About

penaja 1

Showing posts with label MASUK ISLAM. Show all posts
Showing posts with label MASUK ISLAM. Show all posts

25 October 2014

Richard Patterson, Jutawan Amerika peluk Islam

Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.
(al-Baqarah: 272)

Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson atau nama Islamnya, Abdulaziz.

Abdulaziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi.

Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.

Abdulaziz menjejakkan kaki di Arab Saudi atas urusan menandatangani kontrak perjanjian dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Saudi untuk melatih para pelajarnya menyediakan bantuan kecemasan ketika di udara.

Semasa tinggal di negara itu, Abdulaziz keluar makan malam atas pelawaan tiga orang dari Kementerian Hal Ehwal Islam yang juga merupakan ahli kepada projek yang dikenali Guide Me to Islam. Ketiga-tiganya bercerita dengan Abdulaziz mengenai Islam dan intipati tentang kebenarannya.

"Tujuan saya datang ke Arab Saudi semata-mata berkaitan urusan perniagaan. Tetapi saya gembira dengan keputusan bijak dalam kehidupan saya ini iaitu bergelar Muslim," kata Abdulaziz dalam satu majlis meraikan pengislaman itu.

Abdulaziz memuji etika berpakaian orang Arab dan mengakui ia cukup selesa dan begitu cantik.

Ketika berada di negara asal kelahirannya, Abdulaziz selalu mendengar cerita-cerita negatif tentang Islam menerusi saluran-saluran media yang boleh dikatakan memburukkan imej Islam.

"Membaca tentang Islam semata-mata adalah tidak mencukupi untuk mengenali dan memahami Islam yang sebenar.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

"Lantaran itu peluang bertemu dan berkenalan dengan umat Islam lebih membuatkan saya mengenali roh Islam dengan lebih jelas," katanya.

Abdulaziz menganggap dirinya bertuah kerana mengenali Islam menerusi teman-teman Muslim yang bersama-samanya sepanjang berada di bumi Arab itu. Malah beliau turut mengakui Islam adalah agama yang benar dan penuh toleransi.

"Masyarakat Islam dan warga Arab Saudi sangat baik hati, merendah diri dan bersikap terbuka kepada orang luar," kata Abdulaziz.

Beliau turut merasa mereka seperti keluarganya sendiri, kerana tidak pernag mengalami perasaan terasing atau dilayan dengan buruk sepanjang berada di Arab Saudi.

Bagi Abdulaziz, apa yang paling menarik mengenai masyarakat Arab adalah mereka sangat beragama dan menjadikan agama Islam sebahagian daripada kehidupan.

Dia memang berharap untuk membawa rakan-rakannya ke Arab Saudi untuk mengalami sendiri apa yang telah dilaluinya, sekali gus mengubah persepsi mereka tentang Islam. Abdulaziz juga menyeru pengusaha Muslim untuk bekerja keras dan menarik pengusaha asing memeluk agama Islam. Ini kerana ada di antara usahawan Muslim tidak begitu serius dalam melakukan dakwah kepada rakan kongsi yang bukan beragama Islam. Beliau berpendapat, sikap begitu sebenarnya satu kerugian besar buat agama Islam itu sendiri.

"Kita boleh menyediakan buku-buku tentang Islam kepada delegasi semasa pertemuan urus niaga dijalankan.

"Dengan cara ini ia dapat membantu menjernihkan imej Islam yang selama ini telah diburukkan oleh pihak-pihak tertentu," tegas beliau.

Seorang guru yang menjadi jurubahasa kepada Abdulaziz, Issam Abdul Razzaq berkata, golongan yang sudah berjaya terutama para usahawan adalah kunci utama dalam memainkan peranan mempamerkan imej-imej tertentu tentang Islam.

"Mereka yang sudah berjaya mempunyai kredibiliti dalam kalangan ahli komuniti mereka kerana mereka telah dianggap penting.

"Oleh itu, apabila mereka memilih untuk memeluk Islam, pasti ia menimbulkan rasa ingin tahu orang lain yang mana pada masa sama mereka mahu mengetahui dengan lebih mendalam akan agama baru mereka itu," kata Issam.

