Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata: "Saya
tanya kepada Rasullullah s.a.w., Apakah yang cinta
itu ingat pada kekasihnya pada hari kiamat?" Jawab Rasullullah
s.a.w.: "Adapun ditiga tempat (masa) maka tidak ingat iaitu ketika
ditimbang amal sehingga diketahui apakah ringan atau berat, ketika menerima
lembaran catatan amal (suhuf) sehingga ia terima imma
dari kanan atau dari kiri dan ketika keluar dari neraka ular naga lalu mengepung
mereka dan berkata "Aku diserahi tiga macam: Orang mempersekutukan Allah
s.w.t. dengan lain Tuhan, dan orang yang kejam, penentang, zalim dan
orang yang tidak percaya pada hari kiamat (hisab), maka diringkus semua
orang-orang yang tersebut itu lalu dilemparkan semuanya dalam neraka jahannam,
dan diatas neraka jahannam itu ada jambatan yang lebih halus dari rambut dan
lebih tajam dari pedang, sedang dikanan kirinya bantolan dan duri-duri, sedang
orang-orang yang berjalan diatasnya ada yang bagaikan kilat, dan bagaikan angin
kencang, maka ada yang selamat, dan ada yang luka terkena bantolan duri, dan ada
yang terjerumus muka kedalam neraka."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah
s.a.w. bersabda: "Diantara dua kali tiupan sangkakala itu jarak
empat puluh tahun (Tiupan untuk mematikan dan membangkitkan semula). Kemudian Allah
s.w.t. menurunkan hujan air bagaikan mani orang lelaki, maka timbullah
orang-orang mati bagaikan timbulnya tanaman (sayur-sayuran)."
Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a.
berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ketika Allah
s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah
s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka
ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan."
Saya bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala)
itu?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan
tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi: "Bagaimana besarnya?" Rasullullah
s.a.w. menjawab: "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang
mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar bulatannya
itu seluas langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali iaitu pertama Nafkhatul
faza' (untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq (untuk
mematikan) dan Nafkhatul ba'ats (untuk
menghidupkan kembali atau membangkitkan)."
Dalam riwayat Ka'ab hanya dua kali tiupan, iaitu mematikan dan membangkitkan.
Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa
yauma yunfakhu fafazi'a man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah
(Yang bermaksud) Dan pada hari ditiup sangkakala maka
terkejut takut semua yang dilangit dan yang dibumi, kecuali yang dikehendaki
oleh Allah. (Surah Annamel :
87)
Dan pada saat itu tergoncangnya bumi, dan
manusia bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya dan
yang meneteki lupa terhadap bayinya, dan anak-anak segera beruban dan
syaitan-syaitan laknatullah berlarian. Maka keadaan itu berlaku beberapa lama
kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup
sangkakala kedua.
Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa
nufikhafishshuri fasha'iqa man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah.
Tsumma nufikha fihi ukhra fa idza hum qiyamun yandhurun. (Yang
bermaksud) Dan ketika ditiup sangkakala maka matilah
semua yang dilangit dan bumi kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup
lagi, tiba-tiba mereka bangun dan melihat. (Surah Azzumar : 68)
Mereka yang dikecualikan itu ialah roh orang-orang yang mati syahid, Jibrail,
Mika'il, Israfil dan Hamalatul
arsyi serta Malaikatmaut, sehingga ketika ditanya oleh Allah
s.w.t: "Siapakah yang masih tinggal
dari makhlukKu?" Padahal Allah s.w.t.
lebih mengetahui. Jawab Malaikatmaut: "Ya Tuhan, Engkau
yang hidup, yang tidak mati, tinggal malaikat Jibril, Mika'il,
Israfil, Hamalatul
arsyi dan aku." Maka Allah s.w.t. menyuruh
Malaikatmaut mencabut roh mereka.
