Ketika Manuskrip Berbicara dan Mengungkap sebahagian Rahsia (Bahagian Kedua) | KHALIFAH

About

penaja 1

8 April 2012

Ketika Manuskrip Berbicara dan Mengungkap sebahagian Rahsia (Bahagian Kedua)


GAMBAR HIASAN
Selanjutnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu:

"Kalau begitu, siapakah engkau sebenarnya? Tujuan apakah yang mendorongmu datang kesini? Dan siapakah yang mengajarimu boleh berbicara dan menjelaskan sehingga engkau layaknya seperti manusia?"

Ia menjawab:

"Aku memang seekor binatang yang di ciptakan dn diperintahkan untuk berbuat demikian dan hendakberada disini bersamamu. Jibril, malaikat terpercaya itu, akan membawamu dari hutan di penghujung dunia nanti. Hanya engkau sahaja satu-satunya orang yang hidup dari suatu keturunan subur yang telah hancur. Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal disini, di pulau ini, bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu"

Binatang itu memberitahunya bahawa ia diperintahkan untuk berbicara dengannya. kemudian setelah itu ia diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana lazimnya.

Ia tidak akan berbicara untuk kedua kalinya kecuali jika masa keluarnya anak ajaib dari pulau tersebut di akhir zaman telah hampir. Adapun pada masa-masa diantara itu, maka itu termasuk keadaan yang hanya diketahui oleh Allah.

"Mungkin saja ketika itu aku berbicara denganmu. Jadi, sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhluk. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-wasiat dari malaikat Jibril yang terpercaya itu.'

Di sini mulailah lidah binatang itu terdiam dan kembali seperti sediakala. Ia bernama Jassasah (yang terus-menerus memata-matai), kerana ia mencari berita dan memberitahunya kepada anak itu. hal ini dilakukan demi kepentingan atau kemaslahatan anak itu. Ia bukan sahaja Jassah (tukang mencari berita dan memberitahukan), melainkan juga Jassasah (yang selalu mencari berita dan memberitahukannya). Hal ini sesuai dengan tugas binatang itu untuk mendapatkan dan memberitahukan pelbagai hal dan berita kepadanya, bukan sekadar suatu berita.

Semua berita yang di bawanya sangat menakjubkan dan mengagumkan serta mempunyai peranan yang sangat penting, di samping terwujud atau tercipta dalam keadaan ganjil. Maha Suci Tuhan yang, tidak berkehendak ; melaksanakan kehendak-Nya. Jika Dia mempunyai kemahuan, maka tidak ada sesuatu yang dapat menolaknya. Jika Dia menentukan hukum, maka tidak ada sesuatu pun dapat menentang-Nya. Maha Suci Dia dan Maha Luhur dari apa yang mereka sekutukan.

Semua yang saya kemukakan di bawah judul "Ketiaka Manuskrip Berbicara" adalah  ringkasan dari apa yang tertulis pada pelbagai manuskrip peninggalan (orang-orang dahulu) yang saya dapatkan di dalam bangunan bawah tanah milik para petani Palestin.

Manuskrip-manuskrip itu tertulis  dengan huruf Aram lama yang berumur sekitar empat abad sebelum diutusnya Nabi Musa a.s.. Nampaknya, ini adalah apa yang pernah ditekankan oleh Nabi Ibrahim a.s. di lembah Quds(palestin) yang sebahagian besar merupakan bahagian dari apa yang di wahyukan oleh Allah, Tuhan semesta alam, (kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa) berkenaan dengan kehidupan akhirat dan dunia.  Hanya allah yang lebih mengetahui. Di samping itu, manuskrip tersebut  menceritakan fitnah yang sangat besar. Sementara itu, yang menulis manuskrip-manuskrip pada daun semacam kurma atau lembaran papirus yang di buat sebagai kertas itu adalah seseorang yang dikenal dengan nama Azad bin Harim bin Shafur. Ia sendiri pernah bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. , bahkan menanyakan kepadanya ehwal seorang laki-laki yang di sebut dajjal yang sangat bahaya itu. semua nabi diperintahkan Allah untuk untuk memperingatkan kaumnya dari bahaya Dajjal. Menurut pengakuannya, ia adalah orang yang paling banyak bertanya mengenai hal itu kepada nabi ibrahim a.s. dan paling banyak bergaul dengan beliau ketika berada di negerinya.