(sumber)
Read More →

11 October 2014

Kisah Dajjal Dalam Hadith

Dari An-Nawwas bin Sam'an  , dia berkata: Rasulullahﷺ menyebut-nyebut
perihal Dajjal pada suatu pagi. Beliau ﷺ menjelaskan Dajjal,
kadang-kadang suaranya direndahkan dan kadang-kadang suaranya
dikeraskan sehingga kami mengira seolah-olah Dajjal itu sudah ada di
tengah-tengah pohon kurma. Maka ketika kami mendatangi tempatnya,
beliau bersabda sepertinya telah mengetahui apa yang bergolak dalam
perasaan kami, lalu bersabda: "Ada persoalan apa dengan kalian ini?"

Kami menjawab: "Ya Rasulullah, engkau menyebut-nyebut Dajjal pada
suatu pagi, engkau merendahkan dan mengeraskan suara sehingga kami
mengira bahawa ia sudah ada di tengah pohon kurma."

Beliau bersabda: "Bukan Dajjal yang paling aku takutkan menimpa diri
kalian. Jika ia keluar dan aku masih ada di tengah kalian, maka akulah
yang akan mematahkan hujjahnya untuk melindungi kalian. Dan jika ia
keluar dan aku tidak ada di tengah kalian, maka setiap orang menjadi
pelindung dirinya sendiri dan Allah adalah penggantiku dalam
melindungi setiap orang Muslim.

Sesungguhnya Dajjal adalah pemuda yang rambutnya sangat keriting,
matanya menonjol keluar, seolah-olah aku menyamakannya dengan Abdul
'Uzza al-Qathan. Maka barangsiapa yang dapat bertemu dengannya,
hendaklah membacakan kepadanya ayat-ayat permulaan dari surah al-Kahf.
Dajjal itu akan keluar di suatu jalanan yang terletak antara Syam dan
Irak, lalu membuat kerusakan di sebelah kanan dan kirinya. Maka dari
itu, wahai hamba Allah, tetapkanlah keimanan kalian.

Kami para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, berapa lama ia menetap di bumi?"

Rasulullah menjawab: "Empat puluh hari, hari pertama lamanya sama
dengan setahun, hari kedua lamanya seperti sebulan, hari ketiga
seperti satu minggu, sedang hari-hari berikutnya adalah sama dengan
hari-hari kalian saat ini."

Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah, dalam satu hari yang panjangnya
satu tahun itu, apakah kami cukup seperti mengerjakan solat satu hari
sahaja (yakni, solat fardhu 5 waktu).

Beliau menjawab: "Tidak, maka perkirakanlah menurut kadar jaraknya
masing-masing. Jadi tetap lima kali dalam perkiraan satu hari seperti
sekarang."

Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kecepatannya menjelajah bumi?"

Beliau bersabda: "Bagaikan hujan yang tertiup angin. Dajjal itu datang
kepada suatu kaum, lalu ia mengajak mereka, kemudian mereka pun
beriman kepadanya dan patuh pada apa yang dikehendakinya. Ia menyuruh
langit supaya menurunkan hujan, lalu turunlah hujan. Ia menyuruh bumi
supaya menumbuhkan tanaman, lalu tumbuhlah tanamannya. Selanjutnya,
kembalilah ternak-ternak mereka tergembala di situ dalam keadaan
berpunuk panjang atau sebesar yang pernah dan terpanjang perutnya.

Selanjutnya, datanglah Dajjal kepada suatu kaum, lalu mereka diajak
mengikuti kehendaknya, tetapi mereka menolak, kemudian Dajjal
meninggalkan mereka. Kaum yang menolak ini (kerana tegarnya iman
mereka) pada keesokan harinya telah menjadi kering daerahnya dan
kosong dari rumput dan tanaman lainnya, juga mereka tidak memiliki
harta benda sedikit pun. Dajjal lalu berjalan melalui puing-puing
kemudian ia berkata: "Keluarkanlah harta-harta simpananmu, tiba-tiba
harta-harta di situ dapat diambil dan mengikuti perjalanan Dajjal
sebagaimana lebah-lebah mengikuti rajanya.

