Mengikut
kajian
ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat
perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan
manusia. Oleh
itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia
mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan
tubuh manusia,
malah boleh hidup dalam badan orang yang
disukainya.
Selain
mendatangkan
punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga
kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.
Dalam
ajaran
Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat,
jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya
melakukan kebaikan
atau sebaliknya.
Mengikut
sebuah
hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan
itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan
bisikan
jahat dan mendustakan Allah…”
Orang
yang
bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham
yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan
berasa
lapang dada dan terdorong untuk beramal.
Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang
yang kotor
jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan.
Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan
secara tetap
dalam hati yang kosong daripada zikir.
Syaitan
itu
menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat
25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata
manis dan
menghayalkan.
Sesungguhnya
hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas
fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam
diri mereka
menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling
dahsyat dan ganas ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat
buruk
mengamalkan jampi mentera atau sihir untuk
tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.
Inilah
antara
rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa
syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh Allah. Kerja seperti ini
merosakkan
kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak
imannya, manakala mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.
JIN
Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
Dalam Al-Quran
terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-
Surah Al-Hijr
ayat 26 - 27 :Yang
bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah
liat
yang kering kontang yang berasal dari lumpur
hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di
ciptakan manusia
daripada api yang sangat panas.
Surah Ar-Rahman
ayat 15 :Yang bermaksud
: Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala
atau Maarij )
Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang
bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.
Dari Hadis Nabi
s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya
: " Malaikat diciptakan dari
cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api
sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada
kamu ( tanah).
ASAL KEJADIAN JIN
Keterangan "Al-Maarij "
Maarij
bermaksud
nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas
bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur
antara satu
sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan
biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang
sangat terang
yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga
bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.
Sesetengah
pendapat
pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang
bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang
tidak
berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya.
Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan
Jaan.
Menurut
suatu Hadis
yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula
menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu
bahagian
daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun
yang sangat panas itu.
Dari
api yang amat
panas inilah Allah telah menciptakan Jin,
iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian
Allah masukkan
roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup
seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah
menzahirkan
berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai
dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan
kemampuan
masing-masing.
Jin
juga diperintahkan
oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana
yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal
selepas
di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah
dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa,
tabiat,
kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus
mirip kepada manusia.
Asal
kejadian manusia
ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu
tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani,
iaitu roh,
akal, nafsu dan hati yang dinamakan
"Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik
kejadian yang diciptakan
Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi
ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu
campuran api
dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu
dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.
Manakala
mahkluk-makluk lain
pula Allah jadikan daripada salah satu unsur
tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim
Ksayif dan
Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan
pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat
pula dijadikan
daripada Nurani semata-mata.
CARA PEMBIAKAN JIN
CARA PEMBIAKAN JIN
Manusia
memerlukan
masa mengandung selama sembilan bulan untuk
melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk
matang
dan menjadi baligh.
Berbeza
dengan
Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin
lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus
mengandung
dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu
terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.
Iblis
pula apabila menyentuh
paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan
33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya.
Tiap-tiap
pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan
dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses
pembiakan
Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.
Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.
Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.
Jika
asal usul
datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul
datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah
dan melahirkan
keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat
pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang
kufur.
Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang
kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali
beriman kepada
Allah.
AGAMA PUAK-PUAK JIN
Jin
Juga seperti
manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat,
ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada
ada yang
kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada
yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di
hari
akhirat kelak.
Majoriti
puak-puak
Jin terdiri daripada golongan Jin kafir.
Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis
dan sangat
sedikit daripada mereka yang beragama Buddha
dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin
yang
memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya
dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan
keseluruhan bilangan
Jin.
Seperti
juga manusia biasa,
Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman,
ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan
mereka kepada
Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf
awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang
berada
ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.
Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.
Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.
Mungkin
inilah
yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik
Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang
berbezanya manusia
yang paling jahat susah menerima pengajaran
dan teguran yang baik.
Golongan
Jin Islam yang awam
dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam
dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia
yang
awam itu bukanlah manusia sebenarnya,
sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan
Khawasil-Khawas tidak
dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan
datang kepada mereka untuk bersahabat.
RUPA BENTUK JIN
RUPA BENTUK JIN
Pada
asasnya rupa
bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada
rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung
mata, tangan,
kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana
yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin
menyerupai
manusia.
Cuma
yang berbezanya
fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus
daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang
terlalu tinggi
dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih,
merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan
Jin Islam
yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan
menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang
elok.
Menurut
sesetengah
pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah
kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya
tersangat
panjang dan ada yang beribu tahun umurnya.
Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat.
Memandangkan
Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni
dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib
seperti
Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di
duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni
tubuh
badan manusia.
Jumlah
Jin terlalu
ramai sehingga menurut sesetengah pendapat
bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari
kiamat
di darab dengan haiwan-haiwan, di darab
dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan.
Itu pun baru
satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan
Jin.
Manakala
jumlah
keseluruhan Jin ialah satu persepuluh
daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya
Allah dan Rasulnya
sahaja yang lebih mengetahuinya.
Alam
kediaman Jin
ialah di lautan, daratan, di udara dan di
Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat.
Jika di berikan
oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah
tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan
jatuh ke bumi
, tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin,
disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.
Sebab
itulah orang-orang
tua kita selalu berpesan supaya anak-anak
segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta
tingkap rumah
mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh
Syaitan dan Iblis.
Sebagaimana sebuah
Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"
Apabila kamu
menghadapi malam atau kamu telah berada di
sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan
berkeliaran
ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika
malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta
sebutlah nama
Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah
nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah
sisa makanan
mu serta sebutlah nama Allah ( ketika
menutupnya ) "
Hadis
di atas bermaksud
bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu
siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada
waktu itu
mereka berkeliaran mencari rezeki dan
makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau
kanak-kanak.
MELIHAT JIN
Pada
prinsipnya
Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di
dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan,
kecuali
dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di
lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.
Jin
juga boleh di lihat oleh
manusia dalam keadaan sihir atau ketika
meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk
memperlihatkan dirinya
kepada manusia.
Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.
Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.
Antara
kelebihan
Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah
kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa.
Contohnya dalam
peperangan Badar, Iblis telah menampakkan
dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula
dalam rupa
Suraqah bin Malik yang datang membantu
tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah
juga merupakan
sebahagian daripada golongan Jin ).
Dalam
Sahih Bukhari juga
ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang
menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda
yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan
dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.
KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin
juga seperti
manusia yang inginkan keturunan dan hidup
berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam
berbagai-bagai
loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama
membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang
menunggu kubur,
kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang
menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan
yang menunggu
bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata
air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan
sebagainya.
JENIS-JENIS JIN
Sama seperti manusia
Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-
1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..
2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan
3. Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was )
4. Al-Afrit Penipu-penipu
5. Al-A’waan Pelayan-pelayan
6. Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar Pemakmur.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG-ORANG MELAYU
Jin
menurut orang-orang
Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran
menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama
Jin-Jin
itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu
tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di
kalangan orang Melayu,
menganggap hantu itu adalah makhluk yang
berbeza daripada Jin.
ANTARA JIN-JIN YANG
POPULAR DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU IALAH:
Hantu
Raya, Hantu
Pontianak, Hantu Polong, Hantu Toyol, Hantu
Langsuir, Hantu Penanggal, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu
Kubur,
Hantu Pari, Hantu Punjut, Hantu Jerangkung,
Hantu Laut, Hantu Bawah Tangga, Hantu Galah, Jin Tanah, Hantu Kum-Kum,
Hantu Bungkus,
Hantu Pocong, Hantu mati di bunuh, Hantu
Bidai, Hantu pari-pari, Hantu Kopek ( Tetek ), Harimau Jadian, Jembalang
Tanah, Hantu
Tengelong.
KERAJAAN-KERAJAAN JIN
Jin
juga mempunyai
pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri.
Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah,
Ahmar, Burkhan,
Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja
Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar
yang
menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman
a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Manakala
Raja Jin
Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail,
Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan
Kasfiyaail.
Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut
bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua
Jin-Jin
di atas bernama Maithotorun yang bergelar
QUTBUL JALALAH.
ANAK-ANAK IBLIS JUGA MEMPUNYAI
KERAJAAN YANG BESAR ANTARANYA :
1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.
1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.
2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga,
keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina,
minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya
4. Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
ANTARA
JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS
Jin,
Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan
Jin, cuma
tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza.
Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk
Allah yang
tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia.
Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.
Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.
Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.
Iblis
dan Syaitan juga terdiri
daripada golongan Jin dan mereka merupakan
golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi
musuh utama
manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga
ke hari kiamat.
Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :
Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :
"
Iblis menjawab : Sebab engkau
telah menghukum saya dengan tersesat, saya
akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya
akan mendatangani
mereka dari depan dan dari belakang mereka,
dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari
mereka bersyukur
( taat )."
Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.
Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.
Bermula dari saat
itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.
Allah telah menjelaskan
bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-
Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala
anggota tubuh badan.
Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi. Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.
Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.
Tweet
ShareTweet
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
No comments :
Post a Comment