Wanita Bukan Islam Boleh Susukan Bayi Muslim | KHALIFAH

About

penaja 1

29 April 2014

Wanita Bukan Islam Boleh Susukan Bayi Muslim

Hukum Menyusukan Anak Angkat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada persidangannya Oktober 2011 membincangkan hukum wanita yang menyusukan anak angkat dan menetapkan keputusan seperti berikut:


* Islam menggalakan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, jika mereka mampu berbuat demikian.

Namun, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tatapi mengambil anak angkat untuk menyusukan sendiri anak terbabit dengan bantuan rawatan perubatan.

* Penegasan ini adalah berdasarkan jumhur fuqaha yang tidak mensyaratkan seorang wanita itu mesti hamil trtlebih dahulu untuk menyusukan anak seperti pandangan Mahab Hambali, Syafie, dan Hanafi yang menyatakan seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak tidak disyaratkan mempunyai suami menyetubuhinya.

* Sehubungan itu, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang sudah mencapai umur baligh sama ada sudah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon digunakan tidak mengandungi sebarang unsur najis atau mudarat.

Keharusan ini tidak tertakluk bagi lelaki yang berubah menjadi wanita melalui penukaran jantina.

* Jumhur fuqaha bersepakat bahawa ada dua kaeda penyusuan bagi menjadikan bayi mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung daripada payudara danpenyusuan tidak langsung seperti menggumakam tiub, botol susu, dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, muzakarah memutuskan bahawa bayi ternabit sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat penyusuan ditetapkan oleh syarak seperyi berikut:

a) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.

b)
Susu yang dihisap mestilah sampai keperut bayi.

c)
Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkitaran bulan qamariah.

Hujah sabitan ini ialah kerana susu ibu terbabit sudah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusuk secara terus daripada payudara.

Bagaimanapun, sekiranya kaedah dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atai dubur, memitik susu ke dalam mata, trlinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi terbabit tidak sah sebagai anak susuan.

* Muzakarah juga memutuskan seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untul menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islamboleh menyusukan kepada wanita bukan Islam keran tidak ada mas syarak yang melarangnya.

Penyusuan ini tidak memberi sebarang kesankepada akidah dan agama bayi yang disusukan.

* Muzakarah ini juga memutuskan susu ibu yang bercampur dengan bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampaur dengan makanan, minuman atau lainnya seperti pendapat rajih daripada ulama Mazhab Syafie dan hambali, kerana untuk sabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat penyusuan ditetapka oleh syarak.

* Bagi seorang lelaki yang mengawini wanita menyusukan bayi angkat dan bayi terbabit sudah sabit menjadi anak susuan, maka muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahrah kepada anak susuan itu.

(Sumber: Portal Rasmi Fatwa Malaysia)


No comments :