Riwayat Muhammad bin Ka'ab dari seorang dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Kemudian
Allah s.w.t. berfirman: "Harus
mati Jibril, Mika'il, Israfil dan juga Hamalatul arsyi." Kemudian Allah s.w.t. bertanya:
"Hai Malaikulmaut, siapakah yang masih tinggal
dari makhlukKu?" Jawab Malaikulmaut:
"Engkau Dzat yang hidup yang tidak akan mati, tinggal hambamu yang lemah,
Malikulmaut." Firman Allah s.w.t.: "
Hai Malaikulmaut, tidakkah kau mendengar firmanKu:
"kullu nafsin dza'iqatul maut. (Yang bererti) Tiap
makhlukKu,
Aku jadikan engkau untuk tugasmu itu, dan kini
matilah engkau." Maka matilah Malaikulmaut diperintah mencabut
nyawanya sendiri, maka ia sendiri, tiba-tiba ia menjerit, yang andaikata waktu
itu makhluk lain masih hidup nescaya mereka semua akan mati kerana jeritan
Malaikulmaut itu, lalu ia berkata: "Andaikan saya mengetahui bahawa
pencabutan roh itu seberat ini nescaya aku akan lebih lunak ketika mencabut
roh-roh orang mukmin." Kemudian matilah Malaikulmaut dan tiada tinggal
satupun dari makhluk Allah s.w.t. Kemudian Allah
s.w.t. berfirman kepada dunia yang rendah ini: "Dimanakah
raja-raja dan putera-putera raja, dimanakah raksasa-raksasa dan putera-putera
raksasa yang makan rezekiKu
tetapi menyembah lainKu."
Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Limanil
mulkil yaum? Lillahilwahidil qahhar." (Yang bermaksud) Siapakah
yang mempunyai hak milik pada hari ini?. Pertanyaan ini tidak ada
yang menjawab, maka Allah s.w.t. sendiri
menjawab: "hanya bagi Allah
yang tunggal dan memaksa segala sesuatu."
Kemudian Allah s.w.t.
menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki selama empat puluh
hari, sehingga air telah mengenang diatas segala sesuatu setinggi hasta, maka
Allah s.w.t. menumbuhkan makhluk
bagaikan tumbuhnya sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya sebagaimana
semula dahulu, kemudian Allah s.w.t. menyuruh
(berseru): "Hiduplah hai Israfil dan
Hamalatularsyi." Maka hiduplah mereka. Lalu Allah
s.w.t. menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya, lalu Allah
s.w.t. menyuruh Israfil meniupnya untuk membangkitkan, maka keluarlah
roh-roh bagaikan lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan bumi, lalu
masuklah roh itu kedalam jasad didalam hidung, maka bumi mengeluarkan mereka.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Saya pertama
orang yang keluar dari bumi." Dalam lain hadis: "Sesungguhnya Allah
s.w.t. jika telah jika telah menghidupkan Malaikat Jibrail, Mika'il,
Israfil, maka mereka pergi kekubur Nabi Muhammad s.a.w. membawa
buraq dan perhiasan-perhiasan syurga, maka terbuka bumi untuk Baginda
Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat Jibril segera bertanya: "Ya
Jibril, bagaimana ummatku? (Apakah yang diperbuat oleh Allah
s.w.t. terhadap ummatku?) Jawab Jibril: "Terimalah khabar gembira,
kerana kau pertama yang kuluar dari bumi." Kemudian Allah
s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala, tiba-tiba serentak mereka
bangkit melihat keadaan.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Maka keluarlah mereka dari kubur mereka
dalam keadaan telanjang bulat, menuju kepada Tuhan mereka , kemudian berhenti
disuatu tempat selama 70 tahun, Allah s.w.t. membiarkan
mereka, tidak melihat atau memutuskan keadaan mereka, mereka menangis sehingga
habis air mat, dan mengeluarkan darah dan peluh sehingga banjir sampai kemulut,
kemusian mereka dipanggil ke Mahsyar, mereka keburu-buruan menuju panggilan itu,
maka apabila telah berkumpul semua makhluk, jin, manusia dan lain-lainnya,
tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit, maka terbuka langit dunia dan
turun daripadanya sepenuh penduduk bumi dari para Malaikat, dan mereka langsung
berbaris, lalu bertanya: "Apakah ada diantara kamu yang membawa perintah
Tuhan untuk hidab?" Dijawab: "Tidak ada." Kemudian turun ahli
langit kedua dan berbaris pula, kemudian turun prnduduk langit ketiga, dan
seterusnya sampai langit ketujuh, masing-masing berlipat dari yang sebelumnya
dan semua Malaikat itu melindungi penduduk bumi."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Sesungguhnya
Allah s.w.t. akan menyuruh langit dunia maka
terbelah dan mengeluarkan semua Malaikat yang ada didalamnya, maka turun
semuanya dan mengepung bumi dengan apa yang ada dibumi, kemudian langit kedua
dengan isinya, kemudian yang ketiga dengan isinya, kemudian keempat dengan
isinya, kemudian kelima dengan isinya, kemudian keenam dengan isinya sehinggalah
merupakan tujuh barisan Malaikat, setengahnya dikepung oleh setangahnya,
sehingga penduduk jika pergi kemana sahaja mereka mendapati tujuh berisan
Malaikat itu seperti mana firman Allah s.w.t.: "Ya
ma'syaral jinni wal insi inis tatha' tum an tanfudzu min aqtharissamawati wal
ardhi fan fudzu la tanfudzuna illa bisulthan." (Yang bermaksud) "Hai
para jin dan manusia jika kamu dapat menembus langit dan bumi, maka silakan
menembusnya. Dan kamu tidak akan menembusnya kecuali dengan kekuatan."
