YAKJUJ DAN MAKJUJ - BERITA GEMPAR DARI NASA | KHALIFAH

About

penaja 1

14 August 2011

YAKJUJ DAN MAKJUJ - BERITA GEMPAR DARI NASA

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..


Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: 

“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98)
.

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?



PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.



Share


TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA.. 


32 comments :

Shamil Gunsō said...

Stop posting any news from weekly world news. They're the most random news provider in the internet. ISHYGDDT.

Anonymous said...

I neither believe it nor deny it..but this news had been spread out for ages..n the content was totally the same as above..so i dont think this one could be a true story - though got news headline..but i dont even think it wrong as it might be true..

Anonymous said...

lama dh benda ni ada dlm internet.. Bila pulak NASA keja kaji dlm tanah plk..

emma said...

x kesah la cerite da lame atau baru..janji ianya 1 maklumat n lebih penting,ia informasi berguna untuk pembaca

Anonymous said...

Bgus jgak... terbongkar

Anonymous said...

renung-renungkan terjemahan surah Al-Kahfi. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang Dia sembunyikan. wallahua'lam.

Afiq deLover said...

rasa pelik lain mcm baca crita ni -_- ....boleh percaya?NASA byk benda HOAX~ ;p

Anonymous said...

Orang putih boleh dipercayai ke?..orang putih mmg terkenal dgn sifat yg suka buat2 cerita

Anonymous said...

bagaimanapun...ini bukan kisah mengenai yakjut dan makjut..kerana yakjut dan makjut telah bebas lama sudah...ini cuma kisah dongeng untuk menutup kisah atau sejarah sebenar bangsa yakjut dan makjut ini,....

Anonymous said...

Cari buku bertajuk Tanda Kiamat Besar, Author (x ingat) cetakan dengan kebenaran Kerajaan Saudi Arabia. Pasti temui jawapan. yang pasti yakjud makjud bukan dari US

Anonymous said...

yakjuj makjuj tu nama bangsa...bukan makhluk2 pelik yg dorg katakan...ini sume permainan si penyembah dajjal...Allah Maha Mengetahui

Anonymous said...

orang usa memang orang pendusta.

Anonymous said...

NASA= NEVER A STRAIGHT ANSWER! hoax!

Anonymous said...

Whatever it is, kit a kenalah kuat beramal kerana kiamat sudah hampir. Jgn asyik berperang antara kita...

Anonymous said...

benar atau tidak...tidak dpt nak dipastikan tp bunyinya macam pelik dan tidak lojik...pasal yajuk wamakjuk ni...ada hadis nabi yg panjang pasal makhluk ni...dlm hadis tu sebut yajuk wamakjuk ni akan keluar setelah nabi isa mengalahkan dajjal yg turun yg bermaharaja lela...setelah kemenagan itu lalu Allah memberi nikmak kepada org2 yg selamat bersama nabi isa...sehingga diceritakan dlam hadis tu...buah delimanya boleh mengeyangkan satu kaum yg ramai...dan kulitnya boleh dibuat peneduh...yakjuk wamakjuk mmg satu kaum yg akan merosakan bumi..jadi setelah bersenang lenang itu Allah khabarkan kepada nabi isa akan kedatangan yajuk wamakjuk...dia diperintakan nabi isa membawa pengikutnya ke bukit tursina di utara mesir...dikhabarkan dlm hadis tu pengikut nabi isa hidup dlm kesusahan selama beberapa tahu sehingga sapa2 yg ada emas dan perak pun sudah tidak berharga...lalu nabi isa pun berdoa kepada Allah supaya dihapuskan yajuk wamakjuk..lalu Allah pun hantar satu ulat yg memakan leher yakjuk wamakjuk tadi dan dia mati serentak seperti satu nyawa...lalu apabila nabi isa bersama pengikutnya turun dari bukit persembuyian itu maka didapati tidak ada satu langkahpun selainkan semuanya ada bangkai yakjuk wamakjuk yg busuk lagi hanyir...lalu sekali lagi nabi isa memohon kepada Allah dan allah hantarkan burung unta untuk megangkut dan membersihkan bangkai yakjuk wamakjuk tadi sehingga jadi la bumi seolah2 seperti cermin lalu setelaah itu allah utuskan angin yg lembut bersih lalu mencabut semua nyawa org yg beriman dan beramal soleh tinggal la org yg jahat dan derhaka kepada allah sehingga hidupnya seperti binatang tidak membezakan anak atau emak..lalu pada masa itu allah perintahkan malaikat meneyup sangkakala yg pertama...maka ketika itu jadi la qiamat...hadis ni hadis soheh sanadnya mutawatir...kalu nak rujuk dlm kitab mustika hadis...wallahu a;lam

Anonymous said...

tiada apa yg nak di hairankan semuanya tlh di perjlskan dlm Al-Quran skrg pn klu kt perhatikan sdh byk kerosakan yg di lakukan di ats muka bumi ini.. kata2 & pandangan alim ulama semua di tolak ketepi hukum Allah di perlekehkan..kewujudan yakjuj & makjuj adalah bnr cm kt tdk pasti adakah dia sdh menunjukkan drnya di bumi ini atau tdk.. wallah hualam..

