About

penaja 1

Showing posts with label PENEMUAN. Show all posts
Showing posts with label PENEMUAN. Show all posts

4 November 2013

Masuk Islam Setelah Menemukan Rahsia Sujud Dalam Solat

Dr Fidelma, ahli neurologi berasal dari Amerika Syarikat mendapat
hidayah ketika melakukan kajian terhadap saraf otak manusia. Ketika
melakukan penelitian, ia menemukan beberapa urat saraf di dalam otak
manusia yang tidak dimasuki darah. Padahal setiap inci otak manusia
memerlukan pengaliran darah yang cukup agar dapat berfungsi secara
normal.

Penasaran dengan penemuannya, ia mencuba mengkaji lebih serius.
Setelah memakan waktu lama, penelitiannya pun tidak sia-sia. Akhirnya
dia menemukan bahawa ternyata darah tidak akan memasuki urat saraf di
dalam otak manusia secara sempurna kecuali ketika seseorang tersebut
melakukan sujud dalam solat. Ertinya, kalau manusia tidak menunaikan
ibadah solat, otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk
berfungsi secara normal.
Rupanya memang urat saraf dalam otak tersebut hanya memerlukan darah
untuk beberapa saat tertentu saja. Ini artinya darah akan memasuki
bagian urat otak dengan mengikuti waktu solat.

Dengan kata lain, sujud yang tumakninah dan kontinyu dapat memacu
kecerdasan. Karena posisi sujud akan mengalirkan darah yang kaya
oksigen secara maksimal dari jantung ke otak. Aliran ini berpengaruh
pada daya fikir seseorang.

Setelah penelitian mengejutkan tersebut, Fidelma mencari tahu tentang
Islam melalui buku-buku Islam dan diskusi dengan rakan-rakan
muslimnya. Setelah mempelajari dan mendiskusikannya, ia malah merasa
bahawa ajaran Islam sangat logistik. Hatinya begitu tenang ketika
mengkaji dan menyelami agama samawi ini.
Read More →

28 April 2013

KESAN BACAAN AL QURAN PADA SYARAF OTAK DAN ORGAN TUBUH MANUSIA

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. 
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu. 
Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. 

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!


Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit. 
Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya. 
Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.
 Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. 
Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. 
Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman. 

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.  
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan. 
Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang. 
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita. 
Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204). 
Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ). 
Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Read More →

22 April 2013

Ketajaman Pedang Milik Salahuddin Al-Ayyubi

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

 Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini  telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. 




Pedang "Damascus" yang digunakan  Salahuddin Al-Ayyubi

Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.



Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini


Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang  Salahuddin Al-Ayyubi
Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini. 

Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.

Apa itu CNT?


Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.


Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera
 Islam dalam perang salib kurun ke-12


Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. 

Kehebatan pedangnya di geruni
 musuh-musuh Islam
Salahuddin Al-Ayyubi
Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. 

Teks kajian barat tentang Pedang "Damascus"
Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 


TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Read More →

20 April 2013

Bandar purba zaman Nabi Ibrahim ditemui

BAGHDAD - Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim.  

Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun. 

Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur.

Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.

DUA orang pekerja menggali di lokasi bekas sebuah kompleks pentadbiran zaman Nabi Ibrahim di Tell Khaiber pada 31 Mac lalu.- ap
Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui.Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an.

Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad.
- AP


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Read More →

16 April 2013

Rahsia Tersembunyi Di Sebalik Nama Muhammad

Terkait rahsia di sebalik nama Muhammad, di mana banyak makna tersirat dalam kebesaran nama yang sederhana itu. Mungkinkah ini merupakan salah satu mukjizat atau sekadar kebetulan sahaja, bahawa ada fakta menarik di abjad/huruf-huruf yang tersusun dari nama itu:


1. Kata Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim-kha-mim-kha-dal, maka akan menjadi sebuah sketsa seorang manusia. Anda tentu sudah maklum jika sebaik-baik makhluk yang pernah diciptakan oleh Tuhan di alam semesta ini adalah MANUSIA. Dengan segala kelebihan mereka, sementara mahluk lain hanyalah haiwan, tumbuhan dan planet-planet yang penuh rahsia.