Firman Allah s.w.t. lagi:
"Wayauma tasyaqqaqussama'u bil ghomami wanuzzilal
malaikatu tanzila." (Yang bermaksud) "Dan
pada hari terbelahnya langit dengan awan, dan diturunkan para Malaikat dengan
seketika."
Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman: "Hai
para jin dan manusia, aku nasihatkan kepadamu, sesungguhnya yang tercatat dalam
lebaran hanya amalmu sendiri, kerana itu siapa yang mendapatkan didalamnya
kebaikan, hendaklah mengusapkan : Alhamdulillah dan siapa yang mendapat lain
dari itu, maka jangan menyalahkan yang lain kecuali dirinya sendiri. Kemudian Allah
menyuruh jahannam, maka keluar daripadanya binatang
yang panjang mengkilat gelap lalu berkata-kata. Maka Allah
berfirman: "Alam a'had ilaikum ya bani Adama
alla ta'budusy syaithana innahu lakum aduwwun mubin. Wa ani'buduni hadza
shiraatum mustaqim. Walaqad a adholla minkum jibilla katsiera afalam
takuni ta'qilun. Hadzihi jahannamullati kuntum tu'aduun. Ish lauhal yauma bima
kuntum takfurun. (Yang bermaksud) Tidak Aku
telah berpesan kepadamu: Jangan menyembah syaitan, sesungguhnya ia musuhmu yang
nyata-nyata. Dan sembahlah Aku. Inilah jalan yang lurus. Dan ia telah
menyesatkan ummat-ummat yang banyak dari kamu. Apakah kamu tidak berakal (berfikir)
dan menyedarinya. Inilah neraka jahannam yang telah
diancamkan (Peringatan) kepadamu. Masuklah
kamu kini, oleh sebab kekafiranmu."
Maka pada saat itu bertekuk lutut tiap-tiap ummat, sebagaimana firman Allah
s.w.t.: "Wa tara kulla ummatin jatsiyatan
kullu ummatin tud'a ila kitabiha." (Yang bermaksud) Disini
kamu melihat tiap-tiap ummat (orang)
bertekuk lutut, tiap ummat dipanggil untuk menerima suratan amalnya." Lalu
Allah s.w.t. memutuskan
pada semua makhlukNya. Dan antara binatang-binatang
buas atau ternak, sehingga kambing-kambing yang tidak bertanduk diberi hak
membalas kambing yang bertanduk, kemudian diperintahkan menjadi tanah semua
binatang-binatang itu. Dan disaat itu orang kafir berkata: "Aduh sekiranya
aku menjadi tanah." Kemudian Allah s.w.t.
memutuskan antara semua hambaNya.
Nafi' dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Manusia akan dibangkitkan kembali kepada Tuhan pada hari kiamat,
sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang bulat.
Siti Aisyah berkata: "Laki perempuan berkumpul ya Rasullullah?
Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya." Siti
Aisyah berkata: "Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat setengah pada
setengahnya." Nabi Muhammad s.a.w. sambil
memukul bahu Aisyah bersabda: "Hai puteri dari putera Abu Quhafah,
kesibukan orang-orang pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu,
orang-orang pada mengarahkan pandangan kelangit, berdiri selama empat puluh
tahun tidak makan, tidak minum, ada yang berpeluh sampai tumit, sampai betis,
sampai perut dan ada sampai mulut, kerana lamanya berhenti, kemudian berdiri
para Malaikat mengelilingi arsy, lalu Allah s.w.t.
menyuruh menyeruan nama fulan bin fulan, maka semua yang hadir melihat-lihat
orangnya, lalu keluar prang itu untuk menghadapi Tuhan
Rabbul A'alamin. Dan bila telah melihat Rabbul A'alamin dipanggil
orang-orang yang pernah dianiaya oleh orang itu untuk diberikan dari hasanat
kebaikannya kepada orang-orang yang teraniaya itu, kerana pada saat itu tidak
ada pembayaran dengan mas, perak (dinar, dirham), maka orang-orang selalu
menagih sehingga habis hasanatnya, maka diambilkan dari dosa-dosa orang-orang
yang dianiaya itu untuk dipikulkan kepadanya, kemudian jika selesai semua maka
diperintahkan: "Kembali ketempatmu dalam neraka
hawiyah (jahannam) kerana pada hari ini
tidak ada dhulum." (penganiyaan), sesungguhnya Allah
amat segera perhitunganNya. Maka pada saat
itu tidak ada seorang Malaikat yang muqarrab atau Nabi Rasul melainkan merasa
bahawa tidak akan selamat, kecuali jika mendapat perlindungan Allah
s.w.t."
(sumber khalifah)
(sumber khalifah)
Mu'adz bin Jabal r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Laa tazulu qadamaa abdin hatta yus'ala an arba. An umrihi fima afnaahu
wa'an jasadihi fima ablaahu wa'an ilmihi ma amila bihi wa'an maalihi min aina
iktasabahu wafima anfaqahu. (Yang bermaksud) Tidak dapat bergerak kaki seorang
hamba sehingga ditanya tentang empat: Umurnya digunakan apa sampai habis. Dan
badannya dalam apa ia rosakkan. Dan ilmunya apa ia pergunakan (apakah diamalkan).
Dan hertanya dari mana ia dapat dan kemana ia keluarkan.
Ikrimah berkata: Seorang ayah akan memegang anaknya pada hari kiamat dan berkata:
"Saya ayahmu ketika didunia." Maka anak itu memuji kebaikannya lalu
ayah itu berkata: "Hai anak, kini saya berhajat kepada hasanatmu yang
sekecil dzarrah, kalau-kalau saya dapat selamat dengan itu dari apa yang kau
lihat ini." Jawab anaknya: "Saya juga takut dari apa yang kau takutkan
itu kerana itu tidak dapat memberikan kepadamu sedikitpun." Lalu pergi
kepada isterinya dan berkata kepadanya: "saya dahulu suamimu didunia."
Maka dipuji oleh isterinya, lalu berkata: "Saya ini minta kepadamu
satu hasanat, kalau-kalau saya boleh selamat dari apa yang kau lihat ini."
Jawab isterinya: "saya juga takut dari itu terhadap diriku seperti engkau."
Sepertimana firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wain
tad'u muts qalatun ila himliha laa yuhmal minhu syai'un walaukaana dza qurba."
(Yang bermaksud) "Dan orang keberatan pikulannya
itu jika memanggil lain orang untuk memikulkan sebahagian tidak akan dipikulkan
sedikitpun, meskipun yang dipanggil itu kerabat yang dekat."
Ibn Mas'ud berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda
yang berbunyi: "Innal kafir layul jamu biaroqihi walau ilaannar. (Yang
bermaksud) Orang kafir akan tenggelam dalam peluhnya kerana lamanya hari itu
sehingga ia berdoa: "Ya Tuhan, kasihanilah aku, meskipun masuk kedalam
neraka."
Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: "Tiada seorang nabi melainkan ia mempunyai
doa yang mustajab, dan semuanya sudah menggunakan doa itu didunia, sedang saya
masih menyimpan doa itu, untuk saya gunakan sebagau syafa'at bagi ummatku pada
hari kiamat. Ingatlah bahawa sayalah yang terkemuka dari semua anak Adam dan itu
bukan bangga, dan saya juga yang pertama bangkit dari bumi, juga bukan kerana
bangga, dan panji Alhamd ditanganku pada hari kiamat yang dibawahnya ada Adam
dan anak cucunya, juga tidak bangga dengan itu. Pada kiamat kesukaran dan
kerisauan manusia akan bertambah dahsyat sehingga mereka datang pada Nabi Adam
a.s. dan berkta: "Hai Abulbasyar (Ayah dari semua manusia), berikan
syafa'atmu (bantuanmu) bagi kami dengan minta Tuhan, supaya segera menyelesaikan
kami ini. Jawab Adam: "Itu bukan bagian saya, saya telah diusir keluar dari
syurga kerana dosaku, dan kini aku tidak memikirkan sesuatu kecuali diriku
sendiri, lebih baik kamu pergi kepada Nuh a.s. kerana ia sebagai Nabi yang
pertama. Maka mereka pergi kepada Nuh dan berkata: "Tolonglah kamu mintakan
kepada Tuhan supaya lekas membebaskan kami." Jawab Nabi Nuh a.s.: "Bukan
bagianku, saya telah mendoakan penduduk bumi sehingga tenggelam semuanya, dan
kini tidak ada yang aku fikirkan kecuali diriku sendiri, tetapi kamu lebih baik
pergi kepada Nabi Ibrahim a.s. Khalilullah. Maka pergilah mereka kepada
Nabi Ibrahim a.s. dan berkata: "Tolonglah kami disisi Tuhan supaya segera
memutuskan urusan kami." Jawab Nabi Ibrahim a.s: "Itu bukan urusanku
sebab saya telah dusta tiga kali. Rasulullah s.a.w. bersabda:
" keriga-tiganya itu kerana mempertahankan agama Allah
iaitu ketika ia diajak keupacara kaumnya, lalu ia menyatakan: "Inni saqiem
(Sesungguhnya saya sakit), kali kedua ketika berkata: "Bal fa'alahu
kabiruhum hadza." (Yang bermaksud) "Bahwa yang merosakkan
berhala-berhala ini hanya ini lah yang terbesar dan kali ketiga ketika isterinya
akan diganggu oleh Raja yang zalim, lalu ia berkata: "ini saudaraku."
kerana itu kini tidak ada sesuatu yang merisaukan hatiku kecuali bagaimana
nasibku, tetapi kamu pergi kepada Musa a.s sebagai Kalimullah yang langsung
mendengar firman-firman Allah. Maka mereka langsung
pergi kepada Nabi Musa a.s. dan berkata: "Tolonglah kami, gunakan
syufa'atmu untuk mengadap Tuhan supaya menyelesaikan urusan kami ini."
Jawab Nabi Musa a.s.: "Itu bukan urusanku, saya pernah membunuh orang tanpa
hak, dan kini aku tidak memikirkan kecuali nasib diriku, tetapi kamu pergi
kepada Nabi Isa a.s. Ruhullah dan Kalimatullah." Maka segera mereka pergi
kepada Nabi Isa a.s dan berkata: "Berilah jasa syafa'atmu. mintalah kepada
Tuhan supaya segera meringankan penderitaan kami ini." Jawabnya: "Saya
telah diangkat bersama ibuku oleh orang-orang sebagai Tuhan, dan kini tidak ada
sesuatu yang merisaukan aku kecuali urusanku sendiri, tetapi bagaimana
pendapatmu kalau ada barang terbungkus dan ditutup, apakah dapat mencapai barang
itu jika tidak dibuka penutupnya?" jawab mereka: "Tidak.' Maka ia
berkata: "Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. itu
penutup dari semua nabi-nabi, dan Allah telah
mengampunkan baginya apa yang lalu dan yang kemudian, lebih baik kamu pergi
kepadanya.Maka datanglah orang-orang itu kepadaku, lalu saya jawab kepada mereka:
"Baiklah, sayalah yang akan membantu sehingga Allah mengizinkan
bagi siapa yang dikehendakinya dan diredhainya, maka tinggal sekehendak Allah."
