IMAM Mahdi menghadapi beberapa peperangan dengan orang-orang kafir.
Sebagaimana diterangkan di dalam hadis riwayat Abu Daud. Jelas
disebutkan di dalam hadis tersebut bahawa orang-orang daripada Banu
Kalab akan menyerangnya tetapi kalah. Begitulah juga dengan tentera yang
dihantar telah ditelan bumi ketika di dalam perjalanan untuk
menyerangnya di antara Mekah dan Madinah.
Di samping ini ada juga disebutkan di dalam hadis akan penglibatan
orang-orang Islam di dalam peperangan namun tidaklah disebut akan nama
Imam Mahdi.
Shah Rafiuddin Dehlawi bagaimanapun telah menjelaskan bahawa
peperangan-peperangan ini juga adalah berlaku pada zaman Imam Mahdi.
Beliau menulis bahawa Imam Mahdi akan bergerak dari Mekah ke Madinah di
mana baginda akan menziarahi kuburan Rasulullah s.a.w. dan dari sana
menuju ke Syria.
Baginda hampir sahaja tiba di Damsyiq bilamana muncul tentera-tentera
Nasrani menyerang dari sana. Imam Mahdi bersiap sedia menghadapi tentera
ini dan setelah berperang selama 3 hari, orang-orang Islam menang pada
hari keempat. Gambaran peperangan itu yang diberikan di dalam hadis
adalah seperti berikut :
"Akan pastilah terjadi sebelum berlakunya Kiamat bahawa tidak akan
terbahaginya harta pusaka atau berasa gembiranya mana-mana individu
untuk menerima harta rampasan perang (Kemudian memperincikan perkara ini
lalu dikatakan) :
"Satu angkatan tentera musuh yang kuat telah menyerang orang-orang Islam
di Syria. Orang-orang Islam juga bersatu tenaga menentang kembali
serangan tersebut. Daripada tentera ini mereka membantu satu angkatan
perang yang mengambil bai'ah bahawa mereka akan berperang sehinggalah
mereka menang atau mati syahid, yakni peperangan terus-menerus berlaku
sepanjang siang harinya dan berhenti sebelah malam apabila mereka pulang
dari medan perang. tidak ada mana-mana pihak yang menang. Kedua-dua
tentera akan terus berperang sehingga kedua-dua punah.
Keesokan harinya orang-orang Islam akan menghantar lagi satu kumpulan
tentera yang telah mengambil bai'ah samada menang atau syahid. Pada hari
ini juga, peperangan terus-menerus berlaku tanpa henti sehingga
matahari terbenam. Tidak ada yang menang bagi kedua-dua pihak. Pada hari
ini juga kedua-dua pihak binasa.
Pada hari ketiga, cara yang ketiga juga dilakukan tanpa hasil. Pada hari
keempat baki tentera Islam bingkas bangun menyerang dan dengan
pertolongan Allah mereka dikurniakan kemenangan ke atas musuh.
Peperangan pada hari keempat ini begitu sengit sekali seolah-olah tidak
pernah wujud sebelumnya. Ini dapat diambil kesimpulan bahawa orang-orang
yang terbunuh di medan peperangan itu begitu ramai sehingga burung yang
terbang menjadi letih lalu jatuh mati kerana gagal merentasi
mayat-mayat yang bergelimpangan ataupun kerana bau mayat yang menyenak
hidung.
Dan tatkala mereka yang mengambil bahagian di dalam peperangan ini
mengira bilangan saudara mara mereka, yang pulang hanya seorang sahaja
daripada 100 orang, sedangkan 99 orang lagi syahid.
Rasulullah s.a.w. pun bertanya : " Beritahuku jikalau ada sesiapa yang
gembira mendapat harta rampasan perang atau sesiapa yang suka mengambil
akan harta pusaka yang dibahagi-bahagikan? "Kemudian baginda bersabda :
"Selepas berperang mereka sibuk pula mengira orang-orang yang tinggal,
tiba-tiba kedengaran berita peperangan yang lebih besar dan lebih
sengit. Berita ini masih belum lagi mendapat perhatian sepenuhnya lalu
datang pula berita kemunculan Dajjal yang mahu memporak-perandakan
isteri dan anak-anak mereka dalam kerosakan. Mendengar berita ini mereka
akan membuang segala harta benda dan wang ringgit lalu bergegas pulang
ke rumah mereka. Untuk mendapat maklumat yang sahih tentang Dajjal
mereka menghantar 10 orang penunggang kuda mendahului mereka.
Mengenai 10 orang penunggang kuda ini, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Aku
mengetahui nama-nama mereka, nama ibubapa mereka dan juga warna
kuda-kuda tunggangan mereka. Pada masa itu penunggang-penunggang ini
adalah yang terbaik daripada segala penghuni bumi."