2. Kata Ahmad, jika kita perhatikan satu-persatu hurufnya maka huruf-huruf itu akan menggambarkan sosok orang yang sedang melakukan solat, tahukah kalian bahawa SOLAT merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.

3. Kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan memaparkan bentuk seakan-akan manusia yang sedang sujuddalam solat. Gerakan SUJUD dalam Solat merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, kerana pada saat sujud manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti penyerahan secara menyeluruh kepada sang pencipta.
Subhanallah, Allahu Akbar, betapa rahsia Allah sangat menggetarkan hati, dan yakinlah masih banyak tersirat rahsia-rahsia lain yang kita tidak ketahui.
Wallahualam.



PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 


TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Read More →

15 April 2013

Bukti Kebenaran Al-Quran Tentang Puncak Gunung Everest

Berdasarkan kajian , gunung Everest ni dulunya bukanlah gunung , tapi dasar laut .Lebih 60 juta tahun dulu , berlaku pergerakan plat tiktonik bumi yang bergerak sepanjang masa dan akhirnya bertembung . Akibatnya , satu plat terangkat ke atas , satu lagi ke bawah . Dari plat yang menungkah berterusan itulah akhirnya terbentuk gunung Everest dan gunung – gunung lain .

Satu fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang berat kepada bumi . Sebab itulah gunung ada di seluruh benua , diimbangkan pula dengan lembah , datarnya serta lurah disekitarnya . Ia memasak bumi dengan kekuatannya .Ini menyebabkan berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi , menyebabkan tetap beredar sejajar pada orbitnya .

Allah berfirman dalam surah al – An ‘am : 88

” Engkau melihat gunung – gunung itu , engkau menyangka ia tetap ditempatnya , padahal ia bergerak seperti jalannya awan . ( Demikianlah ) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap – tiap sesuatu , sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan . “

Ternyata , apa yang dinyatakan oleh al – Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi . Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu ? Baginda dianggap manusia gila !
Bukan itu sahaja , kajian – kajian sains turut membuktikan , daratan ini satu ketika dahulu bercantum , kemudiannya berpecah dan bergerak hingga terbentuk benua serta lautan yang ada pada hari ini .

Rakaman satelite turut membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati bergerak mendekati Iran beberapa sentimeter setiap tahun . Sedangkan , lebih 5 juta tahun lalu , Jazirah Arab bergerak memisahkan diri dari Afrika lalu membentuk Laut Merah .

Didapati juga pantai timur dan selatan Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah membentuk lembah belah yang membujur ke selatan melalui deretan danau Afrika . Kepingan tiktonik benua Australia juga sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 6 sentimeter / tahun .

Bukankah penemuan – penemuan sains serta geologi ini membuktikan al – Quran itu benar , sedangkan kebenaran itu hanya baru diketahui oleh ahli sains selepas 1,400 tahun Rasulullah mengungkapkannya ?

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 


TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Read More →

6 May 2012

Penemuan Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Di Turki

BERITA GEMPAR......!!!!...TAMPARAN HEBAT UNTUK PADERI..PENDITA...DAN PENGANUT KRISTIAN MASYAALLAH...SUBHANALLAH......BERTAMBAH IMANKU....TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH

Penemuan Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Di Turki

Di Ankara Turki Kitab Injil 1,500 tahun ditemui, ia menggemparkan Vaticankerana isi didalam nya membenarkan apa yang Alquran telah bawa, lebih 1500 tahun dahulu. Termasuk ramalan didalam kitab injil tersebut akan kedatanganNabi saw Vatican mengarahkan jangan disebarkan ssbelum vatican melihat nya dahulu.

Petikan dari Turkish News: www.turkishnews.com
Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turkidi Ankara, Turki.

Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripadaInjil asal.
Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan.

Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Akhbar Berita harian melaporkan kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turki di Ankara, Turki.

Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripada Injil asal. Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunanNabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialahInjil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Lukedan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.


