Apa akan jadi kalau Allah tidur | KHALIFAH

About

penaja 1

1 October 2014

Apa akan jadi kalau Allah tidur

Dikisahkan dalam sebuah kitab kaum Nabi Musa A.S bertanya, "Adakah Tuhanmu itu tidur?"

Dalam Taurat sendiri terdapat ayat yang menerangkan, "Dia (Allah) tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur."
Nabi Musa A.S memberitahu kaumnya seperti yang terdapat dalam Taurat. Kemudian kaumnya bertanya, "Bagaimana boleh Dia tidak tidur?"
Kemudian Allah S.W.T menyuruh Nabi Musa A.S mengambil dua botol dan menyuruhnya mengisi kedua botol itu dengan air dan disuruh Nabi Musa A.S memegang botol itu, kemudian Allah menidurkan Nabi Musa A.S. Apabila Nabi Musa A.S telah tidur maka tanpa ia sedar jatuhlah keuda botol itu pecah.


Kemudian Allah berfirman kepada Nabi Musa A.S, "Wahai Musa, katakanlah kepada umatmu, sekiranya Allah Taala itu tidur, maka akan binasalah alam ini."

Wahai saudara-saudaraku, kita tidak akan dapat terlepas dari pandang Allah. Walau apa pun yang kita lakukan, maka Allah sentiasa melihat kita. Oleh itu, apabila kita telah melakukan suatu dosa, cepat-cepatlah kita beristighfar memohon ampun kepada Allah.

Dalam kitab Rabi'ul Abrar, disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila manusia bertaubat kepada Allah dan Allah menerima taubatnya, maka Allah akan membuat para Malaikat pencatat lupa terhadap perbuatan orang itu."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah hari itu (hari pembalasan). Janganlah kamu melupakannya dan bertaubatlah kepada Allah serta berdoalah dengan khusyuk kepada-Nya, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang."

Sumber: http://ustazhilmiali.blogspot.com


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..

No comments :