Regim Zionis telah sampai ke kemuncak usaha mereka untuk merobohkan
Masjid al-Aqsa. Masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam,
masjid ke-3 suci umat Islam dan juga tempat berlakunya Isra' & Mi'raj
Rasulullah s.a.w kini berada di ambang bahaya. Bila-bila masa je,
bila-bila saat je, bila-bila waktu je kaum Zionis akan merobohkan
Masjidil Aqsa dan membina kuil ( Haikal Sulaiman ) mereka di atas
runtuhan tersebut. sayangnya majoriti umat Islam masih kurang
memberikan perhatian tentang bahaya yang menanti al-Aqsa.
Artikel ini ditaip sebagai meniti usaha hebat yang dilakukan oleh "
Syeikh al-Aqsa ", Raed Solah, pemimpin Gerakan Islam di Bumi Palestin
1948 untuk menyedarkan umat Islam tentang bahaya-bahaya yang menanti
al-Aqsa. Kempen " al-Aqsa fi khatar " yang dilancarkan oleh beliau
telah dapat menyedarkan sebilangan daripada umat Islam tentang bencana
yang bakal menimpa al-Aqsa dari ancaman Zionis. Sayangnya di Malaysia
ini kempen ini tidak begitu dirasakan, mungkin kerana umat Islam di
Malaysia terlalu sibuk mengirim SMS untuk AF, Mentor atau juga sibuk
menjadi pengadil untuk Malaysian Idol selain menjadi penonton setia
Juara Lagu dan Konsert Jom Heboh yang tumbuh mekar bagai cendawan di
saluran-saluran TV di Malaysia. So, semoga dengan artikel ini, semua
mendapat manfaatnya…..
Siapakah pembina yang telah membina Masjid al-Aqsa ???
Satu persoalan yang cukup menarik untuk dibongkar. Bagi kaum Yahudi,
mereka beriman bahawa Daud a.s pernah bercita-cita untuk membina
Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa sebagai Haikal Sulaiman atau kuil (
dalam bahasa Hebrew yakni Ibrani dipanggil sebagai HaMikdash ), tetapi
telah dihalang oleh Tuhan Yahweh. Tuhan Yahweh mengkehendaki Sulaiman
a.s untuk mendapatkan kemuliaan tersebut, maka menurut tanggapan
mereka, Sulaimanlah Pembina Haikal atau Kuil tersebut. Ini dapat kita
lihat di dalam Old Testament yang sama diimani oleh orang-orang Yahudi
dan orang-orang Kristian di dalam buku Kings (1) 6 : 14 yang berbunyi
:
" So Solomon ( Sulaiman ) built the temple and complete it "
Inilah juga pegangan yang diimani oleh penganut agama Kristian yang
turut berpegang kepada Old Testament ( Kitab Perjanjian Lama ) atau
Torah ( Taurat ) menurut bangsa Yahudi. Namun, bagaimanakah pula
pendirian kita sebagai Muslim ???
Ya, memang ada diceritakan dalam al-Quran tentang pembinaan bangunan
yang kemudiannya diambil menjadi Masjid al-Aqsa oleh Sulayman ( Nabi
Sulaiman ) dengan menggunakan tenaga para jin. Persoalannya adakah itu
menunjukkan Islam juga mengiktiraf sejarah yang diriwayatkan di dalam
Old Testament itu ???
Jawapannya….NOP !!!
Sulayman ( Nabi Sulaiman ) a.s hanyalah membina semula bangunan masjid
al-Aqsa tersebut setelah bangunan asalnya telah roboh sama ada kerana
berlakunya bencana alam yang menimpa kawasan tersebut. Sebagai umat
Islam, sudah tentulah al-Quran dan Hadis sahih sahaja yang menjadi
rujukan dalam menjawab persoalan ' ghaibiyat ' seperti ini…
DALIL-DALIL BERKAITAN
Berikut adalah dalil-dalil yang menceritakan tentang siapakah yang
membina Masjid al-Aqsa dan bilakah ianya dibina :
Hadis Imam Bukhari :
حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن
أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام.
قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة
Maksud : Hadis Sulaiman bin Mahran al-A'mash, daripada Ibrahim bin
Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Dzar telah meriwayatkan, saya
telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
" Apakah masjid pertama yang dibina di atas muka bumi ini ??? "
Rasulullah s.a.w menjawab :
" Masjid al-Haram "
Saya bertanya lagi :
" Kemudiannya ??? "
Balas Rasulullah s.a.w :
" Masjidil Aqsa "
Saya bertanya lagi :
" Berapakah jarak antara keduanya ( tempoh binaan kedua-dua masjid ini ) ??? "
Balas Rasulullah s.a.w :
" 40 tahun, dimana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka
bersolatlah, disana ada kelebihan ( untuk mereka yang bersolat di
kedua-dua masjid tersebut ) "
Jelas dalam hadis tersebut, ianya menunjukkan bahawa masjid yang
pertama dibina ialah Masjid al-Haram di Makkah dan kemudiannya dibina
pula Masjid al-Aqsa, yakni selepas 40 tahun terbinanya Masjid
al-Haram.
Berdasarkan hadis di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara
al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun,
ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai
ulama' berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang
sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah
perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di
Makkah.
Menurut fahaman majoriti umat Islam, Nabi Ibrahimlah yang telah
membina Masjid al-Haram berdasarkan ayat 128 dalam surah al-Baqarah
yang bermaksud :
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ
Maksud : Dan ketika Ibrahim mengangkat dasar al-bait ( al-Haram atau
Ka'bah ) dan Ismail
Jumhur ulama', walau bagaimanapun menyatakan ayat di atas hanyalah
menunjukkan yang Nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram
yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi
Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi
Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga
bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.
Masjid al-Aqsa pula menurut fahaman majoriti masyarakat, ianya dibina
oleh Sulaiman. Persoalannya, jarak antara Ibrahim a.s dengan Nabi
Sulaiman a.s adalah lebih kurang 750 tahun, dan bukannya 40 tahun
seperti yang telah disebutkan dalam hadis Abu Dzar tadi. Maka…….
SIAPAKAH PEMBINA SEBENAR AL-AQSA ???
Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan
beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya.
Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato' bin Abi Rabah dan
Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka'bah yang pertama
sebenarnya ialah nabi Adam.
Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah
ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di
keliling Ka'bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah
ditetapkan. Ka'bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram.
Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina
al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah
membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan
banjir besar serta faktor bencana alam yang lain.
Jika dilihat kepada hadis Abu Dzar di atas, ternyata Masjid al-Aqsa
telah dibina 40 tahun selepas Masjidil haram. Berhubung dengan
kekhilafan ini, Ibnu Hajar telah membawakan beberapa andaian, tetapi
akhirnya beliau telah memilih pendapat Ibnu Hisyam di dalam kitabnya
al-Tijaan, termasuk memilih pendapat ulama-ulama lain seperti
al-baihaqi, Abdul Razzaq, dan Wahab ibn Munaibih yang sepakat
mengatakan bahawa Nabi Adamlah yang terlebih dahulu membina Masjid
al-Aqsa kerana tempoh waktu 40 tahun pembinaan al-Aqsa selepas
terbinanya Masjid al-Haram adalah lebih dekat dengan Nabi Adam a.s
berbanding nabi-nabi yang lain.
TUNTASNYA………
Konklusinya, Masjid al-Aqsa telah dibina oleh Nabi Adam a.s ataupun
anak-anaknya, yakni beribu tahun sebelum Nabi Sulaiman membinanya
kembali buat kali ke-2.
Kebanyakan hujah-hujah mereka yang mengatakan bahawa Nabi Sulaiman
adalah pembina asal Masjid al-Aqsa adalah tidak kuat dan tidak
bersandarkan dalil-dalil yang sahih. Manakala dalil-dalil yang
mengatakan bahawa Nabi Daud yang membinanya pula adalah hadis-hadis
yang lemah selain diperoleh daripada sumber Israeliyyat ( ahli kitab
).
Satu-satunya hadis yang sahih dan kuat adalah seperti yang dikemukakan
oleh penulis seperti diatas ( Hadis Abu Dzar ) yang diriwayatkan Imam
Bukhari. So, benarlah….pembina sebenar al-Aqsa adalah Nabi Adam a.s…
Wallahu'allam...........
No comments :
Post a Comment