Setelah itu, Dajjal memanggil seorang pemuda yang masih remaja, lalu
ia memukul pemuda ini dengan pedang, sehingga terpotonglah tubuhnya
menjadi dua bahagian dengan kecepatan bagaikan lemparan anak panah
mengenai sasarannya. Tetapi, Dajjal lalu memanggil pemuda yang sudah
mati itu, lalu ia hidup kembali dan menghadapnya, sedang wajahnya
berseri-seri sambil tertawa.

Dalam keadaan itulah, tiba-tiba Allah Ta'ala mengutus Isa al-Masih
putera Maryam. Ia turun di menara putih, yang terletak di sebelah
selatan Damaskus, iaitu mengenakan dua lembar pakaian yang berwarna,
dengan meletakkan dua tapak tangannya di atas sayap dua malaikat. Jika
ia menundukkan kepalanya, mencucurlah air dari kepalanya, sedang
apabila ia mendongakkannya, maka terurailah rambutnya yang lebat
bagaikan butiran mutiara. Maka tiada seorang kafir pun yang dapat
mencium aroma nafasnya, melaainkan ia akan mati sedang nafasnya
tercium sejauh jarak mata memandang.

Selanjutnya, al-Masih mencari Dajjal sampai ia menemukannya di pintu
gerbang Ludd, kemudian beliau membunuhnya. Selanjutnya, Isa
alaihissalam mendatangi kaum yang telah dilindungi Allah dari
kejahatan Dajjal, lalu ia meengusap wajah-wajah mereka dan
memberitahukan bahawa mereka akan memperoleh derajat yang tinggi dalam
syurga.



Dalam keadaan demikian itulah, Allah memberikan wahyu kepada Isa
alaihissalam bahawasanya Allah telah mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang
tiada seorang pun kuasa untuk menentang dan berperang dengan mereka.
Maka kumpulkanlah hamba-hamba-Ku (yang mukmin) ke bukit Thur.
Maka Allah mengutuskan bangsa Yakjuj Makjuj. Mereka turun mengalir
dengan cepat sekali dari tempat-tempat yang tinggi. Kemudian
berjalanlah barisan pertama dari rombongan mereka di Danau Thabariyah
lalu minum airnya, selanjutnya berjalanlah barisan terakhir dari
rombongan mereka dan berkata: "Danau ini dulunya masih ada airnya."
Nabiyullah Isa alaihissalam dan para sahabatnya dikepung dari segala
penjuru hingga tidak dapat keluar, sampai-sampai nilai satu kepala
lembu bagi seorang di antara mereka lebih berharga dari seratus dinar
emas bagi seorang di antara kalian saat ini. Nabiyullah Isa
alaihissalam dan sahabatnya radhiayallahu anhum semuanya berdoa
merendahkan diri kepada Allah Ta'ala memohon agar kesulitan itu segera
dilenyapkan.

Allah Ta'ala mengutuskan ulat kepada bangsa Yakjuj dan Makjuj di
leher-leher mereka, kemudian mereka mati serempak bersamaan dalam satu
waktu sekaligus tak ubahnya satu jiwa. Nabiyullah Isa alaihissalam dan
sahabatnya radhiyallahu anhum lalu turun ke bumi (dari gunung Thur).
Mereka tidak menemukan sejengkal tanah pun melainkan telah dipenuhi
oleh bau busuk dari bangkai mayat bangsa Yakjuj dan Makjuj tadi.
Selanjutnya Nabiyullah Isa alaihissalam dan sahabatnya radhiyallahu
anhum berdoa lagi kepada Allah Ta'ala sambil memohon agar mayat-mayat
mereka dilenyapkan. Allah Ta'ala menurunkan burung sebesar leher unta
dan burung inilah yang membawa terbang bangkai mereka lalu
melemparkannya di suatu tempat yang dikehendaki oleh Allah.