Injil Barnabas Berusia lebih 1500 tahun, Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemuiTurki ketika operasi anti penyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Petikan dari Daily Mail:

Mereka pula berkata mendakwa bahawa bible yang meramalkan kedatanganMuhammad, tetapi ia tidak benar. Ini adalah kepercayaan lama yang berabad-abad, konspirasi teori oleh orang Islam

Petikan dari Macedonian Truth Forum: www.macedoniantruth.org

Terdapat biara di Turki utara Cyprus yang dipanggil sebagai biara St Barnabassebagai Rasul, yang diasaskan oleh sendiri dan didakwa mengandungi kuburnya.
Kira-kira 20 tahun yang lalu, biara ini telah dirompak oleh kumpulan yang tidak diketahui orang. Mereka digali `s lantai, dinding pada waktu malam.
Ia adalah tidak diketahui apa yang mereka ketemui dan jika mereka mencuri sesuatu yang dikebumikan di dalam ia dinding.

Seorang wartawan di Cyprus mendakwa bahawa mereka telah menemui satu salinan Injil yang sangat kontroversi St Barnabas dalam dan mencurinya
.
Kemudian manakala wartawan ini telah menyiasat isu itu, beliau telah ditembak mati.

Dari wikipedia:

Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali.

Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi . Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian.

Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zamanMaharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas .

Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan Triniti.

Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16

sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.

“Vatican telah didakwa mengeluarkan permintaan rasmi untuk memeriksa Alkitab yang berusia 1,500 tahun yang telah diadakan di Turki selama 12 tahun yang lalu,
http://www.huffingtonpost.com/

Injil rahsia ini di mana Isa dipercayai untuk meramalkan kedatangan Nabi Muhammad ke Bumi telah mencetuskan minat yang serius dari Vatican. Pope Benedict XVI didakwa mahu melihat buku yang berusia 1,500 tahun, yang bersuara banyak Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh kerajaan Turki untuk 12 tahun yang lalu.
http://www.dailymail.co.uk/

Maka benarlah firman Allah:
 
Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam". Katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Mariam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya? Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 
Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya. Katakanlah (wahai Muhammad): (Kalau betul demikian), maka mengapakah Dia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan kepada Allah jualah tempat kembali.
 
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (Rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu



Di Tulis Oleh:-

http://khalifahalhidayah.blogspot.com

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.


 
 Share
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA.. 
Read More →

2 May 2012

Penemuan Al-Quran Tertua Di Dunia


Di sebuah sudut gelap di ibu negara Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan yang bersejarah bagi umat Islam, iaitu Al-Quran yang tertua di dunia. Al-Quran ini berasal dari zaman pemerintahan khalifah ketiga iaitu Uthman bin Affan.

Uthman bin Affan merupakan perintis buku Al-Quran pertama, setelah sebelumnya Al-Quran hanya dihafal atau ditulis di atas lembaran kayu dan tulang unta. Pembukuan Al-Quran pertama ini dilakukan Uthman bin Affan ketika berada di Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun selepas kematian Rasulullah SAW.

Pembukuan ini dilakukan Uthman untuk mengelakkan perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran, sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya. DiTashkent, Al-Quran ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam lokasi yang jauh dari orang ramai.

Lokasi simpanan Al-Quran ini terletak berdekatan dengan makam saintis dari abad ke-10, Kaffel Sashi. Simpanan Al-Quran ini berada di kawasan bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan keagamaan tertinggi di negara ini.

Al-Quran pertama yang dibukukan ini sangatlah berharga, kerana ia disimpan dalam sebuah peti kaca yang melekat ke dinding. Malangnya, kerana sudah berusia beratus-ratus tahun, Al-Quran ini tidak kukuh lagi. Kini yang tinggal hanya tinggal sepertiga sahaja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis dalam bahasa Bahasa Hejaz dan ditulis di atas kulit rusa.

Disebutkan bahawa Khalifah Uthman membuat lima salinan Al-Quran ini dan menyebarkannya ke pelbagai wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lain juga masih tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.

Tidak jauh dari lokasi simpanan Al-Quran, ada juga sebuah rumah yang ternyata menaungi benda bersejarah yang lain, iaitu helaian rambut Rasulullah SAW. Selain Al-Quran tertua, helaian rambut ini juga menjadi salah satu koleksi bersejarah yang dimiliki Asia Tengah dalam kaitan mereka dengan sejarah Islam.

Dilokasi yang sama juga terletak perpustakaan yang menyimpan kekayaan dengan koleksi bersejarahnya. ”Dianggarkan di perpustakaan itu terdapat sekitar 20 ribu buku dan tiga ribu naskhah,”ujar Ikram Akhmedov, pembantu mufti.

