DAJJAL: KELAHIRAN, PERTUMBNUHAN, DAN KEHIDUPAN KHASNYA YANG MEMBENTANG LUAS | KHALIFAH

About

penaja 1

29 March 2012

DAJJAL: KELAHIRAN, PERTUMBNUHAN, DAN KEHIDUPAN KHASNYA YANG MEMBENTANG LUAS

Kita menyedari bahawa tajuk di atas nampaknya terlalu panjang, dan tidak sesuai dengan kebiasaan para penulis dan wartawan, kecualimenurut hemat mereka jika terpaksa. Tetapi entahlah, memang begitulah yang diinginkan sebagai tajuknya. Nampaknya, tajuk tersebut memaksa saya menulis seperti itu. Mungkin itulah yang sesuai dengan perikehidupan Dajjal yang sangat panjang dan berliku-liku, yang membentang dari satu abad ke satu abad yang lain.

Mari kita pegang satu benang dari hujungnya dan berusaha menyeibangkan perjalanan antara lambat dan cepat. Sebab, perjuangan memerangi Dajjal sudah tiba waktunya. Bukankah kita merindukan dan mengharapkan berakhirnya fitnah besar, dan berakhirnya kehidupan Dajjal yang selalu merancang langkah-langkah untuk menghina dan mencelakakan umat islamserta menggerakkan boneka dengan penuh kecerdikan di belakang layar.

Saya sedar bahawa apa yabg saya tulis ini, berkat kurnia Allah s.w.t., belum pernah ditulis oleh orang lain. Namun hal itu tidak bererti bahawa saya adalah seorang pemikir handal atau penulis genius. Saya hanya menulis ssebuah kajian, renungan, dan hasil bacaan pelbagai literatur. di samping hasil olahan batin. Yang saya tulis ini hanya sekadar usaha penyebaran maklumat yang tidak saya pastikan kebenarannya..

*********
Kita sekarang berada di suatu negeri bernama Samirah dalam perjalanan kilas balik untuk sementara. Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi sebuah negara besar pada masa Daud dan sesudahnya, bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani Israel warisan Nabi Sulaiman. Hal ini bedasarkan segi masa kelahiran Nabi Musa yang kira-kira satu abad sebelumnya.

Dari seorang lelaki dan perempuan keturunan Yahudza setelah masa tiga puluh satu tahun perkahwinannya, lahirlah seoarang anak yang paling membahayakan kedua orang tuanya. sebagaimana digambarkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w:

" Kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga."

[dalam 'Musnad' Imam Ahmad, terdapat hadis Nabi Muhammad yang bermaksud:

"Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinannya selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anakpun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seoarang paling berbahaya dan paling sedikit manfaatnya . Kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga"]

 Di bawah ini saya sertakan  tajuk-tajuk kecil untuk menerangkan tentang kelahiran dajjal yang lebih teperinci lagi:   



[SUMBER DARI BUKU KARANGAN MUHAMMAD ISA DAWUD PENULIS BUKU YANG BERTAJUK DAJJAL AKAN MUNCUL DARI KERAJAAN JIN DI SEGITIGA BERMUDA ]



 Di Tulis Oleh:-

http://khalifahalhidayah.blogspot.com

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.
Share
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA.. 

No comments :