Perang-Perang Dalam Sirah Nabi Muhammad | KHALIFAH

About

penaja 1

15 March 2013

Perang-Perang Dalam Sirah Nabi Muhammad

Peperangan yang berlaku di dalam bulan Ramadan ialah peperangan:

1. Badar al Kubra berlaku pada 17 Ramadan pada tahun 2 Hijrah

2. Fathul Makah berlaku pada 20 Ramadan Tahun 8 Hijrah

Selepas Rasullah di zalimi dan di aniaya di Makkah, baginda lalu berhijrah ke Madinah. Setelah Nabi s.a.w berhijrah turunlah perintah mengizinkan peperangan, melalui ayat berikut, maksudnya:

39. Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu,

40. (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah.” 
-  (Al Hajj 22:39-40)

Keizinan tersebut sesuai pula dengan ayat berikut, bermaksud:

9. Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah jahannam dan itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali
(– At Tahrim (66):9)

216. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
(– Al Baqarah(2): 216)

Di dalam sirah nabi, para ahli sejarah menyebut 2 istilah berkaitan dengan perang di zaman Nabi s.a.w, iaitu Ghazwah dan Sariyyah. Ghazwah ialah perang yang dipimpin oleh Nabi s.a.w sendiri, dan Sariyyah perang yang tidak dipimpin oleh Nabi s.a.w.

Ahli sejarah berbedza pendapat tentang jumlah peperangan di zaman Rasullah. Sami Bin Abdullaah al Maghluts di dalam Al Athlas at Tarikhi Sirah ar Rasul berkata mengikut an Nawawi didalam Syarah Sahih Muslim, menjelaskan:

                Para sejarawan Islam  berbedza pendapat mengenai jumlah perang yang pernah diikuti dan tidak diikuti Nabi s.a.w  cukup jelas. Ibnu Saad dan lainnya menyebutkan peperangan yang diikuti Nabi s.a.w berjumlah 27 sedangkan peperangan yang tidak diikuti beliau berjumlah 56.

Sami Bin Abdullaah al Maghluts juga menyebut Ibnu Saad juga menulis :

“Para sejarawan nenyebutkan bahawa peperangan yang di seratai nabi s.a.w berjumlah Sembilan iaitu, Badar, Uhud, Muraisi, Khandak, Quraizah, Khaibar, Fathu Mekah, Hunaian dan Thaif”. 

Bagaimanapun  Sami Bin Abdullaah al Maghluts sendiri berkata peperangan yang diikuti Nabi s.a.w berjumlah 28 , dimulai dengan Abwa’ dan diakhiri perang Tabuk.

Berikut adalah senarai peperangan yang dipimpin  oleh Rasullah s.a.w mengikut tahun 1-11 Hijrah :
Tahun 1 Hijrah  -  Hijrah nabi , memulakan pemerintahan Islam d Madinah.

Tahun 2 Hijrah

1.  Abwa’  atau Waddan bermaksud 2 lembah

2.  Buwath

3.  Usairah

4.  Shafwan  atau Badar Pertama

5.  Badar Kubra

6.  Bani Sulaim

7. Bani Qainuqa

8.  Suwaiq

Tahun 3 Hijrah

9.  Dzu Amar

10. Bahran

11. Uhud

12. Hamra al Asad

Tahun 4 Hijrah

13. Bani Nadhir

14. Badar Mau’id  atau perang Badar Akhir

Tahun 5 Hijrah

15. Daumatul Jandal

16. Bani Musthaliq

17. Ahzab

18. Bani Quraizah

Tahun 6 Hijrah

19. Bani Lihyan

20. Hudaibiyah

Tahun 7 Hijrah

21. Ghabah

22. Khaibar

23. Dzatur Riqa’

24. Umratul Qadha’

Tahun 8 Hijrah

25. Fathul Mekah

26. Hunain

27. Tha’if

Tahun 9 Hijrah

28. Tabuk

Tahun 10 Hijrah – Rasullah mengerjakan Haji Wada’

Tahun 11 Hijrah – Rasullah wafat.

Peperangan yang berlaku di dalam bulan Ramadan ialah peperangan:

1. Badar al Kubra berlaku pada 17 Ramadan pada tahun 2 Hijrah

2. Fathul Makah berlaku pada 20 Ramadan Tahun 8 Hijrah


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..

No comments :