Kemudian bila Allah hendak menyelesaikan makhlukNya,
maka ada seruan: "Dimanakah Muhammad dan
ummat-ummatnya?" Maka kamilah yang terakhir didunia, dan yang pertama-tama
hisabnya pada hari kiamat. Lalu aku berdiri bersama ummat-ummatku, maka
ummat-ummat itu membukakan jalan untuk kami, sehingga ada suara, hampir saja
ummat ini semuanya merupakan nabi-nabi, kemudian aku maju kepintu syurga dan
mengetukmnya, lalu ditanya: "Siapakah itu?" Jawabku: "Nabi Muhammad
Rasullullah." Lalu dibukakan dan segera aku masuk dan bersujud
kepada Tuhan serta memuja muji kepada Tuhan dengan pujian yang belum pernah
diucapkan oleh seorang pun sebelumku, kemudian aku diperintah: Irfa'
ra'saka wa qul yusina' wasai tu'tha, wasy fa tusyaffa." (Yang
bermaksud) Angkatlah kepalamu, dan katakan akan
didengar, dan mintalah akan diberikan syafa'atmu akan diterima.".
Maka saya memberikan syafa'atku pada orang-orang yang didalam hatinya ada
seberat semut (dzarrah) atau jagung dari iman keyakinan disamping syahadat an la
ilaha illallah wa anna Muhammad Rasulullah."
Umar bin Alkhoththob r.a. ketika masuk kemasjid bertemu dengan Ka'bul Ahbar
sedang memberikan nasihat pada orang ramai, maka Umar berkata kepadanya: "Berilah
kami nasihat dan cerita-cerita yang dapat menambahkan takut kepada Allah
s.w.t." Maka Ka'bul Ahbar berkata: "Sesungguhnya ada
Malaikat-malaikat yang dijadikan oleh Allah s.w.t.
berdiri tegak tidak pernah membongkokkan punggung mereka, dan yang lain sujud
tidak pernah mengangkat kepalanya sehingga ditiup sangkakala, dan mereka
bertasbih: Subhanakallahumma wabihamdika ma abadnaaka
haqqa ibadatia wa haqqa ma yanbaghi laka an tu'bada. (Yang bermaksud)
Maha suci Engkau ya Allah
dan segala puji bagiMu, kami tidak dapat beribadat
kepadaMu sepenuh ibadat yang layak kepadaMu,
yang layak bagiMu untuk disembah. Demi
Allah yang jiwaku ada ditangannya, neraka jahannam akan diperdekatkan pada hari
kiamat lalu bergemuruh dan bila telah dekat ia bergemuruh dengan satu suara
dan disaat itu tidak ada seorang nabi atau orang yang mati syahid melainkan ia
bertekuk lutut jatuh, maka tiap nabi, syahid atau siddiq hanya berdoa: "Ya
Allah, saya tidak minta kecuali keselamatan diriku sehingga nabi Ibrahim lupa
pada Ismail dan Ishak sambil berkata: "Ya Tuhan, aku khalilullah Ibrahim,
dan pada saat itu andaikan engkau, hai putera Khoththob mempunyai seperti amal
tujuh puluh nabi, nescaya kau mengira bahawa dirimu tidak akan selamat."
Maka menangislah semua yang hadir.
Ketika Umar melihat keadaan itu, lalu Umar berkata: "Hai Ka'ab, berikan
kepada kami khabar yang menggembirakan." Maka berkata Ka'ab: Sesungguhnya
bagi Allah s.w.t. ada 313 syari'ah, tidak seorang yang menghadap kepada Allah
s.w.t. dengan salah satu syari'at itu asal disertai dengan Khalimah laa
ilaha illallah melainkan pasti dimasukkan oleh Allah s.w.t kedalam
syurga demi Allah, andaikan kamu tahu besarnya rahmat Allah s.w.t., nescaya kamu
malas beramal. Hai saudara-saudara, bersiap-siaplah menghadapi hari kiamat itu
dengan amal yang soleh, dan menjauhi ma'siyat sebab tidal lama kau akan
menghadapi kiamat dan menyesal tihadap masa hidupmu yang terbuang sia-sia,
ketahuilah bahawa bila kau mati bererti telah tiba hari kaimatmu, sebagaimana
kata Almughirah bin Syu'bah: "Kamu menantikan hari kiamat, padahal kiamatmu
ialah saat kematianmu."
