Demikian tingginya ketakwaan seorang sahabat Rasulullah SAW, Ubau Ka'ab yang turut serta dalam perjanjian Aqabah, Perang Badar dan peperangan lain yang penting dalam sejarah Islam.
Bukan itu saja, beliau antara 25 sahabat yamg menghafal al-Quran selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Beliau mencapai kedudukan tinggi dan darjat mulia dalam kalangan Muslimin angkatan pertama, hingga Saidina Umar sendiri pernah menyatakan mengenai dirinya: "Ubay adalah pemimpin kaum Muslimin."
Pernah satu hari Rasulullah SAW bertanyakan kepadanya: "Hai Abu Mundhir (Ubay), ayar manakah dari Kitab Allah yang teragung?" Beliau menjawab, "Allah dan Rasul-Nya lebih tahu."
Nabi SAW mengulangi pertanyaannya, "Abu Mundhir, ayat manakah dari Kitab Allah yang teragung?"
Beliau menjawab: "Allah tiada tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Pengatur." (Al-Baqarah, ayat 255).
Rasulullah SAW pun menepuk dadanyadan dengan rasa bangga yang tergambar pada wajahnya, Baginda SAW bersabda: "Hai Abu Mundhir, selamat bagimu atas ilmu yang kau capai."
Penulis Wahyu Dan Surat
Ubay bukan saja seorang hafiz tetapi juga memahami kitab suci itu. Ubay seorang daripada penulis wahyu dan penulis surat.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW berkata kepadanya: "Hai Ubay Ka'ab, aku dititahkan untuk menyampaikan al-Quran padamu. " Ubay maklum bahawa Rasulullah SAW hanya menerima perintah itu daripada wahyu.
Dengan keadaan cemas beliau menanyakan perkara itu kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, ibu bapaku menjadi tebusan tuan! Apakah kepada tuan disebut namaku?"
Rasulullah menjawab: "Benar! Namamu dan keturunanmu ditingkat tertinggi."
Seorang Muslim yang mencapai kedudukan seperti ini di hati Nabi Muhammad SAW pastilah beliau seorang Muslim yang mulia. Beliau sentiasa menjadi pengawas kepada kaumnya. Sentiasa mengingatikan kaumnya supaya memperteguhkan iman, menerapkan sifat zuhud dan meningkatkan akhlak walaupun selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Antara ucapannya mengagumkan daripadanya adalah: "Selagi kita bersama Rasulullah SAW tujuan kita satu. Tetapi selepas pemergian (kewafatan) Rasulullah tujuan kita bermacam-macam, ada yang ke kiri dan ada yang ke kanan."
Barcakap mengenai dunia, Ubay pernah mengambarkan seperti: "Sesungguhnya makanan manusia itu dapat diambil sebagai perumpama bagi dunia. Sama ada dikatakan enak atau sebaliknya, tetapi apa yang penting adalah kesudahannya."
Apabila Ubay berucap di hadapan khalayak ramai, orang ramai akan terpukau dan tertarik kerana apa yang diucapkan hanyalah mengenai agama Allah tanpa berselindung dan tidak bimbang dengan ancaman.
Di saat wilayah Islam mula berkembang dan luas, sebahagian kaum Muslimin mula menyeleweng dengan membodek pembesar dan Ubay tampil dengan kata-kata: "Celaka mereka, demi Tuhan! Mereka celaka dan mencelakakan! Aku tidak menyesal melihat nasib mereka, cuma aku sayangkan ialah kaun Muslimin yang celaka disebabkan mereka."
Perkara yang paling dtakuti Ubay adalah apabila datang generasi umat Islam yang saling berbantah antara satu sama lain. Beliau sering bergantung dan berdoa kepada Allah SWT. Berkat kurnia dan rahmat-Nya, dia mengadap Allah SWT dalam keadaan beriman.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.
Tweet
ShareTweet
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
No comments :
Post a Comment