Kebanyakan buku itu rata-rata adalah buku yang berkaitan tentang sejarah abad pertengahan, astronomi, dan perubatan. Namun ada juga Al-Quran dan buku-buku tentang ilmu hukum. ”Namun benda yang tertua di perpustakaan ini adalah Al-Quran yang berasal dari abad ketujuh atau dari masa pemerintahan khalifah Utsman bin Affan,”jelasnya.

Kewujudan Al-Quran yang tertua di dunia ini mengingatkan kita betapa kawasan Asia Tengah memberikan peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis yang terbesar di dunia, Kesatuan Soviet.

Sejarah sampainya Al-Quran dari dinasti pemerintahan Uthman bin Affan keTashkent ini sangatlah luar biasa. Setelah kematian Uthman bin Affan, sebahagian orang menyatakan bahawa Al-Quran ini dibawa oleh Ali bin Abi Thalib ke Kuffah atau yang sekarang dikenali sebagai Iraq.

Tujuh ratus tahun kemudian, ketika Tamerlane (penakluk rantau Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia mencari Al-Quran ini dan membawanya ke ibu kotanya di Samarkand, Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, sehingga lah Rusia menakluk bandar ini pada tahun 1868.

Pada waktu itu, Gabenor Rusia menghantar Al-Quran ini ke St Petersburg di mana Al-Quran ini kemudian disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah berpecahnya revolusi Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam menghantar Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenali sebagai Bashkortostan.

Namun akhirnya, setelah berkali-kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran ini ditempatkan di Tashkent dan terus berada di sana sehingga kini. Sejak awal kewujudannya, Al-Quran ini telah menarik ramai orang termasuk pemimpin umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga dirasakan sangat aneh kerana Al-Quran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.

Barangkali ini merupakan ketakutan kerajaan Uzbekistan yang banyak diwarisi oleh nilai-nilai dari era komunis Soviet. Sehingga kini mereka masih tidak mempercayai Islam kerana mereka juga masih memandang Islam dengan penuh kecurigaan.

Mufti yang juga menguruskan serta menjaga kewujudan benda-benda ini menyatakan bahwa Al-Quran ini tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik banyak perhatian. Ini dilakukan untuk menjaganya dari hal-hal negatif yang mungkin berlaku.
. Selain yang ada di Tashkent, salinan lainnya juga masih tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.

Sebuah naskah kuno Al-Quran ditemukan di wilayah otonom Dongxiang provinsi Gansu dan salinan Al-Quran ini merupakan yang tertua ditemukan di Cina. Menurut informasi dari media lokal, naskah kuno berupa salinan Al-Quran tersebut yang ditulis dalam bahasa Arab, terdiri dari 536 halaman dan menggunakan daun Samarkand yang dibawa ke Cina dari kota Samarkand di Uzbekistan. Salinan Al-Quran yang tersimpan di masjid Dong Si, provinsi Qinghai barat laut Cina ini merupakan yang tertua di Cina berasal dari abad 8-13 masehi.Banyak kelompok etnis yang memeluk agama Islam yang hidup di daerah barat laut Cina, yang meliputi provinsi Qinghai, Gansu, Ningxia dan wilayah Xinjiang.

Ini adalah al quran tertua yang dijumpai di Nusa Tenggara Timur (NTT) milik Kesultanan Ternate Al-Quran kuno ini dibawa ke Alor Besar Indonesia pada 1519 M oleh Iang Gogo yang merantau bersama keempat saudaranya dengan misi penyebaran Agama Islam hingga ke Alor. Saat itu, Al-Quran ini dibawa pada masa Kesultanan Babullah lima bersaudara berlayar dari Ternate dengan menggunakan perahu layar yang menurut riwayat bernama Tuma Ninah, yang berarti "Berhenti/Singgah Sebentar".


