata perlu dijadikan contoh yang baik.

Namun, di sebalik itu ada satu yang tidak sempurna iaitu cara pemakain tudung Siti Nurhaliza yang tidak sempurna menutup aurat. Siti merupakan ikon kepada semua dan jika kelakuan memakai tudung yang tidak lengkap menutup aurat itu sering ditunjukkan maka mudahlah wanita-wanita yang menjadikan Siti sebagai ikon mereka mengikuti cara pemakaian ini. Alangkah bagusnya jika Siti Nurhaliza menutup aurat dengan sempurna. Kita bersama-sama mendoakan supaya pintu hati Siti Nurhaliza terbuka untuk memakai tudung litup menutup aurat sepenuhnya. Semoga doa-doa kita di makburkan oleh Allah. Amin.

Bercerita mengenai Siti, disini bukanlah Ammar ingin menceritakan secara terperinci mengenai Siti Nurhaliza tetapi disini Ammar ingin menceritakan 9 Siti yang patut dijadikan contoh kepada umat Islam di seluruh dunia. Antaranya ialah:

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam- Wanita suci yg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?

Semoga Siti Nurhaliza tergolong dalam kalangan Siti-Siti yang boleh menjadi contoh terbaik untuk umat Islam di dunia ini. Mungkin Siti Nurhaliza akan tersenarai dalam 10 Siti terbaik.

SUMBER: DANISH IRFAN


23 comments :

Anonymous said...

EEEEWwwwww...plz la! Siti bukan ikon Islam yg terbaik k? Heliza Helmi Icon muslimah Islam yg terbaik sbb x pakai ketat, tudung plak labuh, pakai stokin, pakaian x jarang.. cukup syarak. Sy semakin meluat bila Siti bawa Imej baru dia tu utk sekadar berfesyen, bukan tutup aurat, PERhatIAN..Siti bukannya bertudung,tapi berselendang. sy sbg org muslim malu sbb dia bwa imej yg x patut utk org lain contohi. malu la byk2 k..

Unknown said...

bodoh la kau ni, baca la dulu. tu dia letak headline nak bagi sensasi. content dia lain.

"Bercerita mengenai Siti, disini bukanlah Ammar ingin menceritakan secara terperinci mengenai Siti Nurhaliza tetapi disini Ammar ingin menceritakan 9 Siti yang patut dijadikan contoh kepada umat Islam di seluruh dunia. Antaranya ialah:"

Salma Abdul Wahid said...

Assalamualikum,subhanallah ,bestnye baca blog awk,baca ilmu yang kita boleg daoat ,subhannallah,semoga kita semua dalam Rahmat perlindungan Allah jua,Amin

Anonymous said...

Nabi Muhammad contoh terbaik untuk umat islam

Eric said...

siti is not ikon islam terbaik okay! jauh panggang dari api! pakai tudung pun tak betul apatah lagi aurat dari suara wanita?

Anonymous said...

admin bukan nak citer psal ct Nurhaliza 2.. tp dia nak bcerita psal 9 WANITA YG BNAMA SITI N CONTOH TERBAIK!! 2 pn xpaham2

Unknown said...

Harap Siti pakai tudung dgn sempurna...

mizsa said...

hpe siti dapat bertudung dengan sempurna....

Anonymous said...

contohilah siti-siti ,9 siti tersebut.

Afiq deLover said...

eleh,letak gmbr pun nampak aurat siti nurhaliza????semata-mata nak tarik perhatian pengunjung?fikir matang la sikit,,baik x pyh..tanggung la dosa 24jam.sy nasihatkan delete gmbr dy.kesian la dy jg.. -_-

Anonymous said...

ct??budo punya org yg buat kenyataan nie

Anonymous said...

saya pun tak bersetuju dengan tajuk artikel dalam blog ni, tapi harap2 siti akan terbuka hati menutup aurat dengan lebih sempurna.....cemane2 pon saya setuju dengan kata2 bloger ni berkenaan dengan 9 Siti yang pernah wujud di muka bumi Allah ni....semoga kita boleh mengikut jejak langkah mereka....insyaallah....

Anonymous said...

ler... semua x paham ker... penulis bkn kata st tu contoh... dia kata 9 siti2 yg lain dn suh ct nurhaliza tu ikut depa dn berubah ati nanti supaya tutp aurat.....

NSH said...

mane siti zulaikha?huhu

Anonymous said...

betul sangat tu cik siti ....lengkapilah paras rupa tu dengan pakai jilbab yg benar biar tampak lebih sempurna>>>

Anonymous said...

dpa ni xphm bhasa..,tl la pa yg ammar tlis 2..,pkai tdng je xgne klu mnyanyi jgk sore pn aurat jgk..,

Anonymous said...

sy phm pe yg saudara smpaikn..,tp klu dia pkai tdng pn xgn jgk klu dia msih mnyanyi..,suara pn tmasuk dlam aurat wanita

Anonymous said...

korg ni pehal... lau dia tulis yg siti fatimah ke, pe ke.. de ke org bca, xdenye..kn?? tpi bila nmpak siti nurhaliza, org nk bca.. xsalah pon... alahai..ilex la..org nk bg nsihat pon kna ktuk..bkn nk amek iktibar tntg nsihat itu..tpi duk kutuk siti nurhaliza.. korg bgos ke?? ape korg bg kat agama? at least dia bg smething kt ngara..pleaze la malaysian..jgn nk ktuk je tau..tgk la yg positive...

fadhilah a'bdulhamid said...

terlalu banyak benda yang nak kena baca...padahal dalam islam kita kena baca, faham & amal mengikut 2 kitab je sampai kita mati. nak bagi iktibar pun kena guna 2 kitab ni jugak...apabila kita cuba guna akal sendiri, itulah jadi melalut dan ke laut. lepas tu mintak komen orang lain. semakin ke laut dalam lah.. saya cuma mahu pengesahan: berapa jam/minitkah waktu yang dibenarkan oleh Allah Taa'la untuk melihat atau menayang aurat orang lain dalam sehari???

Anonymous said...

halu...please la...si siti penyanyi tu tak boleh dijadikan sebagai CONTOH seorang yg perlu diikuti...

Anonymous said...

CT yang terbaik.. banyakkan kutukan dan CT dapat banyak PAHALA.tu lah rezekinya murah dan popular berterusan.. Yang dok nak kutuk CT tu ingat dorang tu bagus sangat ke?.. entah2 SHOLAT pun main KADA'..Org Malaysia ni mentalitinya tak sempurna.. especially orang MELAYU..Suka nak gosip, kutuk dan berniat jahat pada sesama agama..tu lah bangsa MELAYU kat Malaysia ni TAK MAJU!!!

Anonymous said...

xperlu berbalah dalam hal mcm nie.Allah dah bg kita icon utk kita ikut dari kita hidup sampai ke kita mati iaitu Nabi S.A.W.contoh terbaik yg disebutkan quran.klu contoh terbaik wanita ikut jea isteri2 nabi dan anak perempuan nabi.

Unknown said...

Kutuk la puas2~!Bg pahala free,amek dosa free..
Yg pnting,aku doakan Siti Nurhaliza jdik srikandi syurga nnt..^_^