Alqomah bin Qays ketika hadir janazah lalu ia berdiri diatas kubur dan berkata:
"Adapun hamba ini maka telah tiba kiamatnya, sebab seorang mati maka
melihat segala persoalan hari kiamat, iaitu syurga, neraka dan Malaikat,
dan ia tidak dapat berbuat suatu amal, maka ia bagaikan seorang yang berada pada
hari kiamat, dan ia akan bangkit pada hari kiamat menurut keadaannya disaat
matinya, maka sesungguhnya untung siapa yang penghabisan amalnya kebaikan."
Abu Bakar Alwaasithi berkata: Keuntungan yang besar itu dalam tiga perkara iaitu
hidup, mati dan kiamat. Adapun keuntungan hidup iaitu bila digunakan dalam taat
kepada Allah s.w.t, dan keuntungan mati bila ia
mati dalam khalimat Syahadat iaitu Laailaha illallah
dan keuntungan hari kiamat bila bangkit dari kubur disambut dengan berita bahawa
syurga tersedia untuknya."
Yahya bin Mu'adz Arrazi ketika dibacakan dimajlisnya ayat yang berbunyi: "Yauma
nahsyurul muttqina ilarrahmani. Wa nasuqul mujrimina ila jahannama wirda." (Yang
bermaksud) "Pada hari kiamat itu Kami
akan menghantar orang yang taqwa menghadap
Arahman (Allah s.w.t.)
berkenderaan, sedang orang-orang yang durhaka Kami
iring keneraka berjalan kaki dan merasa haus."
Lalu ia berkata: "Tenang-tenanglah hai manusia, kamu kelak akan dihadapkan
kepada Allah s.w.t. berduyun-duyun, dan menghadap
pada Allah s.w.t. satu persatu, dan akan ditanya
semua amalmu secara terperinci kalimat demi kalimat, sedang para wali dihantar
menghdap pada Allah s.w.t. berkenderaan, dan
orang-orang yang durhaka didorong keneraka jahannam berbondong-bondong, dan
semua akan terjadi bila bumi telah dilenyapkan, dan tiba Tuhanmu sedang Malaikat
berbaris-baris, dan dihidangkan jahannam sebagai ancaman. Saudara-saudaraku,
berhati-hatilah kamu dari kengerian sehari yang perkiraannya sama dengan lima
puluh ribu tahun (didunia), hari yang mengetarkan, duka cita dan menyesal.,
itulah hari yang besar, hari bangkitnya semua manusia untuk menghadap kepada Rabbul
Alamien, hari perhitungan dan pertimbangan dan pertanyaan, hari
kegoncangan, yang pasti, yang menakutkan, hari kebangkitan, hari dimana tiap
manusia akan melihat apa yang telah dilakukannya. Hari dimana semua manusia
dalam berbagai bentuk akan melihat amal perbuatannya, hari dimana wajah manusia
putih berseri-seri dan lain wajah hitam, hari dimana seseorang tidak dapat
menolong kerana lainnya, dan tidak berguna segala tipu daya, hari dimana seorang
ayah tidak dapat membantu anaknya sedikit pun, hari dimana bahayanya bertebaran
meluas, hari dimana tidak diterima uzur orang-orang yang zalim dan tetap mereka
mendapat kutukan (laknat) serta siksa yang keji, pada hari dimana tiap manusia
harus mempertahankan dirinya sendiri, pada hari dimana tiap ibu akan lalai
terhadap bayi yang disusuinya, bahkan tiap ibu yang mengandung akan menggugurkan
kandungannya dan orang-orang bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk kerana
minum arak, hanya kerana ngerinya siksaan Allah s.w.t.
yang sangat keras."
Muqatil bin Sulaiman berkata: "Makhluk akan berdiri menanti pada hari
kiamat selama seratus tahun, tenggelam dalam peluhnya sendiri dan seratus tahun
dalam kegelapan mereka bingung sedang seratus tahun lagi sibuk bagaikan
gelombang mengajukan tuntutan kepada Tuhan. Sesungguhnya hari kiamat itu sekira
lima ribu tahun, tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas bagaikan sesaat, kerana
itu wahai orang yang sihat akal hendaklah sabar terhadap penderitaan dunia dalam
melaksanakan taat kepada Allah s.w.t. untuk
memudahkan bagimu segala kesukaran-kesukaran hari kiamat."
SUMBER http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/harikiamat.htm
1 comment :
bacalah dan bertaubatlah saudaraku, smga kita smua slamt..
Post a Comment