Selanjutnya, Allah Azza wa Jalla menurunkan hujan yang menyapu rata
semua rumah tanah liat atau pun tenda dari bulu, sehingga bumi itu
menjadi bersih licin bagaikan kaca. Kepada bumi lalu dikatakan:
"Tumbuhlah buah-buahanmu dan tumpahkanlah keberkahanmu." Maka pada
saat itu sekelompok manusia cukup makandari satu biji buah delima
sahaja (kerana amat besarnya). Mereka pun dapat bernaung di bawah
kulit tempurung (kelopak) delima tadi dan diberkahilah air susu,
sehingga sungguh seekor unta yang mengandung air susu, dapat mencukupi
satu kelompok besar manusia, seekor sapi yang mengandung air susu
dapat mencukupi satu kabilah, sedang seekor kambing yang mengandung
susu dapat mencukupi satu desa.

Selanjutnya, di waktu mereka dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba Allah
Ta'ala mengirimkan angin yang sejuk nyaman, lalu angin itu mengambil
nyawa kaum mukmin dari bawah ketiaknya. Jadi angin itulah yang
mencabut jiwa setiap orang mukmin dan setiap orang Muslim. Lalu yang
tertinggal adalah golongan sejahat-jahat manusia, mereka bersetubuh
dengan wanita seperti halnya sekelompok keldai. Maka terjadilah Hari
Kiamat atas mereka."."

[H.R. Muslim (2937)]
Read More →

4 November 2013

Masuk Islam Setelah Menemukan Rahsia Sujud Dalam Solat

Dr Fidelma, ahli neurologi berasal dari Amerika Syarikat mendapat
hidayah ketika melakukan kajian terhadap saraf otak manusia. Ketika
melakukan penelitian, ia menemukan beberapa urat saraf di dalam otak
manusia yang tidak dimasuki darah. Padahal setiap inci otak manusia
memerlukan pengaliran darah yang cukup agar dapat berfungsi secara
normal.

Penasaran dengan penemuannya, ia mencuba mengkaji lebih serius.
Setelah memakan waktu lama, penelitiannya pun tidak sia-sia. Akhirnya
dia menemukan bahawa ternyata darah tidak akan memasuki urat saraf di
dalam otak manusia secara sempurna kecuali ketika seseorang tersebut
melakukan sujud dalam solat. Ertinya, kalau manusia tidak menunaikan
ibadah solat, otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk
berfungsi secara normal.
Rupanya memang urat saraf dalam otak tersebut hanya memerlukan darah
untuk beberapa saat tertentu saja. Ini artinya darah akan memasuki
bagian urat otak dengan mengikuti waktu solat.

Dengan kata lain, sujud yang tumakninah dan kontinyu dapat memacu
kecerdasan. Karena posisi sujud akan mengalirkan darah yang kaya
oksigen secara maksimal dari jantung ke otak. Aliran ini berpengaruh
pada daya fikir seseorang.

Setelah penelitian mengejutkan tersebut, Fidelma mencari tahu tentang
Islam melalui buku-buku Islam dan diskusi dengan rakan-rakan
muslimnya. Setelah mempelajari dan mendiskusikannya, ia malah merasa
bahawa ajaran Islam sangat logistik. Hatinya begitu tenang ketika
mengkaji dan menyelami agama samawi ini.
Read More →

27 April 2013

Al Quran Bahasa Portugal Hadiah Untuk Ronaldo

Al Quran Bahasa Portugal Hadiah Untuk Ronaldo
Al Quran Bahasa Portugal Hadiah Untuk Ronaldo | Mungkin ramai yang telah mendengar berita bahawa Cristiano Ronaldo dihadiahkan sebuah Al-Quran setelah menjadi duta perusahaan operator selular Arab Saudi, Mobily. 

Tapi, tahukah anda, bahawa Al-Quran tersebut telah pun diterjemahkan dalam bahasa Portugal? Begitulah laporan yang dipetik dari akhbar Al-Riyadh.

