Cara Layanan Rasullulah saw Dengan Musuh Besarnya... | KHALIFAH

About

penaja 1

12 April 2013

Cara Layanan Rasullulah saw Dengan Musuh Besarnya...


Di dalam usahanya menghancurkan ketenteraman dan kedamaian masyarakat kota Madinah yang terdiri dari bermacam-macam suku dan agama yang berbeza , akhirnya kaum Yahudi dapat diusir dari kota tersebut. 

Meskipun demikian, keadaan kota Madinah masing belum benar-benar aman. Perkara itu adalah sikap akibat seorang yang bernama Abdullah bin Ubai bin Sahlul, pemimpin orang-orang munafik yang selalu membuat rusuhan.
 
Namun, beberapa lama kemudian, tersiar di akhbar bahawa Abdullah bin Ubai bin Sahlul menderita sakit kuat. Abdullah , anak kepada Abdullah bin Ubai telah memeluk islam. Meskipun ayahnya seorang munafik yang jahat, dia tetap merawat dan melayani ayahnya dengan penuh kasih sayang. Perkara itu dia lakukan kerana sesuai dengan ajaran Al-Quran dan tuntutan Rasullulah saw. 

Ketika ajal ayahnya semakin hampir, nafasnya sudah bergelombang. Meminta anaknya untuk memberitahu Rasullulah saw tentang sakitnya dan memohon agar Rasullulah saw melihatnya , sebelum ajalnya tiba. 

Abdullah merasa berat untuk memenuhi permintaan ayahnya itu. Agaknya Abdullah bin Ubai ketakutan membayangkan seksaan neraka yang mengancamnya, akibat perbuatan jahatnya semasa dia masih hidup.

Sebagai anak yang taat dan berbakti kepada orang tuanya. Abdullah akhirnya datang menemui Rasullulah dan menyampaikan harapan orang tuanya. Ketika itu, kebetulan Umar tengah menemani Rasullulah saw. Beliau tersenyum ramah mendengarkan permintaan Abdullah yang diamanahkan oleh ayahnya. Sementara itu, Umar bin Khattab merasa tidak suka , mukanya nampak masam. 

Dengan mengerutkan dahinya, dia melarang Rasullulah, agar tidak memenuhi permintaan pemuka kaum munafik itu. Kerana dianggapnya Abdullah bin Ubai telah banyak sekali merugikan kepentingan kaum muslimin, dan seringkali mengkhianati Rasullulah saw dengan fitnah keji yang disebarkan untuk menjatuhkan nama Rasullulah saw. 

Namun, Rasullulah saw memberikan jawapan yang ramah kepada Umar bin Khattab tentang kesediaan beliau untuk memenuhi permintaan Abdullah bin Ubai. 

Dengan memakai jubahnya yang terbaik , Rasullulah saw berangkat mengikut Abdullah menuju rumah ayahnya. Rasullulah saw ingin menunjukkan kepada Abdullah bin Ubai, bahawa dia menghargai permintaannya itu. Sementara itu, meskipun Umar bin Khattab tidak setuju dengan tindakan Rasullulah saw tapi dia tetap menyertai Nabi. 

Sesampai di rumah Abdullah bin Ubai , hati Umar semakin berdendam dengan sikap Abdullah bin Ubai  yang merengek-rengek minta dikasihani, dia memohon agar Rasullulah saw berkenan melepaskan jubahnya untuk digunakan menyelimuti tubuhnya. Orang munafik itu ingin mati dengan berselimutkan jubah Rasullulah saw . 

Raut wajah Umar bin Khattab nampak kemerahan , giginya bertaut dan tangannya mengepal menahan marah. Baru sekali ini Umar merasa tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh Rasullulah saw, beberapa kali dia memberi isyarat melalui sinar matanya yang kecewa. 

Umar bin Khattab masih teringat betapa hampir sahaja terjadi pertumpahan darah antara kaum Muhajirin dengan kaum Anshar , gara-gara berita fitnah yang dilancarkan oleh Abdullah bin Ubai beberapa waktu yang lalu sebelum dia menderita sakit. 

Masih tergambar dengan jelas dalam ingatan Umar bin Khattab , bagaimana tentera islam nyaris tewas dalam perang Uhud akibat membelot sebahagian pasukan yang dipelopori oleh Abdullah bin Ubai. Umar bin Khattab sangat membenci Abdullah bin Ubai kerana sikap yang sering ditimbulkan . Sekarang dia merengek-rengek seperti anak kecil .

Namun, Rasullulah mempunyai pendapat lain . Dirinya adalah pemimpin bagi semua orang,semua manusia, bahkan Rasul untuk jin dan sebangsa dengannya. Beliau adalah rahmat bagi alam semesta. 
Perlahan-lahan Rasullulah saw melepaskan jubahnya dan menyelimutinya ke tubuh Abdullah bin Ubai . Maka terkabullah keinginan pemuka munafik itu untuk mati dengan berselimutkan jubah Nabi yang suci . 

Sesudah itu dengan nada kecewa Umar bin Khattab berkata kepada Nabi :"Ya Rasullulah , bagaimana ini? Bukankah Abdullah bin Ubai adalah musuhmu?" 

"Bukan! Dialah yang memusuhiku", jawab Nabi dengan sabar. 

"Yang jelas, dia tidak pernah berhenti untuk mencelakakanmu, bahkan untuk membunuhmu, menghancurkan agamamu, dan mengacau masyarakat Madinah yang rukun dan damai. Dia adalah pengikut kaum munafik."kata Umar lagi. 

"Betul katamu, sahabatku Umar"jawab Nabi dengan tenang. 

"Alangkah beruntungnya dia kalau begitu,"sambung Umar. 

"Abdullah bin Ubai dapat mati dengan berselimutkan jubahmu. Padahal kami para sabahatmu, belum tentu dapat memperolehi nasib sebaik ini" 

"Umar , jangan sempitkan fikiranmu, apakah aku tidak boleh membuatnya senang sejenak sebelum dia mengalami azab yang berpanjangan di neraka? kata Rasullulah dengan penuh bijaksana. 

"Abdullah bin Ubai tidak akan selamat dengan memakai jubahku dalam ajalnya. Sebabnya jubahku tidak dapat menyelamatkan sesiapapun. Manusia hanya akan selamat oleh Iman dan amal solehnya sendiri,"kata Rasullulah saw. 

Petikan : 

Buku" Himpunan Kisah Para Sufi" 
Halaman 174-177

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..

No comments :