(KHALIFAH)
(KHALIFAH)
Selepas ini Shah Rafiuddin Dehlawi r. 'alaihi menulis bahawa di dalam
peperangan ini ramailah orang Nasrani terbunuh dan hasrat memiliki kuasa
dan negara terkeluar daripada pemikiran dan hati mereka yang tinggal.
Yang masih hidup akan lari lalu mereka dikejar oleh orang-orang Islam
dan beribu-ribu orang daripada mereka dibunuh.
Selepas itu Imam Mahdi akan membabitkan dirinya dengan menguruskan hal
keadaan negara Islam dan beberapa angkatan tentera dihantar ke sana
sini. Setelah bebas daripada tugasnya ini maka baginda bersiap-sedia
untuk menakluk Constantinople. Ini adalah salah satu daripada
tanda-tanda Kiamat.
Menurut sebuah kenyataan apabila Imam Mahdi tiba di laut Mediterranean
baginda bertemu denga sejumlah tentera 70,000 daripada Banu Ishaq.
Mereka akan berpernag. Apakah mereka berjuang untuk menakluk
Contantinople, hanyalah disebut bahawa tentera yang 70,000 ini berperang
dengan penduduk sebuah kota yang dikelilingi satu bahagiannya dengan
tanah dan satu bahagiannya yang lain oleh laut.
Pengarang Mirqat menulis bahawa bandar ini terdapat di Rome yang
beberapa pengarang menganggapnya sebagai Constantinople. Imam Nawawi r.
'alaihi juga Shah Rafiuddin Dehlawi r. 'alaihi mengatakan bahawa :
"Bandar inilah Constantinople yang dimaksudkan itu."
Seluruh hadis itu berbunyi demikian : " Satu ketika Rasulullah s.a.w.
bersabda kepada para Sahabatnya : "Tahukah kamu sebuah kota (bandar)
yang satu bahagiannya ada tanah dan sebahagiannya adalah laut?" Para
Sahabat r. 'anhum menjawab : "Ya kami tahu." Baginda bersabda : "Kiamat
tidak akan berlaku sehingga 70,000 tentera daripada Banu Ishaq menakluk
bandar ini. Apabila orang-orang ini memasuki kota ini dan menetap di
situ untuk melancarkan serangan, mereka tidaklah menyerang menggunakan
senjata atau melancarkan sebarang anak panah. Mereka akan memperolehi
kemenangan hanyalah semata-mata dengan pertolongan Allah. Orang-orang
Islam hanyalah memperolehi kemenangan dengan melaung kalimah
Laa-ilaha-illallah, Allahu Akbar yang meruntuhkan sebahagian dinding
kota tersebut. Apabila mereka melaung sekali lagi mereka dapat melihat
jalan untuk memasuki ke dalamnya lalu mendapat kemenangan. Mereka
memperolehi harta rampasan. Sedang mereka membahagi-bahagikan harta
rampasan itu, tiba-tiba mereka mendengar satu pengisytiharan : "Telah
muncul Dajjal." Mendengar pengisytiharan ini mereka meninggalkan
segala-galanya lalu pulang."
(Muslim)
Di dalam hadis yang lain yang terkandung di dalam Muslim yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. 'anhu gambaran penaklukan
Constantinople dan zaman Dajjal diterangkan begini : Rasulullah s.a.w.
bersabda : "Kiamat tidak akan datang sehinggalah tentera-tentera Rome
berhenti di A'maq atau Wabiq dan tentera daripada Madinah mara menentang
mereka. Tentera ini adalah terdiri daripada orang-orang yang terbaik
daripada manusia pada ketika itu. Apabila kedua-dua tentera berhadapan
satu sama lain, tentera-tentera Nasrani itu akan berkata : "Biarkan kami
dengan orang-orang Islam yang menawan orang-orang kami sebagai
tawanan." Orang-orang Islam akan menjawab : "Demi Allah! Kami tidak akan
melakukan demikian bahawa kami tidak berhak ke atas kamu dan
saudara-saudara kami sehingga kamu hanya mahu menentang mereka." Lalu
mereka menyerang orang-orang Nasrani tersebut.
Satu pertiga daripada orang-orang Islam akan gugur syahid. Orang-orang
yang syahid ini adalah lebih tinggi kedudukannya daripada yang lain.
Satu pertiga daripada tentera-tentera Islam ini akan menjauhi daripada
peperangan itu lalu mengasingkan diri mereka daripada ketumbukan utama.
Allah Ta'ala tidak akan menerima taubat mereka. Yakni Dia tidak akan
mengurniakan taufiq untuk bertaubat.
Dan satu pertiga lagi daripada tentera Islam akan mengalahkan
tentera-tentera Nasrani dan menang perang. Mereka tidak akan terbabit di
dalam perbuatan-perbuatan yang merosakkan dan berdosa. Inilah tentera
yang akan menawan Constantinople. Mereka pun mulalah membahagikan harta
ghanimah (harta peninggalan perang) dan menyangkutkan pedang mereka di
pohon-pohon zaitun, maka kedengaran satu suara laungan syaitan :
"Sesungguhnya Dajjal telah sampai ke tempat anak-anakmu di belakang
sana", tetapi berita ini adalah palsu.
