(Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik
dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak
jawab)
Artikel ini dipetik dari blog Kereta Mayat
Salam,
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang
menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping buat
saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat
saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.
Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri
yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh
pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru
yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi
cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai,
tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini
pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada
suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.
Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik
tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga
gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.
******
Hamka keretamayat jawab:
Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku
tak sabar nak jawab, ha ha ha!
Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik
dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...
Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay
bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang
cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis
bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”
Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek
lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.
Baik, balik pada topik, dulu.., aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila
terpandang wanita cantik, tapi lepas aku
dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi
kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin
dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila
di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam
artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab
macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)
Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita
cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan
bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan
kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku
telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat
kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan
Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.
Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan
cantik!
Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga
yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi
lelaki.
Pertama: Sila teman
suami waktu makan. Tolong!
Kedua: Jika menolak
untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik)
seberapa segara yang boleh. Tolong!
Bab makan ni, ramai
perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng
sinun, lalu hidang atas meja.
Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja
lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan
alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi
saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!
Lalu makanlah suami korang
seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai
perkara durjana.
Nampak remeh, tapi
hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang
diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat
besar!!
Aku dah rujuk kepada
5 pasangan yang bercerai, , setelah aku
selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu
biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang
makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding
suami yang selalu di teman isteri.
Puan Puan sekalian,
kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak
menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan
dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan
bercerai-naduzubillah.
Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut
Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi
menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan
seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan
korang talak lapan...jangan!
Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara
membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan,
suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman,
tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman,
kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu
tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata
dan air kecing syaitan!
Apa lagi nak di kata?
Aku ada kenal seorang
pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya,
tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal
tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang
mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan
aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk
bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan
seumur hidup.
Dengar tu wahai semua
bini orang yang perasan cantik sekalian.
Ini adalah serius,
wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah
apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah
iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera,
jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan
untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi
bergelora. Tolong jangan biarkan suami
makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.
Baik, itu bab teman
makan, sekarang bab teman tidur.
Menolak ajakan
bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak
apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik
kepala dan meleleh ke telinga.
Benda ni bahaya,
jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang
mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu
hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.
Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham
sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.
Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa
menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain,
tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu,
kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:
“Bang, semalam maaf
sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”
InsyAllah, isteri
yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu
bercerai.
Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum
kahwin baca bab ni,
Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:
“Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”
Woha!
Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur
dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.
InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku
sampaikan. Chow!
Di Tulis Oleh:-
http://khalifahalhidayah.blogspot.com |
Tweet
1 comment :
syukur alhamdullilah...
Isteriku masih menjauhkan diriku dari syaitan.. :D
Post a Comment