Menghidangkan jamuan makanan kepada kawan yang menjadi tetamu, mempunyai fadhilat yang banyak di sisi Allah SWT. Hasan Al-Basri berkata: "Semua perbelanjaan dihitung oleh Allah SWT di akhirat kelak, kecuali perbelanjaan untuk menyediakan jamuan makan bagi memuliakan saudara yang dtang bertamu. Kerana Allah SWT lebih mulia daripada menghitungkan perkara sedemikian."
Begitu berkesannya anjuran jimat cermat yang diajar oleh Islam, kerana mereka akan ditanya oleh Allah SWT terhadap harta yang dibelanjakan, kecuali untuk menghormati tetamu.
Kerajan manapun tidak mungkin berkesan ketika mengingati para pegawainya supaya berjimat. Kerana sekain Islam daripada kerajaan Islam berpandukan hukum al-Quran dan sunnah, tidak mampu beri rujuk ingatan kepada Allah SWT supaya berhimat berbelanja, mudah terjerumus ke lembah pembaziran.
Bagaimana pegawai hendak berjimat kalau ketua yang membuat arahan tidak berhimat cermat, akibat tiada rasa gerun kepada Allah SWT melakukan pembaziran. Dengan berpandukan agama Allah SWT tidak kira rakyat biasa atau raja sekalipun, mereka amat yakin sebarang harta wang dibelanjakan akan disoal oleh Allah SWT.
Tiada siapa akan terlepas daripada persoalan tersebut diakhirat kelak, kecuali mereka yang membelanjakan hartanya untuk memuliakan tetamu. Selagi tidak berlebihan. Sayidina Ali bin Abi Talib berkata yang bermaksud: "Sesungguhnya kalau boleh aku himpin saudara mara dan rakan teman untuk menjamu mereka hingga habis segantang gandum, lebih baik daripada aku memerdekakan seorang hamba sahaya."
Banyak biasa membeli hamba abdi dan memerdekakannya meskipun dijanjikan pahala yang besar, namun Sayidina Ali lebih suka menjamu saudara mara dan rakan taulan, lantaran buat jamuan sahabat handai amat besar pahalanya dalam Islam.
Abdullah bin Umar r.a berkata yang bermaksud: "Sesetengah daripada kemuliaan seorang apabila musafir ialah dia mengelokkan bekalannya, dan memberi bekalan bail berharga itu kepada sahabat sesama bermusafir."
Imam al-Ghazali berkata yang bermaksud: "Orang-orang tua alim ulama di masa dahulu seringkali baca al-Quran, mereka tidak meninggalkan majlis kecuali setelah menikmati jamuan yang di bawa bersama. Berhimpun membaca al-Quran serta masing-masing bawa bekal cicipan, untuk penutup majlis dengan jamuan ringan itu, suatu kelaziman bagi mereka.
Mengadakan jamuan rohani melalui bacaan al-Quran, di samping jamuan jasmani untuk mengeratkan silaturahim, suatu budaya murni yang wajar di contohi oleh generasi Muslimin.
Adab Bertamu Ke Rumah Seseorang
Sesungguhnya bukan darioada sunnah Nabi s.a.w apabila mereka bertamu ketika tuan rumah menghadapi waktu makannya. Perbuatan itu termasuk dalam tindakan secara mendadak, ia di antara perkara yang di larang oleh syarak sebagaimana dijelaskan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali apabila kamu di izinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan apabila kamu selesai makan, keluarlah tanpa asyik memperpanjangkan percakapan." (Surah Al-Azhab, ayat 53).
Andainya seseorang itu lapar lali pergi ke rumah sahabatnya dengan maksud supaya di jamunya, tidak mengapa asalkan tidak pergi pada waktu makan keluarga bekenaan.
Kiranya berbuat begini selain tidal menyinggung dam menyusahkan, malah merupakan menolong tuan rumah berpeluang mengaut pahala menjamu makan.
Demikianlah adat dan budaya orang alim sesama mereka masa dahulu, jika merasa lapar mereka berterus-terang memberitahu sahabatnya tentang keadaan dan maksud dirinya yang sebenarnya.
Sekiranya seseorang berkunjung ke rumah sahabat karibnya didapati tiada di rumah, orang yang berkunjung hedaklah faham dan yakin sungguh perangai baik sahabatnya itu, amat suka jika kita makan makanannya.
Maka bolrhlah dia makan meskipun tidak seizinnya, kerana yang Allah SWT kehendaki sangat dengan mendapat izin itu ialah redanya. Bagaimanapum masalah makanan itu perkara yang tidak boleh di tentukan kaedahnya. Kerap kali kita bertemu seseorang yang zahirnya beri izin kita makan, tetapi sekadar patut untuk tunjuk baik sahaja.
Sedangkan di hatinya tidak sepenuhnya mengizinkan, ini berdasarka latar balakang peribadinya yang diketahui umum. Makanan kepunyaan orang seperti itu janganlah di makan, kerana makan makanan milik manusia berperangai begitu hukumnya makruh.
Ramai juga orang yang tiada di rumah dan tidak menyatakan keizinannya kepafa sesiapa, tetapi dia amat gembira ketika mengetahui sahabat karibnya makan makanan kepunyaannya. Tidak mengapa makan sekalipun anpa izinnya. Dengan syarat mereka adalah sahabat karin yang diketahui dan faham situasi peribadinya.
(Tulisan ini ditulis oleh: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)
No comments :
Post a Comment