Sumpah Rasulullah S.A.W Terhadap Tiga (3) Perkara | KHALIFAH

About

penaja 1

27 April 2013

Sumpah Rasulullah S.A.W Terhadap Tiga (3) Perkara


Terjemahan Hadis

"Tiga perkara yang aku bersumpah tentangnya ialah: tidak berkurang harta kerana bersedekah, tidak teraniaya seorang hamba dengan aniaya yang dia sabar ke atasnya melainkan Allah mengurniakan kepadanya kemuliaan, dan tidak terbuka seorang hamba pintu permintaan, melainkan Allah membukakan ke atasnya pintu kefakiran."- Riwayat Hadis Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah  

1. Tidak Perlu Risau Kurangnya Harta Seandainya Bersedekah 

Saat kita bersedekah, jumlah harta yang ada akan semakin berkurang dari jumlah asalnya. Tapi ia hanyalah secara zahir semata-mata, ketika itu. Sumpah Rasulullah ini sekaligus memberi keyakinan bahawa harta tidak kurang, sebaliknya akan ditambahkan oleh Allah hartanya itu dengan sebab-sebab yang lain.  

Tak usah takut habisnya harta kerana amalan bersedekah yang mulia itu. Sebagai muslim kita perlu yakin rezeki datangnya dari Allah. Seandainya kita bersedekah kerana Allah, tidak mustahil sedikit pun Allah akan mengurniakan rezeki yang berlipat kali ganda.  

2. Orang Bersabar Di Atas Penganiayaan Di Beri Kemuliaan 

Bila seseorang menganiaya diri kita. Sebagai Contoh. Rupa-rupanya penganiayaan adalah daripada orang yang kita percayai, orang yang kita sayangi, atau orang yang kita hormati. Masih adakah yang mampu tersenyum gembira saat mengetahui diri teraniaya? Kalaulah ia berlaku kepada saya sendiri... Rasanya kalau tak menangis sambil guling-guling, setidak-tidaknya akan wujud juga rasa benci terhadap yang menganiaya dalam diam.  

Sumpah Rasullulah yang kedua inilah yang secara tak langsung akan menjadi penawar kepada sakitnya hati- hati bila teraniaya. Bukan sekadar penawar, tetapi kemuliaan tinggi dari sisi Allah yang di tawarkan. Percayalah, Allah tidak pandang enteng terhadap orang bersabar ekoran dari tragedi penganiyaan. Ganjaran besar menanti untuk kita.

3. Mengemis Akan Menjurus Ke arah Kefakiran 

Islam memandang mulia orang-orang yang berusaha mencari rezeki secara halal dan bermaruah. Sebaliknya mendapat harta hasil usaha mengemis bukan suatu yang di bangga-banggakan. Rasullah sendiri ada menyebut;   

"Seorang yang membawa tambang, lalu pergi mencari dan mengumpul kayu bakar Lantas di bawa ke pasar untuk di jual, dan wang di gunakan untuk mencukupkan keperluan diri. Maka, itu adalah lebih baik daripada orang yang meminta-minta, kadang-kadang diberi dan kadang-kadang ditolak"- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.  

Bergantung pendapat yang terlalu sedikit dan tak tetap, itu selalunya membawa kepada ketidak cukupan. Barangkali langsung tak pernah mendapat satu sen pun. 

Pernah jumpa seorang pengemis yang kaya raya hasil daripada aktiviti mengemis? Percayalah mengemis akan terus membuatkan seseorang bertambah fakir dan tak pernah cukup.



Kesimpulannya...
  • Bersedekahlah dan berzakatlah, semoga harta kita bertambah-tambah keberkatannya.

  • Sama-sama lah memupuk perasaan sabar ketika di aniaya, sesungguhnya kemuliaan dari sisinya yang akan kita terima.

  • Janganlah memilih mengemis sebagai cara mudah untuk mendapatkan harta. Tak ada kebaikan pun daripada aktiviti meminta-minta. Berusahalah memartabatkan diri dengan mencari wang dengan cara bermaruah.

Wassalam :')

DI PETIK DARI http://senyumtanpagedik.blogspot.com


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..