Jika ada yang bertanya, adakah Islam membenarkan untuk melukis gambar, mengukiri ukiran, memahat patung dan seumpamanya? Dan, apakah pandangan Islam terhadap isu tersebut? Maka saya mengatakan bahawa, Islam itu membenarkannya selagi mana syarat-syarat 'Standard' dan 'Quality' nya dipatuhi. Suka saya ingin mengingatkan sahabat pembaca, Islam itu satu cara kehidupan yang mudah. Kehadirannya membawa bersama suatu pakej kehidupan yang begitu lengkap, sungguh indah dan amat menarik penampilannya. Manis dipandang, sejuk bila menatapinya, hati kan tenang jika bersamanya dan terasa sungguh bahagia bila menyelaminya. Islam itu penyelesaian masalah. Islam bukan mengongkong tetapi mencegahi, mengurangi dan menjaga manusia daripada berlaku kerosakan pada diri dan alam sekelilingnya.
Berbalik pada perbincangan. Secara dasarnya, Islam mengharamkan segala bentuk ukiran mahupun lukisan yang bernyawa yang lengkap dan jelas menyerupai kehidupan sebenar. Larangan ini sebenarnya berbentuk Sadd al-Dhari'ah, iaitu bertujuan untuk mematikan terus atau mencegahi sebarang benih syirik yang akan berkembang yang pada asalnya berpunca daripada ukiran atau lukisan tersebut. Larangan ini dapatlah diteliti dan dperhatikan dalan banyak hadith yang sahih. Salah satunya hadith:
"Malaikat tidak akan masuk rumah yang ada di dalamnya anjing atau patung-patung." - riwayat Muslim.
Ukiran yang mempunyai baying dalam bahasa arab dikenali dengan istilah Timthal manakala lukisan pula dikenali dengan istilah Surah. Berhubung dengan Timthal, hukum membuat atau memilikinya adalah haram kerana ia jelas menggambarkan suatu bentuk usaha bongkak manusia untuk menandingi Allah s.w.t dalam penciptaan sesuatu kejadian.
Akan tetapi dikecualikan daripada pengharaman ini, penghasilan permainan anak patung atau patung-patung lain yang biasanya dijadikan sebagai alat permainan bagi kanak-kanak kecil yang bertujuan untuk merangsang tumbesaran pemikiran mereka, penghasilan Timthal untuk tujuan penting seperti pengahsilan patung atau replika manusia lengkap bersama organnya untuk tujuan pengajaran ilmu perubatan dan lain-lain.
Penghasilan lukisan (Surah) pula, Islam menghukumkannya dengan hukuman yang berbeza berdasarkan cirri-ciri dan tujuan lukisan itu dihasilkan:
Pertama
lukisan (tidak mengira samaada mengenai hidupan bernyawa atau tidak, lengkap atau anggota atau tidak) yang mengandungi unsur dan tuuan syirik seperti lukisan lembu yang disembah oleh masyarakat Hindu, lambang Nazi, Zionis, Yin dan Yan serta bunga teratai (dengan tujuan untuk ibadat mereka) yang dianuti dalam masyarakat Cina maka hukumnya adalah Haram.
Kedua
lukisan lengkap terhadap suatu hidupan yang cukup angotanya(hanya memerlukan kepada tiupan nyawa sahaja) yang seolah-olahnya bertujuan untuk menandingi Allah dalam kuasa penciptaan makhluk maka hukumnya adalah Haram. - Contohnya : lukisan seekor burung yang lengkap anggotanya serta menonjol warnanya sehinggakan ianya hampir sama dengan burung yang sebenarnya.
Ketiga
lukisan (tidak mengira samaada mengenai kehidupan atau tidak, lengkap anggota atau tidak) yang mengandungi unsur kehebatan dan kebesaran yang melampau seperti gambar para penbesar yang megah dengan pingat anugerah dan tambahan pula ia dipamerkan di khalayak ramai untuk tujuan kemegahan maksa hukumnya juga adalah Haram.
Keempat
lukisan mengenai hidupan yang bernyawa tetapi bukan dalam bentuk yang lengkap atau imejnya lengkap Cuma ianya tidak menyamai secara total dengan imej dalam reality sebenar maka hukumnya adalah makruh. Seperti kartun dalam bentuk animasi mahupun ilustrasi yang tidk menonjol imejnya sehingga menyamai reality sekalipun dalam bentuk lengkap.
Kelima
Lukisan mengenai hidupan yang tidak bernnyawa seperti pokok, sungai, batu dan lain-lain. Hukumnya jelas adalah harus bahkan digalakkan untuk tujuan merehatkan minda apabila melihatnya.
Manakala gambar fotografi, hukum penghasilannya mengikut pendapat yang tepat sebenarnya adalah harus berdasarkan kaedah Islam. Asal sesuatu itu adalah Harus. Bahkan umat Islam amat memerlukannya khususnya dalam kes-kes yang memerlukan kepada dokumentasi data beserta gambar (seperti kad pengenalan, visa, pengecaman penjenayah dll).
Akan tetapi, kebenaran atau keharusan ini adalah bergantung selagimana ia tidak melanggar syarat-syarat serta dasar yang digariskan dalam Islam seperti gambit itu diambil bukan tujuan untuk bermegah-megah, tidak melampau, tidak membazir dan lain-lain.
Rujukan : - Nota : Fiqh Halal wal haram Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. -
Halal dan Haram : Yusuf Al-Qardowi
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.
Tweet
ShareTweet
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
No comments :
Post a Comment