Begitulah mukjizat al quran yang masih sama sehinggga sekarang, yang mana Allah sudah berjanji akan memelihara kandungan Al Quran shinggalah kiamat menjelma. Bilamana kajian-kajian saintifik dan perjumpaan artifak sepertimana yang telah tercatit dalam Al Quran, mana mungkin ianya adalah tulisan manusia atau mainan kata-kata nabi muhamad saw, sudah pasti ia datang dari Allah yang Maha Kuasa Pencipta sekian alam

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. Quran [15.9]


Sumber
sumber : http://id.berita.yahoo.com/alquran-tertua-di-indonesia-singgah-ke-ternate-20110331-215531-006.html
http://www.eramuslim.com/berita/dunia/naskah-al-quran-kuno-ditemukan-di-cina.htm
http://insanberdakwah.blogspot.com/2012/03/al-quran-tertua-dunia.html
http://baca-blogspot.blogspot.com/2011/12/tahukah-anda-di-mana-al-quran-tertua-di.html


Di Tulis Oleh:-

http://khalifahalhidayah.blogspot.com

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.


 
 Share
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA.. 
Read More →

25 March 2012

MUKJIZAT AL-QURAN TENTANG CAP JARI


Setiap orang, termasuk mereka yang lahir kembar, memiliki pola cap jari yang khas dan berbeza di antara satu sama lain. Itulah sebabnya, cap jadi menjadi tanda pengenal manusia untuk membezakan seseorang dengan orang lain.

Menurut Harun Yahya, sistem pengekodan ini dapat disamakan dengan sistem kode garis (barcode) sebagaimana yang digunakan ketika ini. Penekanan pada cap jari mempunyai makna sangat khusus.

Apa pasal? Menurut Harun Yahya, hal itu disebabkan cap jari setiap orang adalah khas bagi dirinya sendiri. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki siri cap jari yang unik dan berbeza dari orang lain.

Itulah sebabnya mengapa cap jari digunakan sebagai kad identiti yang sangat penting bagi pemiliknya dan digunakan di seluruh dunia. Keunikan cap jari ini baru ditemui pada akhir abad ke-19 M.

Sebelumnya, orang menghargai cap jari sebagai lengkungan-lengkungan biasa tanpa makna khusus. Namun dalam Al-Quran, Allah merujuk kepada cap jari, yang sedikitpun tak menarik perhatian orang waktu itu, dan mengarahkan perhatian kita pada erti penting cap jari, yang baru mampu difahami di zaman sekarang.

Pada abad ke-7 M, Al-Quran telah menyebutkan bahawa cap jari menjadi tanda pengenal manusia. Dalam Al-Quran disebutkan mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia selepas kematiannya, pernyataan tentang cap jari manusia secara khusus ditekankan dalam sebuah ayat.

Semaklah surah Al-Qiyamah ayat 3-4:

"Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali) hujung jari-jarinya dengan sempurna." (Al-Quran, 75:3-4).

Sungguh Al-Quran adalah firman Allah yang Maha Benar.

Inilah video Kemukjizatan Al-Quran tentang cap jari sebagai Identiti:
Read More →

19 December 2011

DR KNUT PFEIFFER KAGUM DENGAN AIR ZAM-ZAM


Pada Mei 2010 yang lalu, satu temu bual telah dijalankan di Arab Saudi dengan Dr. Knut Pfeiffer dari Jerman, menyatakan tentang kekagumannya terhadap air zam-zam. Idea untuk menguji air yang dianggap suci oleh umat Islam itu muncul apabila dia menerima sebotol air zam-zam dari seorang kawan lama yang baru pulang menunaikan haji. Dia mengambil masa dua minggu untuk menjalankan uji kaji ke atas 60 orang reponden yang aktif.

Dia membandingkan air di Munich, Jerman dengan air zam-zam. Semua orang tahu, air di Munich adalah paling asli dan bersih. Menurut Dr. Knut, air di Munich dari segi kimianya memang sempurna tetapi dari segi tenaganya hancur.






Katanya setelah melalui perjalanan yang jauh dari Jeddah ke Munich kemudian melalui tempoh yang panjang berada di dalam simpanan dan mengalami perubahan cuaca tetapi air zam-zam tidak berubah langsung. Itulah hasil yang dapat dibuktikan melalui gambar sel 40 orang yang diberi minum air tersebut.


Di dalam temu bual itu, Dr. Knut menjalaskan, zam-zam mampu membekalkan tenaga jauh lebih banyak berbanding minuman biasa.

