Masya Allah, bayi lahir dari rahim ibu meninggal dunia di Gaza | KHALIFAH

About

penaja 1

25 November 2014

Masya Allah, bayi lahir dari rahim ibu meninggal dunia di Gaza

Ketika doktor menarik dengan lembut seorang bayi kecil dari rahim ibunya di sebuah bilik pembedahan, ibu bayi tersebut telah meninggal satu jam yang lalu. Ibu perempuan tersebut berusia 23 tahun bernama Shayma Al-Sheikh Qanan sedang hamil lapan bulan ketika kereta kebal penjajah zionis 'Israel' menembak rumahnya di pusat Bandar Gaza. Rumah Shayma hancur dan Shayma cedera parah. Suami Shayma, seorang wartawan radio tempatan juga cedera parah dalam serangan tersebut.

"Jenazah Shayma dibawa ke hospital setelah serangan 'Israel' pada awal pagi Jumaat," kata Doktor Fadi Al-Kharti bertugas di hospital Deir Al-Balah. "Kami cuba menyelamatkan nyawanya, tetapi dia meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital," kata Doktor Al-Kharti.

Usaha menyelamat nyawa Shayma semakin sukar kerana dia telah terperangkap di bawah runtuhan rumahnya selama satu jam.

KHALIFAH LINK -> http://khalifahalhidayah.blogspot.com

"Kami menyedari terdapat gerakan di perutnya dan menganggarkan bahawa dia hamil 36 minggu," kata Doktor yang melakukan operasi caesar kecemasan untuk menyelamatkan sang bayi. Bayi yang lahir kemudian diberi nama Shayma juga untuk mengenang ibunya.

Menurut ketua unit bersalin hospital Deir Al-Balah, Doktor Abdel Karim Al-bawab, "Bayi ini dalam keadaan tidak stabil dan perlu dibantu dengan mesin pernafasan kerana dia kekurangan oksigen sewaktu ibunya meninggal. Telah menunjukkan tanda-tanda positif, akan tetapi bayi ini masih perlu tinggal di wad sekurang-kurangnya untuk tiga minggu lagi."

Ibu kepada Shayma Qanan, menangis dan berkata, "Apa salah anakku sehingga dia harus diserang tanpa amaran? Dia berada di bawah runtuhan rumahnya selama satu jam sebelum berjaya ditemui. Dia hanya seorang isteri yang baru berkahwin setahun dan sangat menantikan kelahiran anaknya. Akan tetapi, Allah telah melindungi bayi ini. Anakku Shayma meninggal dunia, namun cucuku selamat."


* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com|Ma'an News|Sahabat Al-Aqsa/Islampos

1 comment :

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259