Kedua-duanya bersumberkan Tuhan yang Satu. Mempunyai kitab yang diturunkan melalui Nabi masing-masing. Islam melalui Nabi Muhammad sedangkan kristian atau nasrani melalui nabi Isa. Agama kristian terlebih dahulu diturunkan Allah Yang Maha Agung sekitar dua ribu tahun yang lampau. Islam pula diturunkan sekitar 1400 tahun lampau, terkemudian dari agama kristian.
Pada asalnya kristian juga seperti Islam dalam mengesakan Allah S.W.T, namun lama-kelamaan agama samawi ini telah terpesong dari landasannya yang benar. Ia telahterpesong jauh kerana mengatakan Allah itu mempunyai anak dan isteri. namun Allah menafikan di dalam surah Al-Ikhlas. Agama ini tidak bertahan lama kerana setelah itu Allah telah mengharamkannya untuk dianuti oleh umat manusia. maka datanglah Islam sebagai pengganti.
Setelah Islam menapak di atas muka bumi dan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam menegakkan kalimah tauhid, pendokong kristian terus mencemburui pemilihan Islam sebagai agama pengganti. Hakikatnya kecemburuan ini datangnya dari pemimpin mereka yang menyeleweng dan mementingkan diri sendiri.
Sejarah telah membuktikan bahawa permusuhan antara kristian dan Islam ini berlaku semenjak zaman berzaman sehinggalah sekarang. Antaranya ialah semasa zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi. Telah tercatat dalam sejarah bahawa beliau merupakan pejuang Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman oran-orang kristian pada waktu itu. Maka bertambahlah kebencian oleh orang-orang kristian terhadap Islam. . Contoh semasa ialah tekanan yang telah diberikan oleh barat yang didalangi oleh Amerika terhadap dunia Arab dan Islam. Pemimpin mereka berjaya menimbulkan perasaan islam phobia di kalangan pengikut mereka. Pakatan barat itulah hasil lanjutan peperangan salib yang tercetus sejak dahulu lagi.
Di Malaysia perkara tersebut tetap terjadi, dan yang terkini ialah isu penggunan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah gereja. Perkara tersebut telah menimbulkan bantahan yang meluas di kalangan penduduk yang beragama Islam sehinggakan perkara tersebut dibawa ke mahkamah. Namun keputusan mahkamah telah memihak kepada gereja tersebut. Ini telah menambahkan lagi kekusutan hubungan antara pihak islam dan kristian. Kesan dari itu telah timbul pelbagai pandangan di kalangan ilmuan Islam khususnya di Malaysia.
Apa yang menjadi persoalan mengapa pihak kristian ini berkeras untuk menggunakan kalimah “Allah” tersebut walaupun mereka sedar ianya mendapat bantahan dari penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Isalm. Secara kasarnya seolah-olah ada agenda tersendiri yang mendorong mereka untuk berbuat demikian. Padahal ada lagi perkataan lain yang boleh digunakan. Dari sudut pandangan Islam jika sesuatu perkara itu boleh menimbulkan fitnah dalam masyarakat, ianya mestilah dijauhkan. Apa yang boleh diandaikan apabila gereja tersebut mempertahankan tindakan mereka ialah mereka mungkin akan cuba mempengaruhi orang islam dengan mengatakan bahawa Islam dan kristian adalah sama kerana berkongsi perkataan Allah. Ini satu bahaya yang boleh merosakkan umat islam.
Dari itu adalah wajar semua pihak mengemukakan bantahan sehabis mungkin agar tidak ada ruang untuk mereka memporak perandakan Islam di Malaysia ini…..
Allahu Akbar!!!!
4 comments :
sewaktu menentang dajjal nanti org kristian akan bergabung dengan org islam....islam itu indah...
ALLAHU AKHBAR!
askum,maaf,tetapi artikel bersifat permusuhan seperti ini kurang sesuai diutarakn di negara ini.kita sepatutnya lebih terbuka,matang dlm hal ini.andaian bahwa kristian akn mempengaruhi islam tanpa bukti yg kukuh itu seharusnya dielakn.perkara itu belum belum pernah pn berlaku.bagaimana kita boleh mengandaiknya,sedangkn perbezaan islam dn kristian sgt ketara.
kita samasekali x layak utk mnilai mreka.
jgn biarkn iman kita hancur kerana sifat ini.
utz.Hj Harris bin Hj Ganae.
sms sultan muhd jiwa,sp,kedah.
enti enda nuan bup kudus, ang jako segapa aja..belik bansa kita nya
Post a Comment