“Ujian sel badan yang diberi minum air zam-zam menunjukkan kesan yang positif. Sel-sel di dalam badan menjadi lebih segar dan menyukai air zam-zam. Apa yang saya lihat inilah jawapannya, jika sistem sel badan memberikan kesan positif maka tenaga akan bertambah kerana tenaga datangnya dari sel yang sihat.

“Ibaratnya seperti menerima ciuman dari orang yang kita suka dan cinta. Perasaan gembira di dalam hati itu sukar digambarkan. Bila lahir di dalam senyuman yang kita balas untuk orang yang memeberikan ciuman itu, ia penuh bermakna. Begitulan juga sel yang diberi minum air zam-zam, macam rasa cinta. Kalau sel itu boleh bersua mungkin ia akan kata, “Wow! Aku menyukainya.”

“Ia adalah air pemberi tenaga yang paling hebat dan boleh membuatkan anda sihat. Jika ada peluang minum setiap  hari anda akan lebih sihat kerana ia adalah terapi semula jadi. Di masa hadapan mungkin kita boleh hentikan kebergantungan kepada ubatan kimia kerana ianya memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh. Air zam-zam bukan sekadar mengenyangkan, menambah lagi tenaga, tetapi juga sebagai penawar segala penyakit.





Air Zam-Zam adalah minuman yang mengenyangkan dan ubat bagi penyakit” (HR.Bukhari Muslim)




“Saya hanya mengupas sedikit sahaja tentang air zam-zam tetapi ia telah mebongkar banyak rahsianya. Dari mana sumbernya? Berapa banyak tenaga yang air itu miliki semasa di Mekah dan berapa yang tinggal apabila dibawa terbang jauh dari kota. Dengan mengkaji lebih mendalam, kita dapat mengetahui lebih banyak lagi khasiatnya,” Jelas Dr. Knut yang juga membuat kajian tentang kekuatan sembahyang orang islam dan semabahyang orang kristian. Baginya sembahyang orang Islam member kesan positif dan boleh mengekalkan tahap tenaga untuk jantung.

Sedangkan doktor Kristian pun kagum dengan kehebatan air zam-zam, apatah lagi sebagai orang Islam yang memang ada peluang untuk menikmati air itu. Itulah tanda kekuasaan Allah yang diberikan kepada Umat Islam.


sumber  http://zharifalimin.blogspot.com



Read More →

15 November 2011

BENARKAH ALAM SEMESTA INI BERBENTUK TROMPET?

“Sebelum kiamat datang, apa yang sekarang di lakukan oleh malaikat Isrofil?” Mungkin yang ada di benak kita malaikat Isrofil itu seperti sesosok seniman yang asyik mengelap terompet kecilnya sebelum tampil diatas panggung. Sebenarnya seperti apa sih terompetnya atau yang biasa juga dikenal dengan sangkakala malaikat Isrofil itu?

Sekitar enam tahun silam sekelompok ilmuwan yang dipimpin oleh Prof. Frank Steiner dari Universitas Ulm, Jerman melakukan observasi terhadap alam semesta untuk menemukan bentuk sebenarnya dari alam semesta raya ini sebab prediksi yang umum selama ini mengatakan bahwa alam semesta berbentuk bulat bundar atau prediksi lain menyebutkan bentuknya datar saja.

Read More →

13 November 2011

MUMIA YUYA ADALAH NABI YUSUF A.S?

Mukadimah
Penulis sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa tidak salah untuk mencari sesuatu kebenaran asalkan tidak menjejaskan akidah sebagai seorang muslim. Sebenarnya penulis benar-benar tertarik dengan satu cabang kajian yang sering dipandang sepi oleh umat Islam iaitu Egyptologi.
Egyptologi adalah kajian yang terperinci merangkumi sejarah, adat, agama, bahasa dan tatacara hidup masyarakat Mesir yang dipercayai telah mendiami lembah sungai Nil sejak 3000 sebelum masihi sehingga abad ke-4 selepas masihi. Di Amerika Syarikat, Egyptologi diklasifikasikan sebagai salah satu cabang kepada bidang Arkeologi.

Read More →

12 November 2011

PAKAR BEDAH MASUK ISLAM KERANA KEBENARAN KISAH FIRAUN


Dr. Yahya Maurice Bucaille
Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Read More →