Faisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah. |
Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang sangat
pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang
terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah. Namun janji
tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara
sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Alquran, seperti
dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya
Perbicaraan di daerah sebelah timur Arab Saudi itu telah memutuskan
Faisal bersalah membunuh Abdullah dalam sebuah pergaduhan. Sesuai
syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal dihukum mati.
Pelaksanaan hukuman mati dilakukan dengan cara dipancung kepalanya.
Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga
Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi di situ mendorong
agar Dousari memaafkan kesalahan Faisal.
Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.
Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Alquran.
No comments :
Post a Comment