sekadar gambar hiasan |
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat
seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan
yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang
perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA
IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang
dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang
dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis
lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS
IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana
umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam
yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya
oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK
MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku
ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga
di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG
IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku
cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka
menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke
kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang
dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya,
sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala
HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari
kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku
cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun
membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar
menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku
sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma
pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan
kepalanya dari bahaya api tersebut.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.
Tweet
ShareTweet
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
No comments :
Post a Comment