Manuskrip-manuskrip itu diwariskan secara turun-temurun oleh anak cucunya. Merekapun memperbaharui tulisannya dengan tulisan Aramhingga masa kenabian Nabi Isa al-Masih. Kemudian manuskrip-manuskrip itu disembunyikan oleh cicit dari cucu Azad. Ketika mereka bertanya kepada Nabi Isa al-Masih mengenai apa yang diberitakan Nabi Ibrahim, beliaupun menguatkannya.

Allah s.w.t. . juga mewahyukan kepada Nabi Isa untuk memperingatkan kaumnya dari (bahawa) dajjal yang mengaku sebagai tuhan dan minta disembah itu. Dengan kehendak Allah s.w.t., ada petani Palestin yang menemukan manuskrip-manuskrip dan surat-surat itu. Kemudian barang-barang berharga itu diserahkan kepada orang aalim yang soleh di Quds (Palestin). ia memberitahu kepada saya kandungan manuskrip-manuskrip itu setelah terbuka mantera dan ungkapan-ungkapannya. Sebab, ia memang ahli dalam bidang ukiran atau tulisan Aram dahulu, dan juga ahli dalam pelbagai bahasa yang sudah tidak digunakan lagi. Ia selalu menjaga manuskrip-manuskrip itu di dalam bangunan bawah tanah rumahnya yang sudah tua di Quds. Nam samarannya adlah Abu Basil 'Izzuddin Nur. Nama dan gelaran dan sesungguhnya hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui.

Saya sendiri Membenarkan apa yang disebutkan nya ITU. Nabi nuh a.s., yang sangat jauh dari masa kenabian Nabi Ibrahim, juga pernah memperingatkan kaumnya dari bahaya dajjal. Jadi, tidak ada alasan untuk meragukan atau menganggap aneh perkataan Nabi Ibrahim yang diterimanya dari Nabi Nuh.

Di dalam 'Sahih Bukhari' disebutkan; Telah menceritakan kepada kami ' Abdan telah menceritakan kepada kami Abdullah, dari Yunus, dari az-Zuhri dari salim, bahawa Ibnu Umar r.a. berkata;

"Rasullullah s.a.w., berdiri di hadapan orang ramai, lalu memuji dan menyanjung Allah sebagaimana biasanya. Kemudian beliau menyebut-nyebut dajjal, 'Sungguh aku memperingatkan kamu semua agar berhati-hati terhadap dajjal. Setiap nabi pasti memperingatkan kaumnya tentang dajjal. Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya. akan tetapi, akan ku beritahu kepada kamu semua tentang dajjal yang belum pernah diberiahukan oleh seorang nabipun kepada kaumnya. Kamu semua harus tahu bahawa dajjal buta sebelah matanya, dan bahawa Allah tidak buta sebelah mata-Nya."

 Bersambung Ketajuk "Rahsia Pengaruh Rasul pada Tujuh Batu Besar"


[SUMBER DARI BUKU KARANGAN MUHAMMAD ISA DAWUD PENULIS BUKU YANG BERTAJUK DAJJAL AKAN MUNCUL DARI KERAJAAN JIN DI SEGITIGA BERMUDA ]



Di Tulis Oleh:-

http://khalifahalhidayah.blogspot.com

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.


 
 Share
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA.. 

No comments :

Khalifah (Apabila Islam Berbicara)

Selera Orang Kita

Republic Of Monggol

Senarai Blog-Blog Malaysia

Recent Posts