Kehadiran CR7 ke Arab Saudi adalah kerana menjadi duta produk Mobily. Pemain termahal di dunia itu akan membintangi beberapa iklan selama tiga bulan dengan pengambilan lokasi penggambaran di ibu kota Arab Saudi, Riyadh.

Sebagai balasan, selain mendapat hadiah istimewa kitab suci Al-quran, kapten pasukan Portugal itu juga mendapat bayaran tinggi bernilai enam juta dolar US. Spekulasi tersebar, bahawa Mobily memilih Ronaldo kerana sikapnya yang terkenal sebagai dermawan dan beberapa kali mendermakan sejumlah pendapatannya untuk perjuangan Palestine.

Meskipun begitu, hanya bekas pemain Manchester United itu saja yang tahu mengapa dia terpilih menjadi duta perusahaan operator selular di negara tempat lahirnya agama Islam itu.-AP



PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Read More →

25 April 2013

Penah Hina Islam, Kini Masuk Islam


Anda kenal siapakah lelaki yang sedang solat di dalam Raudhah as-Syareefah bersebelahan Minbar Nabawi itu?

Beliau ialah ahli politik Belanda yang pernah mengeluarkan filem " Fitna " yang memfitnah dan memburukkan Islam sekitar 2 tahun lalu. Alhamdulillah beliau telah memeluk Islam dan meletakkan jawatan sebagai ahli politik.

Perkara yang menyebabkan beliau memeluk Islam ialah apabila beliau bercadang untuk mengeluarkan sebuah lagi filem memburukkan Islam bersumberkan dari kitab-kitab karangan orang Islam sendiri. Sebaik sahaja beliau membaca kitab-kitab tersebut, gambaran beliau terhadap Islam seperti yang disebarkan media barat berubah sama sekali dengan hidayah Allah.

Ujar beliau: Aku menyesal kerana sepanjang 47 tahun umurku tidak pernah mengenali Islam.


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Read More →

4 April 2013

CHRISTIANO RONALDO MENGHAFAL SURAT AL-FATIHAH?



"Saya sudah mula menghafal Al-Fatihah..mungkin nanti saya akan meminta dia (Özil) untuk ajarkan saya berwudhuk." -Cristiano Ronaldo

"Ronaldo selalu menunggu saya selesai solat di bilik rehat..saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji."-Mesut Özil

Sekiranya Cristiano Ronaldo masuk Islam, ini akan dapat  mempengaruhi peminat-peminatnya untuk masuk Islam kerana  peminat kepada Cristiano Ronaldo pasti ingin mengetahui dan mengkaji mengapa Pemain bola sepak yang terkenal di seluruh dunia menganuti agama Islam, dengan kajian itu pasti peminat akan tertarik dengan Islam serta menganuti agama Islam dengan sukarela kerana ALLAH. Sesungguhnya agama yang benar adalah ISLAM. 

Semoga dibukakan pintu hati Cristiano Ronaldo untuk menerima Islam.


SUMBER:



PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Read More →

27 March 2013

Jutawan Amerika masuk islam

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud:
Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya… (al-Baqarah: 272)
 
Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson atau nama Islamnya, Abdulaziz.
 
Abdulaziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi. Dia ke Arab Saudi kerana mendapat kontrak dengan Bulan Sabit Merah Arab saudi untuk melatih mahasiswa tentang kecemasan di udara.
 
“Saya pada mulanya datang ke Arab Saudi untuk tujuan transaksi komersial. Saya begitu senang membuat kesepakatan terbaik dalam hidup saya dengan Allah SWT dengan masuk Islam,” kata Abdulaziz


Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.
 
Alhamdulillah!
 
 
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

 
 Share

 

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Read More →

20 August 2011

BERAGAM KISAH KEAJAIBAN ISLAM

MSTERDAM (Berita SuaraMedia) – Lebih dari 500 orang menghadiri Hari Mualaf Tahunan Belanda yang Ketiga di Masjid besar Omar Al Farouk di kota Utrecht pada Minggu malam. Acara tersebut diselenggarakan oleh yayasan OntdekIslam dan Platform Nasional Belanda untuk Muslim Baru (LPNM).
Read More →