Kemudian tentera-tentera Islam berhasrat pula menakluk Syria dan sewaktu mereka sampai di Baitul Muqaddis (Di Jerusalem) maka muncullah Dajjal. Sedang mereka bersiap-siap utnuk berperang maka masuklah waktu solat dan merekapun bangun untuk mendirikan solat.
Ketika itu turunlah Nabi Isa 'alaihissalam Ibn Mariam daripada langit. Sebaik-baik sahaja mata Dajjal bertembung dengan Isa 'alaihissalam maka cairlah tubuh si Dajjal seperti garam larut di dalam air.
Walaupun Nabi Isa 'alaihissalam tidak membunuhnya dan membiarkannya begitu sahaja, Dajjal itu akan binasa juga. Tetapi Nabi Isa 'alaihissalam membunuhnya dengan tangannya sendiri lalu menunjukkan tombak yang berlumuran dengan darah kepada orang ramai.
Meniti Debaran Zaman, Bab 72 - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat.
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid.
Kemudian tentera-tentera Islam berhasrat pula menakluk Syria dan sewaktu mereka sampai di Baitul Muqaddis (Di Jerusalem) maka muncullah Dajjal. Sedang mereka bersiap-siap utnuk berperang maka masuklah waktu solat dan merekapun bangun untuk mendirikan solat.
Ketika itu turunlah Nabi Isa 'alaihissalam Ibn Mariam daripada langit. Sebaik-baik sahaja mata Dajjal bertembung dengan Isa 'alaihissalam maka cairlah tubuh si Dajjal seperti garam larut di dalam air.
Walaupun Nabi Isa 'alaihissalam tidak membunuhnya dan membiarkannya begitu sahaja, Dajjal itu akan binasa juga. Tetapi Nabi Isa 'alaihissalam membunuhnya dengan tangannya sendiri lalu menunjukkan tombak yang berlumuran dengan darah kepada orang ramai.
Meniti Debaran Zaman, Bab 72 - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat.
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid.
http://khalifahalhidayah.blogspot.com |
Tweet
1 comment :
Issu kedatangan Imam Mahdi itu sebenarnya wujud harapan para umat pengikut Nabi Ibrahim As. yakni sejak kaum Nabi Ismail As. dan khususnya kaum Nabi Ishak As. setelah beliau berdoa sbb.: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (QS. 2:129).
Oleh katurunan beliau ini selanjutnya, ditunggu-tunggulah kedatangan 'sang' tokoh sampai datang nabi terakhir dari dinasti Bani Israel keturunan Nabi Ishak As. yakni Nabi Isa As bin Maryam. Namun sayangnya, dalam kitab suci Injil, sebagai kitab terakhir yang dianugerahi pada keturunan Israil, masih juga disebut issu akan datang kelak Imam Mahdi, Mesiah, Satrio Piningit dsb. berarti masih tetap akan datang lagi Imam Mahdi yang pamungkas, yang sesungguhnya.
Maka akhirnya, lahirlah Nabi kita Muhammad SAW sebagai Rasul Allah dan sekaligus penutup para nabi (QS. 33:40) dengan membawa Al Quran yang didalamnya memuat pernyataan atau ikrar Allah SWT bahwa Nabi dan Rasul Muhammad SAW adalah sebagai nabi pemungkas atau terakhir, dan sudah itu tidak akan ada lagi manusia yang diangkat dan dianugerahi sebagai nabi.
Selain sebagai nabi terakhir, Saidina Muhammad SAW juga dianugerahi dengan nama agama yang formal, dimana para nabi yang sebelum ini tidaklah diberikan atau disertai dengan nama agamanya, yakni ISLAM (QS. 5:3). Karena itu, nama Islam tidak pernah tersebut sama sekali dalam kitab-kitab suci sebelum Al Quran.
Dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW sekaligus juga terjawablah issu tentang akan datang lagi Nabi Isa bin Maryam dan issu Imam Mahdi. Nabi Isa As. tidak akan datang lagi karena sudah tegas dinyatakan dalam Al Qiran (S. 2:134 dan 141). Begitu juga tentang Imam Mahdi tidak akan 'muncuk' bagi Syiah, dan tidak akan lahir lagi bagi Sunni karena sebagai Imam Mahdi yang ditunggu iotu tidak lain adalah penutup para nabi yakni Nabi kita Saidina Muhammad SAW.
Tinggal bagaimana para khalifah-khalifah (ya raja, presiden, gubernur, pangeran, sultan, bupati atau walikota) yang mengemban missi suci (QS. 35:39) kini dan yang akan datang ‘mampu’ untuk membumikan Islam dan Al Quran dalam kehidupan nyata di dunia ini, ya masalah sosial budaya terutama masalah kekuasaan dan pemerintahannya.
Post a Comment