Anonymous said...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)

Selidik dulu sumber berita ini, yg pertama sekali sumber asal adalah dari Weekly World News (sebuah tabloid, yg reputasinya sangat2 tidak jelas), dikatakan dari NASA, sejak bila pulak NASA kaji bawah tanah... jgn terlampau mudah percaya berita macam ni.. yg dalam quran kita yakini, tp jgn la dicampur aduk dengan cerita dari barat... Tabloid pulak tu.. Islam adalah agama yg dilandaskan dengan hujjah dan akal... renung renungkan

Anonymous said...

Orang Islam jangan mudah percaya dan terpedaya dgn apa yg dihidangkan. Tidak semestinya apa yg disebut al-Quran itu menyamai apa yg disebut dlm berita itu atau yg "ditemui" NASA atau sebaliknya. Kajian mendalam terhadap berita itu dan Hadis dan al-Quran mesti dilakukan barulah kita boleh mengesahkan berita itu betul dgn Quran atau sebaliknya. Wallahu a`lamu bissawab wailaihi'l marji`u wa'lma`ab.

Anonymous said...

Kalau berita itu betul, mengapa NASA tak dedahkan rupa makhluk mole itu atau orang yang bertemu dan berhuibung dgn mereka, atau mengapa tidak siarkan dlm TV, Nat Geographic dsbnya? Saya cabar NASA atau tabloid tersebut agar membentangkan bukti yg lebih konkrit, bukan macam cerita tentang mitos purba.

efin hapini said...

xkisahlah lah benda nih btol @ x!tp y pasti umt islam kena kuatkan amal ibadah,,menurut bacaan dr salah 1 bku tnda2 kiamat iaitu kaum yakjuj dan makjuj adalah sifatnya bermata sepett,, itu y patot kita tao!

Anonymous said...

betul

Hamba Allah said...

Sesungguhnya musuh islam yang nyata sehingga kiamat adalah yahudi dan nasrani (kristian). Mereka tahu akan kebenaran Islam tapi sikap angkuh dan bongkak itulah yang menyebabkan Islam ditolak. Kaum ini akan cuba sedaya upaya memesongkan aqidah umat Islam ikut cara mana pun selari dengan janji2 Iblis pada Allah SWT untuk menyesatkan bani Adam sehingga kiamat. Tentang artikel atas, itu adalah propaganda semata-mata dari pihak kafir untuk memesongkan aqidah kita (Islam). Kaum kafir tau akan Ya'jut Ma'jut sepertimana yang terkandung dalam Al Quran (mereka ni memang rajin mengkaji kitab Al Quran). Cara mereka memesongkan kita (Islam) dengan mengambarkan rupa makhluk Allah itu dengan begitu detail sedangkan Rasulullah SAW pun tidak dapat menerangkan dengan begitu tepat. Hanya Allah sahaja yang sedia maklum makhluknya itu. Jadi kita (Islam) hanya beriman dengan kewujudan Makhluk itu sahaja. Tak perlu percaya artikel atas tu. InsyaAllah berbahagialah kita disampingNya apabila tiba saatnya.

Anonymous said...

Allah lebih mengetahui kebenaranya.....tingkatkan amalan,jauhi larangan,muhasabah diri kita sebenarnya,bagaimana persiapan untuk semuatu....marilah kita bersama-sama berhijrah kearah kebaikan.lihat diri sendiri/kita ,apakah kita sudah laksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan.

Unknown said...

Saya meminta admin membaca buku Yakjuj Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana hasil karya Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko.. Insyaallah, ilmu bermanfaat boleh dikongsi bersama.. Buku ini hasil kajian Muhd Alexander dan meliputi pelbagai sumber yang boleh dipercayai iaitu Al-Quran, Bible, Taurat, Suhuf-suhuf nabi, Kitab Veda dan sebagainya..

Juragan Herbal said...

. ini silahkan kembali difikirkan dengan ilmu dari pada mengikuti berita yg belum tentu benar. syukron http://www.youtube.com/watch?v=zmBFCOo6UsE

Juragan Herbal said...

. lebih baik berilmu dulu sebelum membuat berita ini http://www.youtube.com/watch?v=zmBFCOo6UsE

akugiler said...

baca je la al-quran semua jawapan ada di dalam..

akugiler said...

baca la al-quran semua jawapan ada didalam.. lihat dengar fikir2kan..

Unknown said...

Oraittt

Unknown said...

Info zero je ok...pecaye???NO NO NO...Btol2..dlm al quran la yg paling btol...

Unknown said...

Oraittt

Unknown said...

Pandangan saya Tentang Yakjuj dan Makjuj itu adalah manusia2 yang seumpamanya dengan kaum2 nabi luth (keturunan sodom) iaitu YAKJUJ (LELAKI yang berupa wanita) MAKJUJ( perempuan yg bernafsu/berupa lelaki. Mereka adalah kaum2 yg melampaui batas homoseksual. bahasa mereka adalah bahasa yg kita tidak faham kerana menggunakan bahasa seks mereka. Kebanyakan kaum ini terdapat di 3 buah negara didunia. Ia juga ada bersangkut paut dan hubungkaitnya tentang taman tergantung babylon, sejarah greek (zaman alexander zulqarnain) yg bersimbolikan batu-batu dan kaum2 ini yg telah dibenamkan dan ditenggelam didasar bawah tanah dan dasar laut.hal ini adalah balasan allah kepada mereka... wallahualam.. maka disini jalan penyelesaian utk membuat tembok besi itu adslah seumpamanya dgn port(rumah) mereka yg kita mungkin tahu. jadi mereka ini telah diasingkan... sekian.. allah maha besar